Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, June 21, 2009

Peperiksaan Malaysia!

Pak Sedaro nak kupas sikit. Pak Sedaro percayo Anon yang samo, memang banyak cerita dan riwayat...baguslah...gunakan platform Paneh ini untuk terjemah apo yang TERBUKU dan MATI di hati tu...

Ramai betul yang CINTA akan Agama. Ini menunjukkan bahawa pemikiran umat telah DEWASA daripada sebelumnya.

Jika semua SETUJU dalam apa pun yang dibahas dan dihujahkan:

1. Hadirkan DIRI ke Mesyuarat Agung PIBG sekolah anak-anak. Bentang Usul dan Hujah kalian. Apa yang penting kepada sebuah MERCU anak BANGSA? Apa yang memberi ROH dan JIWA kepada anak Islam dalam konteks PEPERIKSAAN MALAYSIA?

2. Buat Kertas Putih atas TAJUK "PEPERIKSAAN MALAYSIA KERTAS MUHYIDDIN YASSIN"...10 subjek ke, 30 pun baiklah...kita kena TAHU bahawa atas doktrin asas SPM ialah Sijil Peperiksaan Malaysia "terbuka"...maka, tiada halnya orang nak ambik beberapa banyak pun. TAPI mestilah ada hujah-hujah yang boleh memBATASI senario ini...Lontarkan kepada mereka...

3. Kertas Panjang ini dibawa ke hadapan SPBA, Raja-raja Melayu, PM, TPM, semua MB @ KM, semua AHLI PARLIMEN MALAYSIA dalam DEWAN RAKYAT, baru....BERKESAN, cerita besar ini.

4. Tengok...implikasi orang dulu dengan Senior Cambridge? Selepas itu LCE, MCE dan HSC, lepas tu SRP, SPM dan STPM, lepas tu skema peperiksaan PMR, SPM sebagainya?...Buka Perlembagaan Persekutuan, bukan penghalusan BERSAMA-SAMA...sudah tentu wujud titik pertemuan dan nilai keseimbangan, yang mana AMAT WAJIB, WAJIB, SUNAT MUAKKAD dan SUNAT...

5. Anon dan sekutu-sekutu ANON yang sering berHUJAH ini, semacam DAYUS dan BACUL dalam negara sendiri. Banyak menulis, bercakap dan bercerita, mengulas itu dan ini, tapi tak tahu DESTINASI sebenar? Apa yang hendak diNOBATkan, akan berada di gigi jalan, di gigi longkang dan dibibir TONG SAMPAH...

6. Kita kena bermain CATUR dalam pertempuran ini. Soal meWAJIBkan subjek-subjek tertentu memberi implikasi 10 tahun akan datang. Orang yang menerima amanah dan digelar GURU di peringkat SEKOLAH dan Pengajian TINGGI, MESTI benar pentarbiyahan mereka! Ada berapa ramai guru di Malaysia, 150 ribu? 300 ribu? berapa ramai pula PENSYARAH di IPTA dan IPTS rakyat Malaysia, 10 ribu? Apakah mereka ini SEMUA PEKAK, BUTA, BODOH, BISU, BANGANG, BACUL dan DAYUS dalam memberi hujah dan bahas soal-soal anak bangsa? Peperiksaan Malaysia?

7. Jangan TANYA rakyat yang bukan PENDIDIK dalam isu Peperiksaan Malaysia. Jumlah guru dan Pensyarah Universiti sudah boleh mewakili sampel dan keputusan yang BAIK. Guru-guru yang pencen dan sudah penghujung UMUR pun, WAJIB dijadikan sebahagian spesimen kajian keberkesanan dan implikasi PEPERIKSAAN MALAYSIA, juga Pensyarah pencen. Maknanya tidak kurang 700 ribu orang yang dinamakan dan digelar CIKGU, akan memberi responds...

8. PIBG mesti PROAKTIF dan BERTINDAK secara HIKMAH dalam isu-isu strategik ini. Ini melibatkan keselamatan NEGARA!

Selamat MEMAJU BANGSA. "YAng merah itu SAGA, Yang korek kendi, yang indah BAHASA, yang molek BUDI"

Apa lagi...HAYUNla...

2 comments:

  1. he he he... kan dah kena marah..!

    Tu le... orang bercakap, awak pun nak bercakap. Orang berblog, awak pun nak berblog. Last-last, kondem sana-sini tanpa tau hujung pangkal.

    Jika ada idea baik punya, gunakan saluran yang betul. Mesyuarat PIBG sekolah anak saya hari tu, tak berapa kerat ibu bapa yg hadir. Itupun lebih ramai kaum ibu daripada kaum bapa. Kaum ibu yang hadir itu pun dari kalangan suri rumah sepenuh masa. Maklum le...

    Takkan takleh ambik cuti setahun sekali untuk mesyuarat PIBG sekolah anak-anak?

    ReplyDelete
  2. Betul betul betul.....

    Banyak betul. Ada sesetengah makhluk tu hanya tau berkata2 shj. berteori bagai nak gila, berfalsafah bagai nak rak! tapi tang perlangsanaannya... hampeh!!!

    sama cam nak membela rakyat! terpekik terlolonglah mrk dimerata alam malaysia ni dgn laungan hidup rakyat! demi rakyat! kebebasan rakyat! keadilan utk rakyat! semuanya disabitkan dgn nama rakyat. tp bila nak melaksanakannya. yellek pochik!.

    cakap senanglah... buat tengok...!
    Skrg buktikan kpd rakyat di 5 buah negeri yg tlh dikuasai. belalah rakyat dinegeri tersebut sbgmn yg dimanifestokan. di kedah dan kelantan naikkan taraf hidup rakyat. di penang rancakkan lg ekonomi negeri, miskin tegar sila sifarkan. di selangor tingkatkan lg kemajuan ekonomi, segala janji di tunaikan. beri bekalan air percuma, biasiswa kpd pelajar dan bantuan kpd ibu tunggal, dah berkuasa apa lagi, hapuskan tol dinegeri selangor!. di Kuala Lumpur hapuskan semua kemaksiatan, jenayah, penagihan dadah, kesesakan lalu lintas. Dr Loq Loq mana janji nak hapuskan semua kebejatan!

    tunggu......! kita tgk siapa yg kena!!!!

    ReplyDelete

Blog Archive