Sebelum ini Herald menuntut untuk menggunakan perkataan Allah dalam ajaran Kristian serta menuntut agar Bible ditulis dalam bahasa Melayu. Penolakan kerajaan ke atas tuntutan mereka telah mencetuskan polemik baru apabila orang Kristian mengatakan bahawa kerajaan telah menghalang mereka daripada menggunakan Bahasa Kebangsaan. Hujah orang Kristian - orang Cina dikatakan tidak patriotik apabila mempertahankan bahasa Mandarin serta tidak menggunakan bahasa Melayu di sekolah; jadi mengapa orang Kristian pula dihalang apabila kononnya ingin memperkasakan bahasa Melayu? Dan mereka juga menuduh bahawa kerajaan sebenarnya tidaklah mahu memperkasakan bahasa kebangsaan apabila menolak permintaan mereka. Orang Kristian juga berhujah sekiranya seseorang Islam itu benar-benar mempercayai agamanya, mengapa mereka perlu takut sekiranya pihak Kristian menggunakan bahasa Melayu. Mereka menggunakan perumpamaan "apabila kita sudah jatuh cinta kepada seseorang; tidak kira walau secantik atau sehensem manapun orang lain, cinta kita kononnya pasti tidak akan beralih arah".
Ke situ pulak hujah orang Kristian ni. Bermacam pulak tuntutan yang tak munasarawak langsung. Walaupun hujah-hujah mereka kelihatan 'benar' sekalipun, macamlah kita tak tahu agenda licik gerakan Kristian ni. Sahabat kami pernah dihantar sebagai wakil oleh kerajaan untuk memantau program orang Kristian Eropah yang dianjurkan oleh Raleigh International di Sabah. Sahabat kami ini ditugaskan untuk mengkaji dan meneliti keberkesanan program dakwah yang dilakukan oleh orang Kristian kepada penduduk kawasan pedalaman Sabah. Beliau telah bermastautin bersama kumpulan Kristian ini selama 2 bulan untuk mencatatkan segala yang berlaku disepanjang program itu berlangsung. Harus diingat bahawa program-program ini banyak dianjurkan oleh NGO antarabangsa yang berkaitan penyebaran agama Kristian terutamanya di Sabah dan Sarawak. Kebanyakan program sebegini dipantau oleh kerajaan, namun terdapat lebih banyak program yang dianjurkan adalah diluar pengetahuan kerajaan. Akan datang mungkin kami akan menceritakan dengan lebih terperinci mengenai program-program kristianisasi ini.
Persoalan kami ialah, adakah Herald dan orang-orang Kristian ini sedar berkenaan Perkara 3 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Kami pernah menulis mengenainya dan kepada orang-orang Kristian, anda boleh rujuk di sini, di sana dan di sinun. Anda perlu faham dalam konteks Malaysia, mengapa kerajaan WAJIB menolak permintaan orang Kristian. Warga Paneh Miang juga ingin mencadangkan agar Herald dan Bible ditulis dalam bahasa Latin. Bukankah bahasa Latin merupakan bahasa rasmi gereja? Malah Pope Benedict juga menyarankan agar orang Kristian mempelajari bahasa Latin kerana bahasa Latin dah hampir pupus. Buat apalah orang Kristian ni nak pening kepala guna bahasa Melayu. Panggil saja tuhan kamu Deus sebagaimana dalam bahasa Latin. Tak payah banyak songeh.

Orang bukan Islam di negara ini sepatutnya menganut agama Islam sebagai menyahut kepatriotikan kerana Islam sebagai agama rasmi negara yang diiktiraf.
ReplyDeleteBegitu juga dengan bahasa, sepatutnya semua rakyat berbahasa Melayu, barulah patriotik.
Berbahasa Malaysia dan tidak lagi berbahasa bukan bahasa Malaysia. Kalau itu yang dikatakan patriotik. Ingat, bahasa Mandarin dan Tamil bukan bahasa Malaysia.