Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, January 22, 2009

Kaitan KJ & Magnum: Apa Cer?

Pekan Rembau, 21 Januari 2008 - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak swasta yang sudi menyumbang kepada golongan susah dan memerlukan, sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba.

Pada kesempatan kali ini, Rumah Sejahtera dan Pusat Pemulihan Komuniti Rembau telah menjadi destinasi Magnum Corporation untuk berbakti kepada masyarakat. Program ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau dan MCA Bahagian Rembau.

Pada kesempatan itu, Sdr. Tee Chin Shen, Pegawai Media Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau merangkap Exco Pemuda MCA Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas komitmen Magnum dalam membantu golongan yang memerlukan.






p/s: Gambar di atas kelihatan orang Melayu yang menerima sumbangan. Dah miskin sangat ke Baitulmal sehinggakan orang Melayu yang susah di Rembau pun terpaksa menerima ehsan Magnum? Sadis apabila Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau turut menyokong program sebegini. Adakah ini semua disebabkan kekecewaan KJ terhadap Baitulmal sebagaimana kenyataannya sebelum ini Baitulmal Jangan Pilih Kasih, sehingga beliau merelakan bantuan daripada Magnum Corporation? Dulu Anwar main tenis dengan Nalla@Tokey Judi. Sekarang KJ main tenis dengan siapa pulak?

5 comments:

  1. hua hua hua..kok dek dio lah...dio yg jadi ahli parlimen kat situ,dia konolah jawab...BaitulMal pon taklah buleh lopeh tangan...dah seleso duduk bawah aircond..makin bosar punggung nak angkek...kesudahan kebajikan rakyat tiada perhatian...berkhidmat kerana gaji atau kerana Allah Taala...
    waktu kuar rumah niat apo dibaca?

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya Magnum corp. mengenang jasa ahli parlimen rembau, kerana sebelum ni AP Rembau adalah "penikam" utama setiap siri cabutan magnum. tu yang dpat habuan dari magnum tu,,, wa ka ka , lu pikir la sendiri KJ,,,

    ReplyDelete
  3. Macam tu lah JKM. membosankan. Saya dah byk kali berurusan dgn mereka untuk membantu golongan yang memerlukan khidmat mereka, mereka lebih suka jika kita dapat tolong, bukan mereka.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum anakku,

    Janganlah salahkan mereka yang menerima sumbangan tu, bukannya mereka tahu pun apa ke bendanya Magnum tu.

    Pada mereka apa yang orang bagi, 'Terima Kasih' dan terima sahajalah. Rezeki jangan ditolak, Musuh jangan dicari?

    BaitulMal? Kalau nak dapat bantuan ISIlah BORANG dulu.

    ReplyDelete
  5. Kepada Melayuangkat atau sesapa sahaja yang punya kaedah reasoning demikian.

    Isu, isi borang atau tidak bukan asal kaedah. Saya fikir, MP Rembau dan suku sakat di bawah yang reti kerja untuk AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR.

    Apa guna jadi MP, jika tak boleh nak kendali masalah rakyat. Nak approach Baitulmal pun tak bijak, nak sudu Pusat Zakat pun tak cerdik, nak senduk itu dan ini pun tak prihatin. Tu lah, kalu umur setahun menanam jagung, tak usah mengidam kerusi Ahli Parlimen.

    Saya tujukan juga kepada semua Ahli Parlimen Muda atau Ahli Parlimen Baru semusim, menebas lalang. Baru kenal apa beza mentadak mentadu, baru kenal apa beza sesumpah, baru kenal beza bubuk dan anai-anai.

    Cuba belajar dulu dan ambil pandangan Council of Eldest dalam Parlimen, untuk buat usaha dan inisiatif bijaksana dan bijaksini.

    Jika tidak, macam ini lah, jadinya. Magnum pun hentam, esok, Sport Toto, lusa Genting, tulat entah apa lagi.

    Cuba lah belajar motong gotah, baru boleh cerito bau sekrap.

    ReplyDelete

Blog Archive