Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, January 3, 2009

Perbezaan Parti Pas dan Parti Pis

PAS: Dilancarkan pada 23 Ogos 1951 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
PIS: Lebih kurang samalah tarikh serta tempat pelancarannya.

PAS: Bendera bulan mengambang.
PIS: Penerangan sebenar benderanya ialah - satu bulatan putih di atas latar belakang warna hijau. Bulatan putih itu bukanlah bermaksud bulan sebenarnya.

PAS: Diasaskan oleh Ahmad Fuad, mantan Ketua Hizbul Muslimin UMNO.
PIS: Diasaskan oleh Ahmad Fuad sebab kalah bertanding merebut jawatan Presiden UMNO daripada Tunku Abdul Rahman. Disebabkan tidak puas hati, maka beliau menubuhkan PIS. Kemudiannya Ahmad Fuad tidak pula menjadi Presiden Pertama PIS tetapi sebaliknya lari ke Penang untuk bekerja sebagai Ahli Majlis Bandaran yang ditawarkan British. Nampak sangat Ahmad Fuad termakan hasutan British menubuhkan PIS semata-mata untuk memecah-belahkan Melayu yang bersatu gagah menentang Bristish melalui UMNO. Sebuah parti yang diibaratkan seperti duri dalam daging kepada orang Melayu dan merupakan kesan tinggalan penjajah yang kekal hingga kini.

PAS: Antara saksi yang menyokong penubuhan PAS ialah ayah Paklah sendiri iaitu Ahmad Badawi.
PIS: Antara saksi yang menyokong penubuhan PIS ialah orang British yang bencikan perpaduan Melayu dalam UMNO.

PAS: Pernah menyertai Barisan Nasional semasa dipimpin oleh Datuk Asri.
PIS: Kebanyakan ahli Pis tidak sepenuh hati merestui penyertaan parti ke dalam Barisan Nasional kerana menganggap merekalah yang lebih 'istimewa' berbanding parti lain.

PAS: Memiliki bangunan Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) yang dibiayai oleh Kuwait.
PIS: Juga memiliki bangunan PUTIK yang sebenarnya dibiayai oleh Amerika Syarikat melalui Kuwait.

PAS: Pemimpin tertinggi parti akan disambut kepulangannya apabila pulang dari luar negara.
PIS: Pemimpin tertinggi parti sering disambut kepulangannya oleh Duta Amerika Syarikat serta Duta British di PUTIK terutamanya apabila pulang dari USA dan Britain. Kenapalah agaknya ya?

PAS: Mengharamkan makan sembelihan orang UMNO, mengharamkan bersalaman dengan orang UMNO serta mengharamkan solat berimamkan orang UMNO.
PIS: Meng'halal'kan berpeluk dengan DAP, meng'halal'kan ternakan babi secara besar-besaran, meng'halal'kan penambahan premis arak, mengurniakan tanah kepada harbi serta membiarkan DAP melakukan sesuka hati.

PAS: Mempunyai sejarah pemimpin parti yang bermaruah serta tidak akan tunduk kepada sesiapa.
PIS: Mempunyai sejarah pemimpin parti yang tunduk kepada DAP serta sering mengadu kepada pihak barat sebagaimana mantan Presidennya berjumpa Menteri Luar Australia dan Amerika Syarikat untuk mengadu berkenaan keadaan semasa Malaysia pada 1998/1999.

PAS: Memperolehi dana kewangan yang banyak daripada PKR sebelum PRU-12.
PIS: Memperolehi dana kewangan yang banyak daripada Amerika Syarikat melalui PKR (lihat sini) sebelum PRU-12 sehingga terpaksa mengikut telunjuk PKR dan DAP.

PAS: Undi Pas dapat pahala.
PIS: Undi DAP dapat pahala jugak ke?

PAS: Berjuang menegakkan syiar Islam dan Hudud.
PIS: Gagal mengekang sepenuhnya masalah arak, maksiat, rogol, judi, pelacur, gay, pondan, perompak dan jenayah-jenayah lain di negeri yang diperintahnya hampir 19 tahun.

PAS: Mengatakan Tuhan juga mencarut dan membenarkan mencarut.
PIS: Sering menghentam pemimpin UMNO yang mencarut.

PAS: Mengatakan UMNO adalah pembuat fitnah.
PIS: Membenarkan penyokongnya membuat fitnah secara berleluasa terutamanya di internet.

PAS: Mempertikaikan pemimpin UMNO rasuah, kronisme dan nepotisme.
PIS: Memberi beras, barang keperluan rumah, duit, kain pelikat dan sebagainya kepada bakal pengundi semasa pilihanraya. Memberikan jawatan sama ada di perbadanan atau agensi kerajaan negeri kepada anak serta saudara mara sendiri.

PAS: Bersahabat dengan DAP.
PIS: Takut dengan DAP.

PAS: Menghentam Brader Anwar Bin Ibrahim semasa beliau dalam UMNO.
PIS: Melupakan dosa Brader Anwar Bin Ibrahim apabila beliau menyertai pembangkang. Malahan mengiktiraf Brader Anwar Bin Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

PAS: Memiliki ramai barisan pemimpin pelapis.
PIS: Memiliki ramai barisan pemimpin pelapis yang direject oleh UMNO kerana bermasalah.

PAS: Parti Islam SeMalaysia
PIS: Parti Ikut Suka

Banyak lagilah perbezaan dua parti ni. Yang lain-lain tu fikirlah sendiri.

6 comments:

  1. PAS: Lulus peperiksaan dalam mata pelajaran MEMFITNAH DAN MENGGUNAKAN AGAMA UTK POLITIK.

    ReplyDelete
  2. betul punya paneh..... posting ni..hik hik hik

    ReplyDelete
  3. botul punyo paneh lah bai,kok mandi kek Ulu Bendul lum tontu sojuk badan nie...hampeh botul laa

    ReplyDelete
  4. PAS dan PIS hik hik hik. PUSS x ada ke?

    ReplyDelete
  5. PAS tak pass lagi pada Mak Cik.

    Mungkin ramai lupa, PAS hanyalah Parti Politik bukan Mahzab atau Agama.

    Kalau PAS betul betul Parti berlandaskan Agama, berpeluklah dengan orang Melayu UMNO dulu dan bukan dengan DAP MP Kepong yang terang terang tentang Islam tu.
    Baru diumum jadi calon PAS mula mula sekali dipeluknya Cina DAP.

    Apalah punya pendirian. Politik punya Pasal.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive