Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, December 13, 2008

Orang Cina Terlupa Agaknya..

Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang tertua dunia. Berdasarkan kajian tamadun ini dipercayai bermula sejak awal kurun ke-6 sebelum masihi. Kamus Dewan Edisi Ke-3 mentafsirkan nenek moyang bangsa Cina berasal dari negeri China Tionghua dan Tiongkok. Terdapat pelbagai kebudayaan serta dinasti telah wujud disepanjang perkembangan tamadun ini seperti Dinasti Shang, Dinasti Zhou, Dinasti Qin, Dinasti Han dan sebagainya. Mereka juga mempunyai bahasa dan sistem tulisan tersendiri sepertimana tamadun lain.

Pada peringkat awal perkembangan bangsa Cina, mereka memuja unsur alam semulajadi seperti angin, bumi, sungai dan matahari. Selain itu mereka turut memuja roh nenek moyang serta dewa-dewi. Bermula pemerintahan Dinasti Han, agama Buddha telah berkembang dengan pesatnya. Seperti semua sedia maklum, agama Buddha diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha dari negara India. Ia dianggap sebagai kaedah atau corak penentangan golongan Kystria terhadap golongan Brahmin. Dipercayai bahawa agama ini dapat menjauhkan penganutnya daripada kesengsaraan dan mencapai ketenangan. Agama Buddha berasaskan ajaran 4 'Kebenaran Mulia' serta 'Jalan 8 Lapis'. Setelah agama ini tersebar luas di Negara China, ia telah mengalami banyak perubahan serta turut diadaptasikan sebagai Ajaran Buddha Cina yang mengandungi pelbagai unsur kecinaan. Amalan prinsip Jalan 8 Lapis atau Jalan 8 Kebenaran ini ialah:

1) Kepercayaan dan pengetahuan yang baik
2) Keinginan yang baik
3) Pengucapan yang baik
4) Kyanguan yang baik
5) Makna kehidupan yang baik
6) Usaha yang baik
7) Pemikiran yang baik
8) Pertapaan yang baik

Selain Buddha, terdapat juga ajaran Confucianisme yang diasaskan oleh Confucius pada 551 sebelum masihi. Confucius pada asalnya merupakan seorang pegawai kerajaan Shantung@Lu yang kemudiannya telah meletakkan jawatan. Ajaran serta prinsip yang diperkenalkan oleh Confucius telah menyebabkan beliau disembah sebagai tuhan oleh orang-orang Cina. Ajarannya menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan (Ren), kesusilaan (Li) dan ketaatan kepada ibu bapa (Xiao). Turut ditekankan dalam ajaran ini ialah mencapai tahap kesempurnaan melalui pendidikan dan ajaran Confucius masih diamalkan sehingga kini oleh sebahagian besar masyarakat Cina di Malaysia.

Masyarakat Cina juga berpegang kepada falsafah Taoisme yang diasaskan oleh Lao Tze yang dilahirkan di Chu pada 604 sebelum masihi. Walaupun Lao Tze bekerja di Chou tetapi beliau merupakan seorang yang suka mengembara. Pengalaman yang diperoleh melalui pengembaraan telah memberi ilham kepada beliau untuk menulis dan antara bukunya yang popular ialah Tao Te Ching. Buku ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi akhirnya telah bertukar menjadi agama. Agama ini berasaskan konsep Tao iaitu 'jalan' dimana setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Berdasarkan ajaran ini, manusia dikatakan tidak harus bertindak terhadap apa saja yang berlaku (Wu-Wei) kerana dianggap akan merosakkan dunia. Ajaran Lao Tze menganggap manusia boleh berubah ke arah kebaikan.

Sejarah Tamadun Cina mencatatkan golongan pemerintah tertinggi mereka ialah Raja yang menjadi tunggak sesebuah dinasti. Gelaran Raja ini kemudiannya telah ditukar kepada Maharaja yang bertanggungjawab untuk mewujudkan empayar dan meluaskan pengaruh kuasanya. Sistem pemerintahan feudal yang diamalkan sebelumnya telah diubah kepada sistem pemerintahan berpusat. Pada Zaman Dinasti Chin (221-206SM), sistem pemerintahan berpusat telah ditukar kepada bentuk birokrasi awam di mana pegawai di kalangan rakyat biasa dilantik oleh Maharaja melalui jawatankuasa Hon Kao Tsu. Lantikan pegawai tersebut adalah berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan awam yang bermula pada Zaman Dinasti Han.

Sengaja saya menyentuh sedikit sejarah ketamadunan Cina yang rasanya semua orang sudah tahu akan fakta sejarahnya. Ia sebagai proses mengingati kembali kepada generasi Cina hari ini yang mungkin terlupa ajaran yang telah menjadi amalan mereka sejak sekian lama. Contohnya salah satu daripada prinsip Jalan 8 Lapis ialah "pengucapan yang baik" dimana akhir-akhir ini tidak lagi diamalkan oleh kaum Cina di Malaysia apabila sering mengeluarkan ucapan serta tindakan yang menyakitkan hati pribumi. Sifat perikemanusiaan (Ren) dalam ajaran Confucius juga telah tidak lagi diendahkan apabila mereka mula mempersoalkan pribumi tanpa rasa perikemanusiaan sedangkan Melayu/Bumiputera telah banyak berkorban untuk memberikan apa yang telah mereka kecapi di Malaysia hari ini.

Jika dahulu rakyat China tidak dibenarkan memandang muka Maharaja dan jika hendak bercakap mestilah dalam keadaan bersujud di hadapan Maharaja. Tapi rakyat Cina di Malaysia hari ini bukan saja tidak lagi menghormati Raja, malah turut mempersoalkan Ketuanan Melayu yang mana Raja Melayu merupakan simbol Ketuanan Melayu itu sendiri. Adakah disebabkan Raja itu Melayu maka mereka telah hilang rasa hormat? Artikel akan datang kita bincangkan pula berkenaan tamadun India.

3 comments:

  1. Paneh Kata: "Tapi rakyat Cina di Malaysia hari ini bukan saja tidak lagi menghormati Raja, malah turut mempersoalkan Ketuanan Melayu yang mana Raja Melayu merupakan simbol Ketuanan Melayu itu sendiri. Adakah disebabkan Raja itu Melayu maka mereka telah hilang rasa hormat?"

    Sebabnya satu sahaja - Orang Melayu, terutamanya pemimpin Melayu beri muka pada mereka.

    ReplyDelete
  2. Swmua orang melayu angkat tangan jika setuju ngan Samat?
    12 juta pasang tangan dapat di lihat !!!
    saya yang di depan sekali SETUJU !
    saya akui tajuk Paneh Miang bukan saj relevanb tetapi hakikat yang terang dan nyata.
    arjuna waspada.

    ReplyDelete
  3. kami pun angkat tangan gak join arjuna waspada.

    ReplyDelete

Blog Archive