Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, January 19, 2009

ENJIN BELUM PANEH

Enjin Pak Sedaro, tak cukup lamo hidup. Baru nak menjongah, tak paneh laie. Banyak bonar kisah 1001 malam, yang nak dibicaro dengan kawan, rakan, sohabat dan toman yang rajin bolayar dalam sketsa PANEH nie.

Pak Sedaro, dah nampak nirvana dan roh cahayo tu. Nak masuk sogan, tak masuk molopeh. Nak diintai torang, nak disunting malu. Nak diusik boTuan, nak diganggu dah berduduk bertanggo. Ni lah mungkin, pe'el ramai umat Melayu yang Pak Sedaro konar dalam alam buano nie.

Dikato pobilangan adat, Yang bulek tang datang bergolek, yang pipih tak datang molayang, yang tempang mosti bertungkek, yang togap mustahil capek, yang sopak berubek, yang kayo mombori, yang sokin meraso, yang alim mongajar, yang bodoh berguru, nang handa' bertikam, nang lomah bozikr.

Jadi, Pak Sedaro nak minta izin sumo yang baco nanti, jadikan lah hikayat 1001 malam Pak Sedaro sobagai alat penabur ilmu, pokok rendang bertodoh, rumput nan hijau berguling, kupeh fadhillah macam mengupeh bawang, solai-solai hinggo torbit umbi eh.

Insyaallah, Pak Sedaro nak teropong, jongok-jongok, timing yang cantik untuk mulokan WARKAH SULONG, Pak Sedaro Cicit Kamat.

6 comments:

  1. Akhirnya Cicit Kamat menampakkan diri. Agaknya dah tak tertahan gelodak di hati. Darah mendidih lama untuk bersama berpencak berseni. Apo nak tunggu laie..

    Welcome bro!

    ReplyDelete
  2. atuk dengan tangan tobuko dan lapang dado mengalu-alukan cicit kamat ko ruang paneh. sokurang-kurang eh, langkah atok botoman, jojak atuk boturut, taklah sendiri monyalo, sendiri monyolam. selamat datang pak sodaro.

    ReplyDelete
  3. Cicit Kamat ni sobonar ee bebal. Dah 3 kali jemput tak de respons.rupo ee tak tau nak bukak dash board.

    Apa pun selamat datang!

    ReplyDelete
  4. Kami di High Chamber begitu mengalu-alukan kehadiran cicit kamat.Soalan cepumas bagi cicit kamat ialah bila lagi nak posting isu terbaru??Xkan nak kena side roll baru nak posting bro?jgn sampai darah ni naik ko muko kang kok kono hajarul aswad....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum animals!

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive