Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, January 2, 2009

Mencari Osama - Bertemu Obama

Saranan Dr. Mahathir kepada Obama, Presiden ke-44 AS

- Berhenti daripada membunuh orang.

- Hentikan sokongan sembarangan kepada Israel dengan wang dan senjata. Pesawat dan bom yang membunuh orang ramai di Gaza adalah dari AS.

- Henti daripada mengenakan sekatan ke atas negara-negara yang tidak boleh berbuat demikian ke atas AS.

- Hentikan saintis dan penyelidik AS daripada mencipta senjata-senjata kejam untuk membunuh orang ramai secara lebih efisien.

- Hentikan pengeluar-pengeluar senjata daripada menghasilkan senjata sedemikian. Halang mereka daripada menjualnya kepada dunia. Ia pendapatan diperoleh AS.

- Hentikan daripada cubaan mendemokrasikan kesemua negara di dunia. Demokrasi kemungkinan bersesuaian untuk AS tetapi tidak semestinya padan untuk negara-negara lain. Jangan bunuh orang kerana mereka tidak mengamalkan demokrasi.

- Hentikan kasino-kasino yang anda anggap sebagai institusi-institusi kewangan. Kawal selia bank-bank anda.

- Iktiraf Protokol Kyoto dan perjanjian-perjanjian antarabangsa yang lain.

- Hormati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

p/s: Menunggu tindakan Obama.

4 comments:

  1. Laaa usin, yang kau nak cito pasal Obama ni apo lak di sobut Osama sekali lak ni? Ekau tau eden ni kan ... nyaghih nyaghih nak kono anta kek Guantanamo Bay tu kau tak. Nak tau pasal apo? Ni sumo pasal Osama bin Laden la ni.

    Maso lopeh 9/11 hari tu kan, eden poyi laa naik bas ni daghi Podeksen nak poyi ke Seghomban. Dalam tu ghamai laa mat saleh ntah datang daghi mano ntah naik bas tu jugak. Lopeh tu pulak bas tu beghonti laa dokek Mambau nak ambik penumpang. Tetibo naik laa kawan sekolah lamo den Udin Ketot yang abah eh kawin dongan Jando Ba'enah tu kau tau tak. Dari jauh dio dah cam den dan toghhuih poyi kek tompek duduk den.

    "Ekau nak poyi mano ni jang,?" Eden tanyo.

    "Nak ke Seghomban kojap haa", teh, "Nak pi boli bonih manggo", teh.

    "Nak ke Seghomban?" tanyo den.
    "O SAMO LA DEN" kato den.

    Lopeh tu tetibo jor mat saleh tu datang reramai tangkap dan pogang tangan den kau tau tak. Ishhh bincek punyo oghang putih.

    Nasib baik den tondang sano sini, den karate sano sini dan lopeh tu mencelinat den lari keluar bas kau tau tak.

    ReplyDelete
  2. Laa kan dah bingai kepalo den ni haa. Eden pun dah kenpius dah lalu panggil kau usin. Eden ingat ekau ni Paneh, dongan Usin Lempoyang tu kalau tak samo suku kengkurang eh pun satu susu maso kocik kocik dulu

    ReplyDelete
  3. takpo la Ese. samo la den..kengkadang konpius yor. heheh.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive