Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, June 17, 2009

Penjajahan Minda

Pak Sedaro nak nyungkit, kepala caca-marba B.A.B.I dan sekutu-sekutu yang bercita-cita membina REPUBLIK MALAYSIA neo-Komunis [mungkin...]

Terlalu banyak proses indoktrinasi dan penjajahan minda telah dilaksana sejak 1997 selepas B.A.B.I. diterajang daripada gelanggang PEKEMBAR.

Tahun 1927/1928 merupakan landasan gerakan KOMUNIS ditaja dengan nama Partai Komunis Malaya. 30 tahun berikut, terbit 13 Mei 1969. 30 tahun berikutnya, 1999...Diskripsi huru-hara tidak selesai, hingga hari ini.

HINDRAF agak sinonim dengan pentas kiri LTTE atau mungkin juga Pro-Komunisme. Bila B.A.B.I berhujah dan bercanang, SETUJU Chin Peng balik ke Malaysia! Apa hal pulak...

Chin Peng ini, warganegara Malaysia ke? Status kerakyatan dan Perjanjian 1990 dipatuhi ke? Pergerakan bawah tanah Min Chong Yuen Thong telah terkubur ke? Di mana nesan atau banyak batu bersuratNya?...

Penjajahan minda kepada warga Malaysia semakin merebak dan luka yang kian PARAH...

Skandal dan konspirasi pembunuhan Raja Ibrahim @ Sultan Abu Syahid Shah iaitu anakanda Sultan Muhammad Shah bersama Puteri Rokan, juga konspirasi pembunuhan Tun Mutahir, Bendahara terbilang Melaka...apakah sedang diulang dengan riwayat berbeza...

Penjajahan minda kepada TERBALIKnya empayar Kerajaan Melayu Islam Melaka pada 24 Ogos 1511...apakah tidak difahami oleh rakyat Malaysia, khasnya umat Melayu?

Penjajahan minda kepada pemikiran huru-hara dan pemikiran lintang-pukang yang di TAJA oleh kumpulan POLITIKUS PKR, PAS dan DAP kekadang PPP, GERAKAN....apakah tidak atau GAGAL dibaca dengan pandangan roh umat Melayu....?

Negara tidak perlu kepada KONFRONTASI dan REVOLUSI. Malaysia memerlukan rakyat dan warga Malaysia yang tahu asal-usul keturunan dan bangsa. Malaysia memerlukan rakyat dan umat yang faham asal-usul Kerajaan dan Berkerajaan. Malaysia memerlukan rakyat dan kerabat Melayu, Cina dan India yang akur kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah dibuat berdasarkan sifat, roh dan jiwa pada 1943 hingga 1948. Apakah resepi tamadun Malaysia?...

Bangsa Melayu sebagai rumpun bangsa TERAS. Kaum Cina dan India sebagai pasukan kaum yang mencukupi aspirasi Negara ini MERDEKA.

INTEGRITI Bangsa Melayu bersama kaum Cina dan India, ibarat "Aur dengan Tebing"...bukan "Api dalam Sekam" atau "Gunting dalam Lipatan"...

INTEGRITI KONTRAK SOSIAL ialah semua perihal yang ditafsir oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Institusi Majlis Raja-Raja Melayu atau DURBAR ialah Pundak AMANAH KONTRAK SOSIAL...

Pak Sedaro telah LAMA berpesan kepada kelompok PENDERHAKA, PENGKHIANAT dan PEMBELOT ... jika penjajahan minda diterus dalam alam Buana di mana Melayu bangsa terasnya, Islam agama junjungannya, Tanah Melayu wilayah pemerintahannya... maka DARAH dibayar DARAH,.. [zaman feudal tiada undang-undang]...

11 comments:

  1. Sebenarnya UMNO/BN lah yang menjajah minda semua rakyat. Rakyat tiada pilihan kecuali hanya menyokong mereka sahaja...semua proksi akan digunakan untuk menyumbat mulut dan menutup telinga rakyat dr mendengar atau membuat pilihan lain...semata2 UMNO nak berkuasa hingga kiamat....
    merekalah sebenarnya menjajah minda umat di malaysia...kehadiran pembangkang yg telah "menelanjangkan" UMNO/BN menyebabkan UMNO/BN menuduh pembangkang melakukan huru hara, kacau bilau, dan semua yg negatif yang lain...pada hal mereka mendedahkan keburukan dan kekejian perangai UMNO/BN utk pengetahuan rakyat...hasilnya, rakyat kini bijak menilai dan sudah kenal siapa UMNO/BN dan sudah tahu salah laku, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, krisis kehakiman, krisis hak asasi manusia, krsisi kepolisan, krisis itu dan ini, salah urus tadbir negara, penyalahgunaan kuasa berluluasa, tidak menghormati pilihan rakyat di negeri2 pembangkang, bertindak ganas terhadap rakyat yg menegaakkan yg hak (atas alasan keselamatan, tp kalau UMNO berarak boleh pulak!!!),media dikongkong, rasuah membarah, kos hidup bertambah membebankan, menggunakan kekuatan polis secara keterlaluan, undang2 yg berat sebelah, perjalanan pilihan raya yang tidak telus dan berat sebelah, pemimpin2 yg bermuka2 dan suka bercakap bohong, rakyat diugut spy jgn sokong pembangkang, pembangkang difitnah dan diburukan hingga keterlaluan...pendek kata...merekalah yg menjajah pemikiran kita...namun kini kita sudah berupaya berfikir dan tahu kerja2 terkutuk mereka.....inilah UMNO dan BN...makin lama memerintah, makin hancur negara kita mereka ganyang...mereka korup!!!

    ReplyDelete
  2. Syabas Cicit Kamat yang memang telah menulis sebuah artikel yang cukup menarik dan berfakta, kepada anonynous di atas, saudara menulis dengan penuh emosi. Tahniah Cict Kamat, semoga darah pahlawan yang mengalir pada diri saudara dapat menyemarakkan suatu perjuangan dan kepada anonymous di atas, anda adalah seperti Si Kitul atau Raja Mendeliar pada zaman kejatuhan Sultan Melaka. Congrats again Cicit Kamat!

    ReplyDelete
  3. Bodoh punye ANON 10:24PM di atas, Bercakap sungguh emosi. Patutlah tak tulis kat blog tapi tau komplen je. Anon..anon. Paneh miang adalah blog terbaik bagi kami student tau.

    ReplyDelete
  4. oohh..student Uitm yo..semua student uitm ni tak lah sehebat mana pun...ya lah U subsidi!!! memang layak pun anda dijadikan "lembu" olh puak UMNO ni...ni tak gi kah DEMO macam kat Shah Alam tu dulu...dulu tu kan ramai2 turun smpai depan bgnnan SUK....siap meraung2 lg...geli hati rakyat malaya tengok...ni isu Chin Peng ni tak DEMO ker???ajak lah Tok Misai anda....
    org2 mcm andalah yg UMNO suka....org yg tak prihatin akan nasib hal negara, negara lingkup ke, jahanam ke, ko budak2 Uitm duduk ngaji diam2....mana ada mahasiswa yg betul2 tulen memperjuangkan negara bangsa dan tanah air mereka dr kemusnahan kepimpinan yg terang2 menyalah gunakan kuasa....??? kalau cakap pasal UITM...tak yah lah....1 malaya tahu Uitm tu apa....lbh bagus dan bercredible lg IPTA lain yg hebat2 mahasiswa mereka yg berkarisme memperjuangkan tanah air mereka. tak mcm UITM.....lps ni ko beraraklah ket dataran merdeka ker bantah isu CP...buat cam Shah Alam tahun lepas...kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  5. Nampaknya sudah ada Melatu yang memperlekehkan UiTM yg telah berjaya membenihkan professional Melayu sehingga berjaya menjawat jawatan yg dahulunya menjadi dominasi rakyat 'kelas dua'. Untuk anon yg tak dak teloq tu, sila pamirkan identiti sebenar anda. Jgn jadi pengecut!!!

    Aku juga hasil dari UiTM(dulunya ITM) yg jika tanpanya dan dengan izin Allah terlebih dulu, mungkin hanya menjadi sibuta meneka gajah bila meneliti pelan-pelan kejuruteraan.

    Inilah jenis manusia kufur ni'mat!
    Terimakasih Allah, terimakasih pejuang Melayu terdahulu dan terima kasih kerajaan yang amat perihatin ttg nasib nusa.

    ReplyDelete
  6. Tiada sesiapa pun manusia yg mempertikaikan matlamat UiTM ditubuhkan...kenapa Detguaq terasa benar2 mcm panas bontot sgt2 ni...tu lah, org mempertikaikan kelesuan pelajar Uitm dlm membela masa depan negara dan rakyat..kenapa anda alih kona cakap pd benda lain...itu lah sikap UMNO, bila kritik peranan lesu student Uitm, mula lah kata kita perlekeh UITM keseluruhannya, apa lah otak bangang ko rang....kata ngaji tinggi2 tp tak tahu nak beza kritik individu dan hina Uitm...aku tak hina Uitm, malahan bangga, tp yg dikritik adalah student UiTM yg lesu dlm membela kebenaran,tak ada roh perjuangan utk memartabatkan demokrasi dan hak2 rakyat...inilah akibat pelajar U yg tidak tahu apa2 yg berlaku di sekeliling mereka yg menuntut mereka bersuara, bila dah jadi pemimpin kelak, mereka ini lah yg kaki rasuah, kaki ampu, menyeleweng, mememtingkan diri, salah guna kuasa, dll. sebab mereka buta pd permslahan negara yg semakin jahanam, mereka tiada aspirasi utk menjulang keadilan terhdp rakyat, mereka tidak berani bersuara demi kebenaran...itu lah belajar kuat2, tp apa yg berlaku didepan mata ko rang butakan mata, pekak kan telinga...apa lah bengap punya budak2 Uitm ni....ko tengok student IPTA yg lain, mereka tegas memperjuangkan nasib bangsa dan rakyat...a.hal macam nia pun nak ributr2...apa raaaa...alah, macam lah dia hebat sgt belajar tinggi, org lain ni takat belajar sekolah rendah jer ke? mahasiswa IPTA lain, sudah byk berubah pemikiran dan keberanian bersuara yg difikirkan wajar, namun budak uitm masih tidur lena.........poooraaaaaaaahhhh...

    ReplyDelete
  7. ANON !!!!! SEKIRANYA ALLAH MENGKEHENDAKI PR MEMERINTAH, MAKA SEKARANG ANWAR DAH JADI PM MALAYSIA YG KE-6. TAPI HAKIKATNYA TAKKK.

    TAHU ATAU TIDAK YG DIMAKSUDKAN DENGAN KUASA ALLAH & TAKDIR YANG SUDAH TERTULIS? KUAT BAGAIMANAPUN PROKSI UMNO NAK MENYUMBAT TELINGA KAMI, TP SEKIRANAYA ALLAH BERKEHENDAKKAN LAIN ... KAU TAHU JAWAPANNYA.

    JANGAN BERCAKAP MCM ORG XDER HOTAK N CAM X DER SKOLAH!!

    P/S: KALAU HIDUP DENDAM X SUDAH .. NAK RASA BAHAGIA PUN SUSAH!!

    ReplyDelete
  8. Betul betul betul banyak betul....

    setuju rasanya andai dikatakan bhw pelajar dewasa ini berada disuatu situasi yg sedikit mengecewakan. mengecewakan dr segi ilmunya, sosialisasinya, humanistiknya, adabnya, kesopanannya, kesusilaannya, kenegaraannya, kepatriotismenya, amalannya, duniawinya dan ukhrawinya.

    walaubagaimanapun jgnlah sampai 'tariannya sumbang disalahkan krn rantainya tak rata'.

    Diharapkan pembaca blog ini menjadi bijak dlm penilaian. bacalah semua komentar dgn mata hati bukan dgn membuta tuli. moga2 tidak terkeliru dgn kata2 syaitan yg bertopeng manusia. yg menggalakkan permusuhan dan kebencian adalah pekerjaan syaitan. biarkanlah syaitan itu dlm dunianya, carilah ilmu hak bukannya ilmu kebatilan. agar dpt membezakan kebenaran dan kepalsuan.

    bacalah ratipan kepalsuan itu dgn bacaan hiburan hanya sekadar memenuhi kekosongan dan juga sekadar melepaskan kepenatan. Biarkanlah diratib akan keburukan krn kita tak mampu nak memaksa lembu utk minum walaupun dimulutnya tlh diajukan air.

    jgn dilupa bhw sblm syatan itu dilaknati ia merupakan malaikat yg paling warak dikalangan sekalian malaikat. doanya ketika itu paling mustajab. dan sudah tentu syaitan itu mempunyai kekuatannya tersendiri. syaitan yg patut ditakuti dan dihindari ialah syaitan yg blh membaca al-quran, membaca hadis, mengulas tafsir dan berpewatakan alim untuk menyesatkan keturunan adam ini khususnya ummat muhammad. dan syaitan itu adlaah syaitan yg bertopeng manusia

    ReplyDelete
  9. rasinal la skit..
    sebenarnya BN sengaja buat isu,nak bagi rakyat kalut ngan isu murahan..
    buat la isu yang lebih besar skit..
    biar la dia balik.. kan kah malaysia nie negara polis? dia balik BN tangkap je la.. kalo ikutkan komunis melayu semua leh balik ke tanahair, tapi ching peng je yang tidak di benarkan.. adil ke? haprak punya pemikiran..

    ReplyDelete
  10. Anon atas ni bodoh betul. Chin Peng memang benci Melayu pasal tu dia suruh doktor potong kaki perajurit tanahair. Lim Kit Siang memang suka Chin Peng balik jadi Anwar Ibrahim ambil kesempatan untuk meraih undi bukan Melayu terutamanya undi kaum Cina.

    ReplyDelete
  11. Bacalah.......

    Andai diri tidak tahu, jgnlah berlagak spt amat tahu. krn nanti akan terserlah kebangangannya dan kebodohannya. dan lebih sial apabila dlm kebangangannya cuba membangangkan org lain pula.

    Telaah dahulu, kenapa komunis melayu diampunkan? bila mrk diampunkan? apa peristiwa yg menyebabkan mrk diampunkan? kenapa pula Chin Peng tidak diampunkan sehingga kini? benarkah dia tidak diampun atau dia tidak mahu diampunkan? Sewaktu pintu keampunan dibuka mengapa tidak minta pengampunan? sebaliknya apabila pintu pengampunan tertutup rapat barulah terhegeh-hegeh minta keampunan. kita ini ummat muhammad tapi bukan nabi muhammad.

    apabila hati tlh tertutup kpd kebenaran, makanya kebenaran itu akan menjauh. jika hati tlh tertutup kpd kebaikan makanya keburukan akan bermaharajalela. sehingga setiap aspek akan dilihat dr sudut keburukannya shj dan terlupa akan kebaikannya. sama-samalah berdoa agar kita menjadi ummat dan rakyat yg selamat dunia dan akhirat.

    insya'allah...

    ReplyDelete

Blog Archive