Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, January 21, 2009

Bila Serban Dipolitikkan..

Sheikh Abdullah Fahim

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata Saman pelajar berserban agar elak jadi trend. Di sini kami paparkan 2 komentar yang diperolehi daripada artikel dalam sebuah blog berkenaan isu serban ni. Polemik yang boleh diperdebatkan.

*****************************
Blogger zali said...

sebelum memuji atau memperlekeh orang yang pakai serban...

boleh pak cik atau sesiapa beritahu...
serban tu budaya atau agama?
apa kegunaan serban?
sebab apa ia di gunakan?
dari mana ia berasal?

di ceritakan juga kepada saya oleh otai [bukan pak cik yang berserban] tatkala selesai memakan buah khuldi maka datang lah setan kepada hawa dengan memakai serban yang 'umpama ular yang melilit'...

ek eleh setan pun pakai serban...

January 20, 2009 10:04 PM

***************************
Anonymous Anonymous said...

Askm,

Orang dah buat undang-undang kalau naik motor kena pakai topi keledar... sapa suruh pakai serban. Itu namanya bodoh tak boleh diajar! Memang patut masuk jail! Kat M'sia berani la nak tunjuk terror sebab nak provoke! Islam ape ke jadahnye macam tu (Mamat nie dan penyokong2 nya..) Aku gerenti kalau budak ni pi ke negeri lain yg juga undang2 nya naik motor kena pakai topi keledar, tentu tak berani nak cari pasal. Awal2 lagi dia ni bukak serban dan pakai topi keledar. Macam nie sajalah brader2 yg menyokong mamat berserban (dalam kes ni)... lepas sembahyang, muhasabah diri betul2.... ikhlas ke hati tu berjuang untuk kebaikan???

Salam.

January 21, 2009 12:04 AM

***********************************

p/s: Masa belajar dulu selalu gak den pakai serban. Tapi bilo bawak motor den bukak la sobab nak pakai helmet. Bilo turun motor den pakai balik serban tu. Sobab ustaz den ajar...NYAWA LEBIH BERNILAI! Tentera berkuda Islam masa berperang zaman dulu pun pakai helmet.

Helmets were among the newest forms of combat protection, and are known to have been worn by Romans, throughout the Middle Ages, and up to the end of the 1600s by many combatants. At that time, they were purely military equipment, protecting the head from cutting blows with swords, flying arrows, and low-velocity musketry. Some helmets, in order to protect the neck as well, have a sort of extension made of leather strips called pteruges, particularly common in the Middle East. - wikipedia.

5 comments:

  1. ini la masalahnya jika fikiran dah jumud dan sempit. bila budak tu kena penjara je, ramai dah prejudis kata polis memperlekehkan serban. sedangkan mana lebih mudarat pada nyawa, serban ke helmet? ajaran nabi tidak diperhalusi sedalam-dalamnya.

    melindungi nyawa wajib, serban sunnah. period.

    ReplyDelete
  2. Itu banggali boleh pakai turban naik motor. Amacam? Tarak saman pun..

    ReplyDelete
  3. orang islam pun nak disamakan dengan benggali ke? payah la camni.

    ReplyDelete
  4. ikat topi keledar anda..

    ReplyDelete
  5. kalau dah degil tu, degil gak. saja nak tutpkan pintu hati. tahu, faham tapi saja2 tak nak faham. nak pakai helmet ke tak, lantaklah. kepala masing-masing.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive