Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, June 3, 2009

Monolog Integriti

Wahai pembaco budiman! Pak Sedaro nak mulokan syarahan Integriti kepado semuo pembaco. Dah lamo bonar hajat ini nak dimulo, tapi timing tak kono.

Melihat kepada tragedi BUMBUNG runtuh di Stadium Mizan, Gong Badak, mako, cantik la nampaknya memulo bicaro. Oleh sobab Pak Sedaro baru pulang dari PONTIAN dan mantau CSR Rebung 2009, mako lagi la relevan syarahan ini dimuntah secara berepisod.

Integriti merupakan setitis dan setinta nilai kemanusian paling besar dan berharga kepada insan. Integriti ialah aset kepada batang tubuh manusia yang PERCAYA dan BERIMAN kepada keTuhanan mereka. Seorang Muslim perlu menjiwai dan mendaulat priskripsi INTEGRITI pada tahap tertinggi dan termulia dalam kehidupan harian. Hanya manusia yang beriman kepada Tuhannya sahaja, punya nilai integriti yang boleh dipercayai dan diasaskan.

Integriti bukan dikutip di dalam longkang, disapa di tepi jalan, dicetak di tengah Medan Pertempuran, mahu pun di pungut di papan-papan dan di meja-meja perundingan serta bilik kuliah.

Integriti ialah subset yang hidup subur bersama setiap insan. Oleh kerana kita gagal mencintaiNya, maka, Integriti menjadi HAMPAS dan SAMPAH. Kekadang vaksinasi ini menjadi Virus Pembunuh.

Integriti wajar disemai pada benih yang baik atas tanah yang menyuburkan. Integriti mesti dibaja dengan amanah, siddiq, tabligh dan fatanah. Integriti mesti disiram dengan amalan, praktis dan kerja yang berterusan tanpa kenal erti kalah dan kecewa. Integriti mesti dipupuk dengan Patriotisme dan Nasionalisme. Integriti bukan DEWA kepada insan atau MALAIKAT kepada tamadun. Integriti ialah ROH kepada sebuah Negara Bangsa yang TERBILANG dan BIJAKSANA.

Umat Melayu mesti diSEDARkan dengan INTEGRITI. Umat Melayu kini dalam JASAD yang hampir kosong. Umat Malaysia semakin lompang JASADnya dengan nilai INTEGRITI.

Teringat Pak Sedaro dengan pesanan berhikmah Almarhum Pendeta Za'ba, "Andai negara ini diurus Maju pada zamannya atau gugur MISKIN dalam perjalanannya, semua ini ada bersangkut dengan kefahaman redha, ikhlas, amanah, tulus dan dedikasi", [redha, ikhlas, amanah, tulus dan dedikasi ialah saripati INTEGRITI dalam kalimah yang dikenali hari ini].

8 comments:

  1. Assalamualaikum Pak Saudara,

    Memang benar segalanya bermula dengan kesedaran dan Keikhlasan. Integriti amat penting pada setiap kita.

    Integriti,maruah dan jati diri. Sesuatu yang Amat berHarga buat diri kita.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. Memang boto sekali pendapek Pak Sedaro....tp tak guno pak sedaro merintih kek sini sebab eh, org tahu apo itu intergriti, tp org yg pandai bercakap pasal intergriti itu lah sobonar musuh kpd intergriti itu sobona eh pak sedaro!!! tengok apo dah jadi baru2 ni...Tuhan nak tunjuk kpd rakyat Malaya Pak Sedaro apo yg kerajaan UMNO/BN dah buek...cakap yo bukan main bosa laie, tp hampeh....isu PKFZ yg bernilai berbilon2 RM kerana mslh korupsi dan tiada intergriti pemimpin nyo...lg bosa projek, lg buntang bijik mato eh...lg jauh lupokan Tuhan dio,,,lg disepak eh nilai intergriti dan nilai murni....siapo yg salah...apo tindakan kerajaan slps ni Pak Sedaro??? tak do apo pun.buek cito lain, rakyat pun lupo, selamat lah dio (UMNO/BN)...kito yg jadi mangso....soal kehakiman pun buleh dilantik2 pakai tepon yo dlm kes Linggam...tak malu ko ekau UMNO semuo ni????org yg pandai cakap soal rasuah, intergriti itu rupanya mastermind kes Linggam...sapo laie kalau bukan mahathir!!!! rajo segala rajo kek malaya ni...apa tindakan kerajaan pd dio dlm kes linggamm???apo Pak Sedaro???? tak do...kito yg yg kono bodohkan...
    Dalam Kes Staduim Gong Badak K.Trengganu...apo pulak hal ni???baru setahun dah ranap semuo..pasal apo? sobab eh RASUAH!!! projek RM 200 juta lbh...sapo yg dapek projek tu? sudah tontu kroni...barapa kos sobonar? tak tahu? biaso eh, kontraktor yg dapat projek tu buek tak sampai pun pd sebut hargo asal RM 200 juta lebih...agak2 tak sampai RM 100 juta pun...tp dio dah dapek untung RM 150 juta ateh angin yo...dah lah tu tak ikut spec lg, byk "curi" dlm pembinaan dan bahan binaan...akhirnya jurutera nak approve pun kono boli yo...mano ado intergriti Pak Sedaro...ini lah kerjo UMNO/BN yg terang2 menyalahi undang2 tp mereka totap lopeh....

    Itulah suko den katokan bahawa...UNDI UMNO/BN BEERTI ANDA BERSUBAHAT MELAKUKAN RASUAH DAN PECAH AMANAH, WALAU ANDA TIDAK MELAKUKANNYA TP ANDA UNDI UMNO/BN, MEREKA MENANG, JD MEREKA MENANG KERANA UNDI ANDA, MAKA ANDA PUN BERTANGGUNGJWB TERHADAP JENAYAH RASUAH DAN PECAH AMANAH YG MEREKA LAKUKAN...ANDA AKAN DIPERSOALKAN DI HADAPAN TUHAN KELAK....FIKIRKAN LAH....JGN UNDI UMNO/BN UNTUK MENGALAKKAN PERKARA SYUBHAT....

    ReplyDelete
  3. hompuk artikel ini tidak adil tu tak nak komen lak ke?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  4. Betul ke......?

    Mmg dah dijangkakan akan ini perihalnya. Apa perihalnya?. perihal menjatuhkan hukum sebelum dihukum. Teringat kata2 ust akhil hay apabila berbicara pasal kes perceraiannya. iaitu dia tlh dihukum dimahkamah kedua iaitu dimedia.

    apa perkaitannya? lihat shj bgmn sesetengah pihak menjatuhkan hukum dgn tafsiran sendiri. apa kesnya? kesnya ialah:

    1. ISU PKPZ, demi utk melihat betapa buruknya pemimpin sehingga UMNO/BN dihukum terlibat dgn isu tersebut sedangkan hakikat sbnrnya adalah sebaliknya, walaupun begitu persoalannya kenapa kerajaan negeri selangor bersungguh2 pula nak meletakkan exconya sbg lembaga pengarah pula? jika demi kepentingan rakyat kenapa isu elektrik diselangor tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri? pelik, pelik, pelik.

    2. Isu Kehakiman iaitu perlantikan hakim melalui telefon. sebenarnya tiada isu yg timbul krn bidang kuasa melantik telah termaktub kaedah dan caranya. Bidangkuasa siapa yg melantiknya juga telah jelas dan nyata. tp apa isu sebenarnya? isunya ialah utk melemahkan institusi kehakiman bg memudahkan meletakkan kesalahan apabila keputusan penghakiman tidak memihak kpd pembangkang.

    3. Isu Stadium Gong Badak K. Terengganu. analogi yg digunakan utk meletakkan kesalahan kpd BN/UMNO sangat senang utk menarik perhatian rakyat iaitu sekali lagi isu rasuah dicanangkan. sedangkan perkara ini masih dlm siasatan tlh dijatuhkan hukum sblm dibicarakan.

    dan utk menakutkan rakyat agar juga berdosa dgn tingkahlaku pemimpin, didalilkan bhw rakyat yg memilih pemimpin yg berdosa maka pemilih itu juga berdosa. Sungguh mudah menjatuhkan hukuman berdosa dan tidak berdosa! makanya rakyat yg pendek akal dan cetek pengetahuan agama ditambah lg sgt jumud akan terpengaruh dgn kata2 ini. sehingga terlupa bhw dosa yg dilakukan diri sendiri belum ditebus lg. tidakkah tertulis bhw dosa org yg melakukan tidak berpindah kpd org lain melainkan org lain itu melakukan perkara yg berdosa?

    renungkanlah......

    ReplyDelete
  5. Jejak Tuah...

    Wah...pandai boto ekau bermudah alih yo...macam tepon mudah alih lak...ye lah bilo kono topat kek muko ekau, ekau kato, org suko jatuh hukuman sblm dihukum!!!...kalau Anwar bolum bicaro kes liwat saiful ekau dah jatuh hukum bhw B.A.B.I ekau tu nampak sah dah bersalah dah..., kalau isu lembu Selangor akau dah jatuh hukum bersalah pd kerajaan selangor, bilo kes Eli selangor yg bolum dpt tangkap siapo candid gambar dio ekau dah kato dio salah, PAS ado rasuah politik lah tp bolum tentu, PAS amalkan rasuah lah tp tiado bukti lansung...ha..kan 2 ADUN UMNO/BN melutut pulak minta ampun, dulu dio ni kaki fitnah Husam,ha..sekarang menggigil nak kono saman, malu ngaku minta ampun...apo kojo ekau ni...kalau org lain yg msh samar2 ekau dah terangkan hukumnya bersalah...itu lah dio ragam UMNO yg suko alih2 salah dio...sampai ada dua bacaan undang2 rasuah dlm UMNO, satu Majlis Disiplin UMNO yg jatuh hukuman tp tiado nilai kedua SPRM jatuh hukuman,,,nampak double standard...sebaiknya Majlis Dsplin UMNO dan SPRM seharusnya berjalan seiring dlm menghukum pesalah rasuah UMNO..ini tak, kalau Maj.Displn UMNO dah totapkan bersalah, tp dio tak diambil tindkn di bwh SPRM...kesnya dibaco dan diinterpretasi kan samo...tp hukuman lain2...makno eh UMNO main2 kan undang2...camno org nak respect awak...kalau pihak pembangkang baru dongar ado kes rasuah ko, penyalahgunaan kuaso ko..wah..wah macam taufan SPRM datang siasat...tp jenayah intergriti dan disyaki berlakunya penyalahgunaan kuasa UMNO/BN, mcm2 dalih dibuat untuk melengahkan penyiasatan...akhrnya rakyat lupo...selamat den...dlm akhbar Berita Harian td dlm ruang forum terdpt kekesalan pembaca ttg malapetaka yg berlaku dan sikap pihak kerajaan dalam menangani perkara itu yg asyik siasat dan tubuh j/k siasatan hingga ke perigkat jemaah menteri...tp hasilnya disenyap gitu jer...apatah lg ada pendakwaan kecuaian terhdp pihak2 kontraktor dan dalang terlibat...kata Malaya hebat dr segi pembinaan dan mendapat pengiktirafan antara bangsa, namun adakah ini hasilnya???RM 25 juta dah hangus...mana org bertanggungjwb...esok keluar duit lg nak baiki....hangus lagi...dapat kontrak lagi..kaya lagi...mcm 2 kes kerosakan dan runtuh, jambatan MRR2, hospital dll, mano ada tinddakan?????semua tu rakyat tengok intergriti awak!!!tp macamano jika perkaro di atas berlaku pulak pd kerajaan negeri pembangkang (PR)..den raso ekaulah manusia palig awal jd hakim sukarela menjatuhkan hukuman dan mengarahkan SPRM buat siasatan serta merta, hukum serta merta dan kutuk serta merta kan!!!! begitu lah perangai dan ragam UMNO yg ONE MALAYA dah tahu...
    Soal undi tu...memang tepat dan boto...kenapo ekau pertikaikan???kalau kito undi org /parti yg terang2 buat penyalahgunaan kuasa secara terang2an, ko nak undi ko dio ko??? kalau den undi dio, dio akan kayo rayo, den dapek apo? taik ko??? dio menyalagunakan kuaso, hasil kemenagan yg den undi, jd den tak dipersoalkan ker nanti? ini bukan taksub kpd mano2 pihak..tp sbg muslim patut tahu siapo yg patut kito pilih...sonang cito lah, seburuk 2 perangai manusio, bilo diinterview ttg calon suami/isteri, dgnserius dia akan kato, "saya nak pilih/cari calon teman hidup yg beriman!!"...kenapo ekau nafikan!!! tak boto ko? silo bw bukti dan hujah serta dalil ekau? kalau ekau dapat buktikan, den masuk UMNO skrg!!!!!

    ReplyDelete
  6. Jojak Tuah...ekau baco ni:

    Khamis, 2009 Jun 04
    1 MALAYSIA - 70% RAKYAT SUDAH TIDAK PERCAYA KPD UBN

    Purata hampir 70 peratus daripada rakyat Malaysia menolak usaha kerajaan Barisan Nasional dalam membendung gejala rasuah di Negara ini yang dilaporkan semakin serius.

    Transparency International atau (TI), sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, mendapati 67 peratus daripada responden di Malaysia berpendirian segala langkah BN itu tidak berkesan untuk mengurangkan rasuah.

    Menurut presiden (TI), cawangan Malaysia, Datuk Paul Low, 42 peratus daripada responden juga menganggap parti politik sebagai organisasi yang paling korup di negara ini, dikuti oleh sektor perkhidmatan awam.

    Pada sidang akhbar itu Low kerap menggunakan ungkapan politik wang yang diakui sebagai masalah serius dalam UMNO oleh kepimpinan tertinggi parti itu sendiri.

    “Saya fikir amat jelas bahawa rakyat sudah muak dengan politik wang. Saya berpendapat pemimpin politik sendiri sedar perkara ini. Memang tahap ketelusan parti politik amat rendah,” kata Low.

    “Untuk menukar persepsi orang ramai ini, usaha hendaklah dibuat untuk parti politik membendung politik wang dan menjadi lebih telus,” tambah Low.

    Low berkata 5 peratus daripada mereka yang ditemu bual dalam tinjauan itu turut berpendapat badan kehakiman negara ini dicemari dengan rasuah manakala 12 peratus lagi melihat sektor perniagaan dan sektor swasta dibelenggui dengan rasuah.

    Hanya 28 peratus sahaja yang bersetuju kerajaan Barisan Nasional pro-aktif dalam menangani rasuah di Negara ini.

    Low berkata tinjauan itu menzahirkan keperluan untuk kerajaan bertindak lebih tegas dalam usaha membanteras rasuah demi meningkatkan keyakinan pelabur asing.

    “Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan pelaburan di Malaysia berasal dari Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah yang mempunyai undang-undang ketat mengenai rasuah,” kata Low.

    “Jadi sudah tentu mereka mahu melabur di Negara yang bebas dari rasuah dan mengamalkan proses telus untuk tender projek,” kata Low.

    Selain Malaysia, tinjauan oleh Transparency International itu turut membabitkan 68 negara lain di Eropah, Amerika Selatan dan Afrika dengan 73,000 responden.

    Merujuk kepada skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang PKFZ yang membabitkan dana awam sehingga RM 7.4 billion, Low berkata kerajaan persekutuan seharusnya lebih pro aktif dalam mendedahkan butiran penuh skandal yang membabitkan dana awam.

    Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendedahkan penyelwengan BN dalam menguruskan amanah rakyat.

    Kos projek itu meningkat daripada RM 2 billion kepada kepada RM 3.5 billion manakala pinjaman faedah rendah kerajaan untuk projek itu melonjak dari lebih RM 4 billion kepada RM 7 billion.

    Lembaga Pelabuhan Kelang dijangka tidak berupaya membayar faedah pinjaman selepas tahun 2012, menyebabkan kos projek PKFZ akan naik kepada lebih RM12 bilion..!!

    ReplyDelete
  7. Betul ke..........?

    mcm mimpi je ada yg akan masuk UMNO andai blh dibuktikan sesuatu. Jika berdasarkan komen2 terdahulu mmg soheh kerat 18 pun x masuk UMNO. mmg toktok atau taksub benar dgn parti yg disokong. sampai semua yg dihujahkan menunjukkan UMNO/BN sgtlah hina dan dina manakala parti yg disokong sgt maksum adanya.

    apa yg nak dibuktikan? buktikan ttg kita tidak berdosa apabila mengundi org yg berbuat dosa?. mmg sgt setuju sekiranya org yg diundi tlh terang dan jelas didepan mata melakukan dosa spt zina. nampak dgn mata kepala seperti keris memasuki sarungnya. dan perbuatan zina itu merupakan amalan pelakunya. sememangnya kita juga berdosa. tetapi andainya yg melakukannya sewaktu diundi menyatakan ia bertaubat dan kita merasa yakin dgn taubatnya slps memenangi undian, pelaku itu melakukan kembali zina adakah kita juga berdosa?. apatah lagi andai kita hanya mendengar org berbuat dosa atau berpersepsi org itu berdosa adakah kita turut berdosa dgn memberi undi? sbg manusia smmgnya kita mencari yg sesempurna mungkin tetapi pasrahlah andai kata pasangan kita lisannya beriman tetapi amalan adalah sebaliknya. dakwahlah ia ke jalan yg benar. Harap2 penjelasan ini tidak menyebabkan ada yg menukar parti slps ini. setidaknya Paneh Miang ini menjadi lebih meriah dgn komentar2 yg membina.

    Sebelum terlupa, ingin diperbetulkan. B.A.B.I bukan dihukum sebelum dibicarakan berdasarkan kes Saiful tetapi dihukum selepas dibicarakan dlm kes B.A.B.I yg terdahulu. Sejarah itu x boleh dipadamkan bhw hakim membebaskan B.A.B.I dari kesalahan salah guna kuasa atas sebab2 teknikal tetapi hakim yakin dan percaya kejadian perlakuan menjuburi ada berlaku dan terjadi. makanya jelas tidak dihukum B.A.B.I sebelum dibicara.

    dan seperkara lagi x perlu nak dijawab dgn panjang lebar ttg setiap persoalan yg dinyatakan krn setiap persoalan yg dinyatakan adalah berdasarkan persepsi. tidak jelas sumbernya, methodnya, kumpulan respondennya.

    Wallahu'alam.....

    ReplyDelete
  8. siasat dulu siapa di sebalik transparency international. metodologi yg digunakan pun tak reliable. pddk malaysia berapa juta? peratusan responden berapa juta? budak tadika bulih la tipu. dasar agenda asing.

    ReplyDelete

Blog Archive