Apabila duta Amerika Syarikat ke PBB meletakkan kesalahan kepada Hamas sebagai punca serangan Israel ke atas Palestin, merupakan bukti bahawa Amerika sentiasa menyalahkan orang lain. Menganalisis sikap para peserta American Idol yang ditayangkan di kaca televisyen semasa uji bakat, telah mengukuhkan lagi pendapat bahawa orang Amerika ini memang bodoh dan angkuh. Walaupun jelas juri mengatakan suara mereka tidak 'sedap', peserta rancangan realiti itu akan tetap menyalahkan lantai dan karpet sebagai punca yang menyebabkan suara mereka 'koyak'. Kelihatan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak kisah walaupun orang lain melihat mereka seperti orang 'paloi'. Sama ada pemimpin atau rakyat Amerika, mereka dalam kategori yang sama iaitu 'bodoh sombong' tanpa mempedulikan sama ada kata-kata mereka betul atau salah, yang penting tiada yang berani mempertikaikan mereka.
Kenapa Amerika boleh jadi begitu - sebab mereka kuat. Mereka menguasai ilmu, teknologi dan senjata. Kekuatan yang dimiliki membuatkan yang lain terpaksa akur kepada mereka. Mereka tidak malu untuk menipu orang secara terang-terangan kerana tahu bahawa tiada yang berani menentang serta mempertikaikan mereka. Amerika kini adalah kuasa terhebat di dunia dan tiada negara Islam yang mampu menyaingi mereka.
Negara Islam mana yang kuat dan mampu menentang Amerika? Iraq? Iran? Syria? Arab Saudi? Indonesia? Ataupun Malaysia sendiri? Kebanyakan negara dunia ketiga dan negara-negara Islam meramalkan Malaysia mampu menyaingi Amerika kerana Malaysia kini antara negara Islam termaju di dunia. Tapi aku kurang yakin bahawa ramalan mereka itu akan menjadi kenyataan. Bagaimana aku nak yakin? Jika negara lain sibuk memikirkan cara untuk mendarat di planet Pluto, tapi orang Islam Malaysia masih bertelagah berkenaan patut atau tidak Hudud dilaksanakan. Negara lain berusaha mencipta kapal selam yang tidak mampu dikesan oleh radar, tetapi kita masih marahkan kerajaan kerana melaburkan wang untuk pertahanan negara. Negara lain berusaha mencipta robot, tapi kita masih pertikaikan kos kereta perdana. Negara lain tiap-tiap tahun meneroka angkasa lepas, namun kita tetap sibuk mempersoalkan pendapatan yang diperolehi oleh angkasawan kita.
****************
Dalam sebuah blog yang dimiliki oleh seorang professor, beliau telah mengajak pembaca blognya berpuasa sunat, sembahyang hajat dan tahajud selama 3 hari untuk mendoakan kemenangan calon PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Alangkah baiknya sekiranya beliau mengajak pembacanya berpuasa, solat hajat dan tahajud untuk memohon Allah membantu saudaranya di Palestin dan menghancurkan rejim Israel. Namun itu tidak berlaku. Lebih menarik apabila pensyarah itu turut mempromosikan blog milik anaknya. Dalam blog anaknya pula dipaparkan aktiviti melepaknya bersama kawan-kawan menghisap 'shisha' dan tanpa segan silu memaparkan gambar genggaman tangan tetapi jari tengah ditegakkan (isyarat f**k). Memang berbakat anak muda tu. Namun tipikal kebanyakan penyokong Pas kebiasaannya cenderung menyalahkan kerajaan atas gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja tanpa melihat kegagalan mereka sendiri memainkan peranan sebagai ibu bapa. Jadi apa bezanya mereka dengan Amerika yang suka menyalahkan orang lain?
***************
Kegemilangan negara Islam yang pernah memiliki ilmu, teknologi dan senjata yang digeruni musuh perlu dibangunkan semula. Malaysia tidak akan mampu mencapainya selagi wujud rakyat yang hanya tahu mempertikai, tetapi tidak mahu menyumbang bagi mengembalikan kehebatan sebenar tamadun Islam yang telah lama hilang. Kita akan ketinggalan jika masih mempertikaikan perkara-perkara dahan berbanding akar yang menjadi punca hebatnya pokok. Tak usahlah dikatakan mampu menyaingi Amerika, nak setanding dengan Korea pun belum tentu jika umat Islam lebih mengutamakan perkara penting berbanding perkara yang LEBIH PENTING.
Kita tidak boleh lagi terlalu mengharap kepada OIC untuk bertindak. Pak Arab dari negara OIC walaupun ramai yang kaya raya, tetapi kebanyakan mereka telah 'dicucuk hidungnya'. Tahukah anda bahawa terdapat lebih 100 orang Islam yang bertaraf billionaire di negara timur tengah dan penganalisis ekonomi mengandaikan sekiranya kesemua billionaire Islam ini bergabung, maka mereka mampu membuatkan sistem kewangan dunia menjadi huru-hara. Namun sayangnya, pentadbiran serta kewangan mereka diuruskan oleh Yahudi/Amerika dan tidak hairanlah jika mereka terpaksa akur kepada 2 kuasa tersebut.
Kita harus sedar bahawa kini sedang wujud satu Krisis Yang Tidak Dipedulikan. Janganlah kita meniru resam Amerika yang hanya tahu menyalahkan orang lain tanpa memikirkan akibat perbuatan sendiri.

Cukup bernas. Kajian perlu dibuat "kemungkinan palat yang banyak boleh menyebabkan sikap tinggi diri yang extrim".
ReplyDeleteKajian kpd rakyat Amerika dan sesiap ayng tidak bersunat di Malaysia.
Macamana tahu perkataan "paloi" tu.
Salam anakku,
ReplyDeleteNegara Amerika memang kuat. Sebab itu mereka jadi POLIS Dunia. Polis yang pilih bulu dan pilih kasih dan anti Islam.
Orang Orang Arab pun kuat wahai anaku. Kuat Makan. Kalau tak percaya bila ke Timur Tengah tengok mereka makan. Seeokor kambing kita boleh buat kenduri panggil seluruh sanak saudara. Mereka??
Sebab tu mereka tak hiraukan isu Palestin. Yang penting pada mereka adalah MAKAN.
Rasulullah saw bersabda Manusia yang paling mulia disisi Allah swt adalah yang Paling Bertaqwa bukan kerana mereka Arab atau bukan Arab.
Orang Arab berfikiran dan berpegang begitu ke?? TIDAK.
Mereka lebih sayang pada Mat Salleh dari kaum seAgama dengan mereka. Semangat Puak sangat tebal di kalangan mereka sekarang. Kita ini macam hamba sahaja status pada mereka.
Amerika??
Inilah sekutu tidur sebilik dengan Pak Arab.
wanita arab boleh habiskan ayam seekor dia sorang sahaja. jika dikatakan org arab kuat makan saya setuju. tapi jika dengar cerita drpd pekerja2 hotel ttg bangsa arab yg menginap di hotel, satu lagi yg boleh dilabel kpd org arab ini ialah PENGOTOR.
ReplyDelete