Saya ucap terimakasih kepada Cikgu Dari Ulu yang belajar sains dalam bahasa Melayu sepenuhnya dan sekarang menjadi guru sains dalam bahasa Melayu juga.
Namun saudara sokong penggunaan bahasa Inggeris untuk sains dan matematik.
Ya. Program ini bukan untuk memusnahkan identiti bangsa Melayu.
Saya sebenarnya mendapat pelajaran dari sekolah rendah hingga ke Universiti (perubatan) dalam Bahasa Inggeris.
Saya fikir saya masih boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu, walaupun tidak sebaik seperti pakar bahasa.
Adat resam dan budaya saya adalah adat resam dan budaya Melayu.
Saya percaya saya diterima sebagai Melayu.
Jelas menguasai ilmu dalam bahasa Inggeris tidak menjadikan saya kurang Melayu.
Takkanlah hanya kerana belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan menyebabkan kita lupa bahasa kita, dan kita kurang Melayu.
Mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris. Untuk ini sudah ada matapelajaran bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik adalah kerana ilmu ini mengguna perkataan-perkataan yang berlainan daripada bahasa Inggeris biasa. Juga ilmu-ilmu baru dalam bidang sains terutamanya diterokai dan diperkenalkan melalui kertas-kertas akademik hampir tiap hari. Dan hampir semuanya didapati di dalam bahasa Inggeris.
Kita boleh terjemahkan kertas-kertas ini. Untuk ini kita perlu penterjemah yang fasih dalam bahasa Inggeris dan bahasa kita dan juga berkelulusan dalam bidang sains berkenaan. Kita tidak ada ramai orang seperti ini sekarang pun. Jika ada pun mereka tidak berminat untuk kerja ini sepanjang hayat. Apabila semua belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu, di manakah akan kita cari orang yang fasih dalam bahasa Inggeris untuk membuat penterjemahan.
Dalam satu pertemuan saya telah beri contoh dalam bidang telekomunikasi, khususnya telefon sel. Kecanggihannya bertambah sepanjang masa. Ini semua adalah hasil pemahaman dalam ilmu dan teknologi "micro circuit", dalam cip, dan bagaimana menulis "software" untuknya.
Kita tidak perlu bahasa Inggeris untuk mengguna segala kemudahan dalam cell-phone. Tetapi untuk mencipta dan meningkatkan keupayaan cell-phone kita perlu ilmu yang berkenaan yang mana ilmu ini terdapat dalam bahasa Inggeris. Mungkin sudah ada buku-buku dalam bahasa Melayu berkenaan sains ini tetapi saya belum jumpa buku yang boleh menolong kita mencipta alatan yang mengguna sains ini. Sehingga kita ada buku ini kita perlu buku dalam bahasa Inggeris, syarahan dalam bahasa Inggeris, tunjuk ajar dalam bahasa Inggeris. Jika tidak maka kita akan terus jadi bangsa pengguna.
Untuk menjadi bangsa maju kita perlu ilmu pengetahuan yang luas. Hanya boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak mencukupi untuk menjadikan kita bangsa yang maju setaraf dengan bangsa-bangsa maju yang lain.
Saya sayangkan bahasa saya. Sejak 1947 lagi saya telah perjuangkan bahasa saya. Bukanlah niat saya untuk mengenepikan bahasa dan bangsa saya apabila saya buat keputusan untuk mengguna bahasa Inggeris dalam sains dan matematik. Niat saya ialah sebaliknya. Niat saya ialah supaya bangsa saya tidak ketinggalan dalam penguasaan ilmu sains dan matematik yang begitu penting dalam menentukan maju/mundurnya sesuatu bangsa. Niat saya ialah supaya bangsa saya akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang termaju di dunia.
Insya'allah apabila kita di masa akan datang sudah dapat mendiri tamadun Melayu yang termaju sama seperti tamadun moden yang terkenal di dunia, apabila pendita-pendita dan saintis Melayu dapat meneroka dan menyumbang kepada keilmuan sains dunia, maka pada masa itu para saintis asing akan mempelajari bahasa Melayu untuk mendapat ilmu sains sepertimana orang Arab mempelajari bahasa Yunani, Hindi, Cina, untuk menguasai ilmu-ilmu yang diterokai oleh bangsa-bangsa ini; sepertimana orang Eropah mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu-ilmu sains dan matematik yang diterokai dan dikuasai oleh orang Arab pada abad ke-15 Masehi.
Inilah sejarah keilmuan tamadun manusia sejak zaman Hammurabi lagi.
Sumber: In Response

No comments:
Post a Comment