Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 20, 2009

Mengurus Kewangan: Pembangkang Lebih Pakar

Kami sebenarnya kagum dengan pembangkang disebabkan kehebatan mereka menguruskan kewangan. Korang jangan tak percayo pulak. Kami ada alasan tersendiri mengapa pembangkang pakar dalam hal ehwal mengurus wang ni. Al-maklumlah, Ketua Pembangkang pun mantan Menteri Kewangan dan mantan Pengerusi IMF Asia Pasifik. Izinkan kami mengemukakan hujah.

1. MB Selangor kata kos maintenance kereta Perdana terlalu mahal. Dalam kenyataannya sebelum ini, kos membaik pulih kesemua kereta rasmi Perdana milik kerajaan negeri dalam tempoh 23 bulan yang lalu (iaitu kira-kira 2 tahun) berjumlah RM694,735.55. Secara kasarnya kos maintenance kereta Perdana lebih kurang RM350 ribu setahun. Kereta Camry 2.4 yang dibeli oleh kerajaan Selangor pula berharga RM157,074 sebuah. Maka jumlah keseluruhan untuk 15 buah Camry lebih kurang RM2.35 juta.

Namun jika Kerajaan Selangor mengekalkan penggunaan kereta Perdana serta digunakan pula selama 4 tahun sekalipun, ia hanya memerlukan belanja maintenance sebanyak RM1.4 juta sahaja (dengan andaian bahawa kerajaan Selangor gagal untuk menangani masalah korupsi dan salah guna wang yang dikatakan sebagai punca peningkatan kos maintenance kereta Perdana sebagaimana yang sering didakwa pembangkang).

RM2.35 juta duit rakyat habis beli Camry baru adalah lebih jimat berbanding RM1.4 juta kos maintenance kereta Perdana selama 4 tahun (Rm350ribu x 4tahun).

RM2.35 juta - RM1.4 juta = RM950 ribu yang berjaya dijimatkan oleh kerajaan Selangor. Bijak kan keputusan pembangkang ni?

2. Kerajaan Selangor sering mewar-warkan bahawa kos maintenance kereta Perdana yang terlalu tinggi adalah rentetan daripada korupsi dan penyalahgunaan wang oleh BN yang memerintah sebelum ini.

Maka jalan penyelesaian yang diambil oleh pembangkang ialah = beli saja Camry. Tak perlu susah payah mengkaji, menyiasat dan menyelesaikan masalah korupsi yang dikatakan punca kos maintenance kereta Perdana tu mahal. Buat apa nak fikir. Masalah kecik je semua tu.

Walaupun semua exco kerajaan negeri Selangor yang kononnya hebat tu masih tak mampu nak selesaikan masalah kos maintenance kereta Perdana yang tinggi, TETAPI pembangkang masih lagi layak menguruskan kewangan negara. Betul tak? Lagipun Anwar kan pakar ekonomi.

3. Pembangkang kata nak jimatkan wang rakyat. Tiap kali kutbah di masjid, mereka selalu sebut tentang negara kebajikan. Tapi kalau nak buat negara kebajikan, kenalah pakai kereta murah. Nak jimat la katakan. Terpaksalah beli Honda City ke, tak pun Vios atau Altis ke, dan kalau nak lagi jimat kena la pakai Wira je.

Ahh...tak sesuailah pakai kereta tu semua. Kalau beli kereta local made ni hanya akan mengkayakan kroni. Baik pakai kereta import macam Camry 2.4 tu. Lagipun ekonomi dunia tengah merudum. Lebih baik tolong setel masalah ekonomi dunia daripada support ekonomi tempatan.

Itulah antara hujah yang mampu diberikan. Sebab itulah kami kata pembangkang ni lebih pakar mengurus kewangan. Hebat sungguh kira-kira mereka. Respect botul den. Tabik spring la skit.

8 comments:

  1. tu baru boleh dipanggil penyamun mata satu..

    ReplyDelete
  2. wow..! camry tu...
    bilo lalu kek kampung2.. terjojol biji mato orang kampung.
    kalau anak kampung lah pakai keto mewah ni..satu yo yang den ingat komen orang kampung..
    BUDAK TU KALAU TAK JUAL DADAH ATAU PUN POYAMUN..
    agak eee samo la tu dongan pemimpin PR nih..

    ReplyDelete
  3. PR=Pemimpin Rakus...

    ReplyDelete
  4. Dalam komen tetamu dalam blog saya ada yang komen orang Umno masuk kampung di P36 pakai mercedes. Mereka kutuk kata ego....sekarang PR pakai Camry baru apa macam....EGO ke Super Ego...??

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. itu bukan super ego dah tu. dah tahap dewa punya ego.

    ReplyDelete
  7. ohh...Pemimpin UMNO siap beli keto Mercs mcm tukar baju..ramai yang sonyap,bilo Exco PR dr Selangor dan Perak pakai Camry ramai lak menyalak marah.
    kpd gotahlantun, org kampung den tak heran laa bila keto bosar masuk kampung..Ahli Parlimen tompek den tu..menjalar keto bosar dio...Murano,Odssey,Mercs E230,Alphard...hari hari selisih...time beli roti canai...apo cerito tu...menunjuk pada yang takdo...hampehhh botul

    ReplyDelete
  8. mereka beli merc tanpa pakai duit kerajaan lantak pi la mereka.

    pemimpin pembangkang pun ramai gak pakai merc. tak kisah la kalo pakai duit sendiri.

    yang kita pertikai kalo beli kereta rasmi yg dah tentu pakai duit rakyat.

    rosak la suma.

    ReplyDelete

Blog Archive