Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, January 15, 2009

Masih Nak Pertikaikan Dajal?

Anonymous Anonymous said...

Salam Paneh miang. Salah tafsiran hadith tu. Bukak balik dalam mastika hadith. Cari hadith dajjal tu. Betul ke nabi saw kata dajjal mata satu? Ingat, berdusta atas nama Rasulullah saw masuk neraka! Berhati2 dalam membahaskan hadith Rasulullah saw. Cari ilmu, jgn ikut org yg tak da ilmu. Itu namanya golongan Muqallid. Taklid buta..... bahaya. Kalau benci sangat kat pembangkang pun, jgn putar belit hadith nabi. Nabi Muhammad saw tu Rasul, bukan bapak hang! Faham!!!

January 14, 2009 2:43 PM

Disebabkan anonymous di atas ini kelihatan bersungguh mempersoalkan; ATAU tafsiran beliau mengenai 'MATANYA BUTA SEBELAH' tidak sama dengan maksud 'BERMATA SATU'; ATAU mungkin juga beliau sudah berasa 'paneh miang' dengan posting sebelum ini; maka di sini kami ingin memetik mastika hadith seperti yang diminta untuk menerangkan mengenai Dajal.

82- عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ… . (مسلم)

82- Dari Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat mengingati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w. bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab: "Kami mengingati perihal hari qiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saat qiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w., menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (1) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dan pihak barat) turunnya Nabi Isa anak Mariam dan Ya'juj wa Ma'juj. (Muslim)

______________________________

Dajal ialah orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya. Nabi s.a.w., kerapkali mengingatkan umatnya dalam beberapa hadis supaya menjaga diri daripada bencana dajal dan pengaruhnya yang besar bahayanya. Di antara hadis-hadis itu - ialah diriwayatkan oleh Muslim yang maksudnya. "Tidak ada di antara masa kejadian Nabi Adam dan masa berlakunya hari qiamat bala bencana yang lebih besar daripada bencana Dajal dan pengaruhnya." Baginda s.a.w., mengajar pula umatnya membaca dalam "Tahiyyat akhir" pada tiap-tiap sembahyang, doa memohon perlindungan dari bencana Dajal.

Dalam pada itu, Nabi Muhammad s.a.w. , ada menyatakan - dalam beberapa hadis juga- bahawa Baginda s.a.w., bimbangkan umatnya dipengaruhi oleh orang lain lebih dari dipengaruhi oleh Dajal yang besar bencananya itu. Di antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tabrani, yang maksudnya: "Tidak akan berlaku saat qiamat melainkan setelah timbul tiga puluh pendusta yang diakhiri oleh Dajal yang matanya buta sebelah", dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad juga yang maksudnya: Sesungguhnya ada orang-orang yang lain dari Dajal yang aku bimbangkan kamu dipengaruhinya lebih daripada aku bimbangkan kamu dipengaruhi oleh Dajal sendiri. "Sahabat Baginda bertanya. "Siapa orang-orang itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w. menjawab: "Orang-orang itu ialah pemimpin-permimpin yang - dengan pengaruhnya atau ilmu pengetahuannya - menyebabkan manusia sesat. "

Hadis di atas diperkuatkan lagi dengan hadis berikut;

83- عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالَ فَقَالَ … إِنَّهُ شَابٌّ قَطَطٌ عَيْنُهُ طَافِئَةٌ … إِنَّهُ خَارِجٌ خَلَّةً بَيْنَ الشَّأْمِ وَالْعِرَاقِ فَعَاثَ يَمِينًا وَعَاثَ شِمَالًا يَا عِبَادَ اللَّهِ فَاثْبُتُوا قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي الْأَرْضِ قَالَ أَرْبَعُونَ يَوْمًا يَوْمٌ كَسَنَةٍ وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَذَلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَسَنَةٍ أَتَكْفِينَا فِيهِ صَلَاةُ يَوْمٍ قَالَ لَا اقْدُرُوا لَهُ قَدْرَهُ … فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللَّهُ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ شَرْقِيَّ دِمَشْقَ … فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ بِبَابِ لُدٍّ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يَأْتِي عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ قَوْمٌ قَدْ عَصَمَهُمْ اللَّهُ مِنْهُ فَيَمْسَحُ عَنْ وُجُوهِهِمْ وَيُحَدِّثُهُمْ بِدَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ أَوْحَى اللَّهُ إِلَى عِيسَى إِنِّي قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا لِي لَا يَدَانِ لِأَحَدٍ بِقِتَالِهِمْ فَحَرِّزْ عِبَادِي إِلَى الطُّورِ وَيَبْعَثُ اللَّهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ … وَيُحْصَرُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ حَتَّى يَكُونَ رَأْسُ الثَّوْرِ لِأَحَدِهِمْ خَيْرًا مِنْ مِائَةِ دِينَارٍ لِأَحَدِكُمْ الْيَوْمَ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ فَيُرْسِلُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ النَّغَفَ فِي رِقَابِهِمْ فَيُصْبِحُونَ فَرْسَى كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ يَهْبِطُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى الْأَرْضِ فَلَا يَجِدُونَ فِي الْأَرْضِ مَوْضِعَ شِبْرٍ إِلَّا مَلَأَهُ زَهَمُهُمْ وَنَتْنُهُمْ فَيَرْغَبُ نَبِيُّ اللَّهِ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ فَيُرْسِلُ اللَّهُ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ الْبُخْتِ فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ يُرْسِلُ اللَّهُ مَطَرًا لَا يَكُنُّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَرٍ وَلَا وَبَرٍ فَيَغْسِلُ الْأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كَالزَّلَفَةِ ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ وَرُدِّي بَرَكَتَكِ فَيَوْمَئِذٍ تَأْكُلُ الْعِصَابَةُ مِنْ الرُّمَّانَةِ وَيَسْتَظِلُّونَ بِقِحْفِهَا وَيُبَارَكُ فِي الرِّسْلِ حَتَّى أَنَّ اللِّقْحَةَ مِنْ الْإِبِلِ لَتَكْفِي الْفِئَامَ مِنْ النَّاسِ وَاللِّقْحَةَ مِنْ الْبَقَرِ لَتَكْفِي الْقَبِيلَةَ مِنْ النَّاسِ وَاللِّقْحَةَ مِنْ الْغَنَمِ لَتَكْفِي الْفَخِذَ مِنْ النَّاسِ فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللَّهُ رِيحًا طَيِّبَةً … فَتَقْبِضُ رُوحَ كُلِّ مُؤْمِنٍ وَكُلِّ مُسْلِمٍ وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ يَتَهَارَجُونَ فِيهَا تَهَارُجَ الْحُمُرِ فَعَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ (وَفِي رِوَايَةٍ: ثُمَّ يُرْسِلُ اللَّهُ رِيحًا بَارِدَةً مِنْ قِبَلِ الشَّامِ فَلَا يَبْقَى أَحَدٌ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ إِيمَانٍ إِلَّا قَبَضَتْهُ… قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ فِي خِفَّةِ الطَّيْرِ وَأَحْلَامِ السِّبَاعِ لَا يَعْرِفُونَ مَعْرُوفًا وَلَا يُنْكِرُونَ مُنْكَرًا فَيَتَمَثَّلُ لَهُمْ الشَّيْطَانُ فَيَقُولُ أَلَا تَسْتَجِيبُونَ فَيَأْمُرُهُمْ بِالْأَوْثَانِ فَيَعْبُدُونَهَا وَهُمْ فِي ذَلِكَ دَارَّةٌ أَرْزَاقُهُمْ حَسَنٌ عَيْشُهُمْ ثُمَّ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ). (مسلم)

83- Dari al-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menyebut perihal Dajal serta menyatakan sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur; juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya sepotong dicampakkan jauh dari yang satu lagi, kemudian diserunya lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya - yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam Nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain lagi)." Nabi s.a.w., bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w., menjawab: "Empat puluh hari,- hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua: Panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: seperti hari-hari kamu yang biasa. " Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah, jika demikian hari yang panjangnya seperti setahun itu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w., menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan,"Baginda menerangkan lagi:"Semasa Dajal itu bermaharajalela Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya dipintu kariah yang bernama: Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s., lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta menggembirakan mereka dengan darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga; " Nabi s.a.w. menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya:

"Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hamba-Ku (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hamba-Ku yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi Nabi Isa dan pengikut-penqikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t. `hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi. Tumbuhkanlah tanaman serta keluarkanlah buahmu dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w., bersabda: lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari qiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu. Nabi s.a.w., bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik dan tidak benci serta tidak melarang - daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka, serta bertanya: `Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan din kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakkanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa. (Muslim)

Diingatkan bahawa hadis-hadis berkenaan dengan keluarnya Dajal dan turunnya Nabi Isa a.s., adalah hadis-hadis yang sampai kepada martabat hadis "Mutawatir", demikianlah ditegaskan oleh ulama hadis.

Jika masih tidak berpuas hati, anda boleh rujuk kepada JAKIM kerana kami merujuk kepada jabatan tersebut. Wallahua'lam.

p/s: Nasib baik mata Brader Anwar Bin Ibrahim tak buta sebelah masa kena tumbuk dulu. Kalau tak...sama macam siapa la agaknya?

14 comments:

  1. Saya rasa semuanya telah dijawab sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. Mungkin posting dan jawapan PM yang terbaik setakat ini. Kalau Anon yg sorang tu tak reti-reti juga nak faham lagi tak tau nak katalah. Harap dia membaca dan memahaminya.

    ReplyDelete
  3. Salam sdr.

    Sianon, dia nih dari PAS ke PKR?. Bagi saya kalau nak menegur pun janganlah kasar sangat. Tegurlah dengan berhikmah.

    Kalau kita berkasar, orang pun berhak untuk berkasar. Nanti lain jadinya pula.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    DAJAL YANG ALA2 MATA SEBELAH MEMANG DAH RAMAI KAT DALAM DUNIA NI.
    DAN YANG PALING RAMAI DALAM MSIA, ADALAH DALAM.....PR.

    ReplyDelete
  5. Ya, menegur secara berhemah umpama warisan budaya Melayu turun temurun. Harap kepada anon yang mempertikai sebelum ni puas hati dengan penjelasan artikel.

    ReplyDelete
  6. kawe tok berapo wehi lagu ni kalu maing capur aduk nok baloh gak. ayak qur'e denge hadih jange wak tebeng maing nnt make diri sediri.

    ReplyDelete
  7. kenapa gedebe? hadis bersumber jakim ni masih nak kata tak betul ke?

    ReplyDelete
  8. Tak pertikai hadith dajjal tu, tapi pertikai banyak artikel awak yg kurang bersopan, tak beradab, melacurkan etika kesopanan penulisan.

    ReplyDelete
  9. PM boleh confirm ke PKR tu dajjal? Bahaya tu.......

    ReplyDelete
  10. Tuduhan gotahlantun bahaya. Bahaya pd aqidah......

    ReplyDelete
  11. SALAM.

    ANON,PERKARA NI TAK ADA KENA MENGENA DENGAN AKIDAH....
    KAU PIKIR LAH SENDIRI, DAH KALAU JAHAT TU ORANG PANGGIL DAJAL LAH..
    SEMEMANGNYA DALAM PR RAMAI DAJAL.
    ADA AKU TULIS PAS DAN PKR?
    PECAH KE BIJI MATA?.
    AKU TULIS............P...R.

    DALAM PR ADALAH SI DAJAL TU..

    ReplyDelete
  12. Sudah gaharu cendana pula,
    Sudah tahu buat2 tak tahu pula.
    Gotahlantun, ambik wuduk sekarang, solat sunat taubat. Bertaubatlah..... bahaya tuduhan awak. Nak saya ajar ke cara2 solat sunat taubat???

    ReplyDelete
  13. yang jahat tu dajal=DAP dan beberapa org dalam pkr.

    solat taubat? jom solat jumaat dulu.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Ada kemungkinan Sai Baba adalah dajal

    rambut keriting,badan gempal dan rendah-hampir menyerupai ciri-ciri dajal dalam hadis

    cuma Sai Baba tidak buta sebelah mata.Ada kemungkinan butanya kemudian

    ReplyDelete

Blog Archive