Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, January 30, 2009

Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata?

"Orang-orang Melayu, Cina dan India serta lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta bekerja membanting tulang di negeri ini tinggallah dengan baik antara satu dengan lain, kerana negeri ini keadaannya adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dalam dunia ini. Jadi dengan keadaan yang demikian tidaklah boleh satu bangsa hendak mengatasi dengan mendapat seratus peratus faedah untuk dirinya". - Ucapan Tunku Abdul Rahman sekembalinya dari London di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 3 Jun 1957.

"Kebanyakan rakyat dalam negeri ini nampaknya bukanlah membuat tuntutan atau berkehendakkan sesuatu benda dengan melebihi. Mereka pun sedar ada benda kerajaan boleh buat dan ada benda yang kerajaan tidak boleh buat. Ada benda yang boleh dibuat dengan serta merta dan ada pula benda yang kena mengambil masa yang lama sedikit". - Ucapan Tunku Abdul Rahman pada Perhimpunan Agong UMNO di Rumah UMNO, Kuala Lumpur pada 16 April 1960.

"Tidak syak lagi, kerajaan adalah bersikap adil dan jujur demi kepentingan rakyat dan negara. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun". - Ucapan Tun Abdul Razak di majlis jamuan negeri sempena perayaan ulang tahun ke-10 kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia di Kota Kinabalu Sabah pada 23 September 1973.

"Kita memandang pendidikan ialah anak kunci kejayaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan menurut pengertian yang luas meliputi seluruh lingkungan usaha kita dalam memperbaiki serta meninggikan nilai-nilai hidup. Inilah yang menjadi ukuran tinggi atau rendahnya tamadun bangsa kita yang bakal diwariskan kepada generasi akan datang". - Ucapan Tun Abdul Razak ketika menutup Expo Pendidikan di Stadium Negara Kuala Lumpur pada 12 Ogos 1972.

"Semakin banyak kita mencapai kemajuan, harapan rakyat untuk mencapai taraf kemajuan akan meningkat lebih tinggi lagi. Oleh yang demikian desakan ke atas kerajaan akan bertambah. Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan rakyat itu adalah perlu bagi perkhidmatan awam ada sense of urgency". - Ucapan Tun Hussein Onn di majlis tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada 9 Jun 1979.

"Adalah mustahil pendapat dan fahaman kita sentiasa tidak berbeza. Apa yang penting ialah pendapat dan fahaman yang berbeza itu tidak diperbesar-besarkan sehingga membawa pecah belah dikalangan rakyat berbilang keturunan". - Ucapan Tun Hussein Onn di Perhimpunan Agong MCA di Dewan Konvensyen Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 1 November 1980.

"Mereka yang ingin kaya cepat akan jatuh dengan teruknya. Apa yang berlaku kepada orang lain kerana amalan yang tidak baik akan berlaku juga kepada diri sendiri jika amalan yang serupa diamalkan". - Ucapan Tun Dr. Mahathir di Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 di Kuala Lumpur pada 10 Januari 1992.

"Kita akan kembali kepada keadaan seperti dahulu, tetapi lebih bijak dan lebih arif akan cabaran dan ancaman yang kita perlu hadapi sepanjang masa". - Ucapan Tun Dr. Mahathir mengenai kegawatan ekonomi negara dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada 29 Januari 1998.

"Menerusi sejarah kita tahu di mana kita datang kerana kita tahu dahulu kita pernah hina dan miskin". - Ucapan Tun Dr. Mahathir di perasmian Menara UMNO Pulau Pinang pada 11 Ogos 1998.

"Bangsa dan negara yang besar dan berkebudayaan tinggi adalah bangsa dan negara yang tahu menghargai jasa pahlawannya, baik mereka yang berjuang dengan senjata untuk mempertahankan negara atau mereka yang berjuang dengan kepintaran sahsiah dan akal fikiran untuk mencapai kemerdekaan dan mengembalikan amanah bangsanya". - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada majlis perasmian Seminar Biografi Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 April 1986.

_________________________________

"Kita akan ambil alih kerajaan pada 16 September 2008, eh...silap...20 September lah sebab tarikh tu pun penting jugak.. Tak pun Hari Raya Haji nanti pun ok agaknya eh...mcm susah je.. raya Cina sempat ke dak ni...ah..sebelum Mac 2009 lah kita ambil alih kerajaan persekutuan...harap2 menjadi la..kalo dak nanti mesti orang tau aku ni kaki putaq..". - Ucapan Brader Anwar Bin Ibrahim di merata-rata tempat pada setiap ketika.

9 comments:

  1. Salam perkenalan daripada Datuk Peninsi, moga-moga perkenalan ini berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum anakku,

    Ucapan yang Terakhir tu LAIN BENAR BUNYI nya dari PEMIMPIN Negara kita sebelum ini.

    Mengapa agaknya ya.

    ReplyDelete
  3. Waalaikummussalam ibu melayuangkat,

    Saya pun pelik dgn ucapan terakhir tu. Heheh..sebab ada satu blog penyokong nuar di n9 ni menulis perjuangan adalah perlaksanaan kata2. Saya petik kata2 dr blog tu sbb tertanya2 betul ke perjuangan nuar berlandaskan perlaksanaan kata2?

    Salam perkenalan juga dari warga paneh miang pada Datuk Paninsi.

    ReplyDelete
  4. welcome to paneh miang datuk...u'll surely like this blog...baguih wooo...

    ReplyDelete
  5. kok nuar tu kau samo kan ngan babi..ekau pun samo yo ngan dio..tuhan jadikan fizikal manusio tu samo..ado tangan ado kaki ado muko ado sumo..so apo bezo heh kau ngan nuar..samo yo BABI

    ReplyDelete
  6. Babi yang membabi....gunakanlah bahasa yang elok,biar miskin harta jgn miskin budi bahasa...kesian den nengok org yg macam nie...

    ReplyDelete
  7. kpd penulis blog ni,jgan la kerana tak suka akan seseorang tu nak disamakan dengan BABI..kita sesama islam,sebagai blogger pakcik rasa elok la saudara lebih berhemah kerana tulisan saudara akan jadi tatapan setiap pembaca (mungkin jugak kepada generasi akan datang).Skarang ni orang melayu kita dah mula berpecah dan berpuak,jangan pula saudara menambahkan lagi dengan membangkitkan kemarahan.apa pun good luck

    ReplyDelete
  8. sapa lak citer pasal babi ni?
    brader anwar bin ibrahim samo cam babi ke? takde sapa pun cakap.
    terasa agaknya.
    rocky bru pun panggil benda yg sama takde org kecoh pun.
    orang pas kutuk umno kafir dan setan lagi la teruk.
    takdo org kecoh pun.

    ReplyDelete
  9. tu la tuh....bila masa lak penulis samakan anwar sebagai BABI? ish2...busuk hati betul la pemberi komen kek ateh ni...fitnah secara terang-terangan...dan jelas-jelas fitnah paneh lak tu...tobat bro...tobat!!!!

    ReplyDelete

Blog Archive