Sebuah hadis sahih pernah diriwayatkan oleh 'Abdullah bin 'Amr yang maksudnya:
"Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah, apakah perlakuan (atau kualiti) seorang Muslim yang baik? Baginda menjawab, memberi makan (kepada yang memerlukan) dan memberi salam kepada mereka yang kamu kenali mahupun yang tidak kamu kenali"
-Sahih Muslim dan Bukhari-
1. Jelasnya daripada hadith di atas, untuk kita menjadi seorang Muslim yang baik, kita perlu bersifat pemberi. Untuk memberikan sesuatu kepada orang lain, hukumnya kita perlu terlebih dahulu memilikinya.
2. Tuntutan untuk memiliki harta benda (atau kekayaan) bukan sekadar dinyatakan di dalam hadith di atas, malah ia sebenarnya menjadi tuntutan utama di dalam Islam. Rukun Islam ke-4 dan ke-5 adalah menifestasi betapa pentingnya untuk seseorang individu Muslim memiliki harta bagi membenarkan dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim sejati.
3. Rukun ke-4 mewajibkan kita mengeluarkan zakat; yakni berkongsi harta yang kita miliki dengan mereka yang memerlukan dan rukun ke-5 menuntut kita untuk mengeluarkan sejumlah harta bagi menunaikan Ibadat haji di Tanah Haram.
4. Tuntutan memiliki harta benda bukan sekadar dinyatakan di dalam hadith-hadith, malah disarankan di dalam Kitab Suci Al-Quran apabila Allah menuntut kita untuk memiliki harta dunia dan harta akhirat.
5. Namun, ironinya, Muslim pada hari ini walaupun merupakan populasi dunia terbesar merupakan golongan paling miskin dan paling rendah tahap penguasaan ilmu pengetahuan. Inovasi dan teknologi yang mengawal pergerakan manusia pada hari ini, bukanlah ciptaan orang Islam.
6. Pembinaan pusat-pusat ilmu yang mengumpulkan cendikiawan ulung tidak dilakukan oleh orang Islam, malah lebih teruk, orang Islam Malaysia lebih bangga untuk belajar di universiti-universiti luar negara, walaupun di dalam negara, kita sudahpun mempunyai IPTA sendiri termasuklah dua universiti Islam (UIAM dan USIM).
7. Tidak keterlaluan kiranya saya katakan, betapa kemarahan kita hari ini kepada pihak Rejim Israel tidak akan kemana selagi kita tidak menundukkan ekonomi mereka, selagi kita tidak mengatasi mereka dalam bidang keilmuan, selagi kita masih mengamalkan sikap menuding jari ke arah orang lain namun tidak langsung mengambil tindakan proaktif, selagi kita masih percaya bahawa untuk maju kita perlu mencontohi barat, dan selagi kita tidak merealisasikan ajaran Al-Quran dan Hadith.
8. Suka atau tidak, hakikatnya untuk kita menjadi Muslim terbaik, dan manjadikan Islam agama yang agung, syaratnya kita mesti KAYA...harta dan ilmu...Rasulullah S.A.W. berjaya dalam misi baginda menyebarkan Islam kerana baginda di kelilingi tokoh-tokoh yang kaya harta dan tinggi keilmuannya...antaranya Abu Bakar, Usman bin 'Affan, Abdurrahman bin 'Auf, Ali bin Abi Talib, 'Umar, Khadijah, dan 'Aisyah.
9. Namun apa dan siapa yang kita ada pada hari ini?

Saya sangat bersetuju. Kita mestilah KAYA dan MEMILIKI terlebih dahulu, maka barulah kita berkemampuan untuk MEMBERI selepas drp itu. Untuk kaya kita mesti pula berilmu. Untuk berilmu kita mesti pula BELAJAR dan mencarinya walau hingga ke Negeri Cina kata Nabi. Atas kesedaran tersebut, sejak merdeka UMNO telah melebihkan ilmu pendidikan drp segalanya dalam penyediaan Peruntukkan kewangan negara. Namun masih ramai melayu yang "dunggu". Why? Kerajaankah yang suruh menjadi "ali-baba" atau sikap kita?
ReplyDeleteDi Malaysia ni kita bukannya sibuk nak menimba ilmu dan menjadi maju agar dapat menandingi barat, tapi kita lebih sibuk pertikaikan hukum hudud, pertikaikan pendapatan angkasawan, pertikai pemimpin tu rasuah, pertikaikan kroni, pertikaian wang royalti, demontsrasi sana sini dan mcm2 lagi la kalo nak sebut.
ReplyDeletemahasiswa pun dok suka demonstrasi drpd pegi kelas. bukannya mereka menjadikan tindakan Israel menyerang negara Islam sebagai motivasi utk mereka menimba ilmu agar menjadi orang Islam yang hebat supaya pada masa hadapan tiada lagi negara yg berani memperlekehkan umat Islam.
Kita pun masih lagi agongkan camry daripada keta buatan kita sendiri. Jadi mcmana kita nak kaya dan ada duit utk R&D supaya kita lebih maju.
Kita masih....malas la nak cakap lagi. Kesudahannya sampai bila-bilalah org Islam tak kemana.
Saya sangat bersetuju dengan tulisan saudara dan komentar dari bungaraya. Apa yg Allah perintah ialah supaya kita mengeluarkan zakat dan untuk itu kita mesti kaya tapi malangnya apa yg berlaku hari ini ialah umat islam mencari zakat, tidak mahu berusaha dgn gigih supaya dia terkeluar dari garis kemiskinan dan serentak terkeluarlah dari senarai asnaf yg layak menerima zakat.
ReplyDeleteBoikot barangan US dan Israel tidak akan membawa ke mana kerana ia perkara remeh temeh tambahan pula bukan secara total, ada yg buat dan ada yg tidak.
Dalam dunia islam yg lemah hari ini opsyen yg ada hanyalah satu, iaitu umat mesti bersatu bermaksud negara2 islam, Boikot penggunaan USD seperti seruan Tun Mahathir kerana ini akan memiskin Amerika, boleh berpaling kepada Euro atau JPY.
Orang Malaysia khususnya Melayu tak suka lihat orang kaya, mulalah timbul PHD.
ReplyDeleteMula berusaha untuk menjatuhkan yang kaya dan secara tak langsung dia cuba manaikan dirinya pulak. Dia kaya tak apa , orang lain tak boleh.