Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, June 4, 2009

Episod 1 Integriti Mula Dari Dalam Diri

Bilo Pak Sedaro baco komentar pombaco, dapat juo lah Pak Sedaro buat andaian bahawa masih ada Jiwa yang sakit dalam kalangan umat Melayu. Masih ada kepala otak yang mereng dan sengkek, kerana tak do langsung nawaitu membina Negara.

Segalanya benar, bahawa siapa pun yang tadbir Negara ini baik mana-mana negara dunia Alam Buana ini, Integriti hanya berada di bawah tapak kaki dan di pelipat kepala lutut.

Semua ini menjadi takdir Ilahi, yang hari ini disaksi oleh sekalian umat dan haiwani.

Siapo pun yang baco dan mengerti soal INTEGRITI, mulakan lah nilai ini dari dalam diri, bermula di rumah bersama diri sendiri dan ahli keluarga termasuk pembantu rumah, tukang sapu, drebar, jaga, dan kuli batak masing-masing.

Ramai yang komen, masih KOSONG jiwanya. Insan sebegini ialah MUSUH AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR.

Jika umat Malaysia berazam untuk ubah fenomena kesendengan nilai dan amalan, memerlukan semaian satu generasi. Peralihan satu generasi mengambil masa 30 tahun. Hanya 30 tahun lagi, dengan semaian benih integriti kepada anak kecil, remaja dan belia bawah 20 tahun, hari ini...ummah bisa melihat Segar dan Bugar Integriti dalam alam Melayu, Islam dan Nusantara ini.

Jiko ado yang pandai, belum tentu dio cerdik. Jiko cerdik belum pasti Bijak. Andai dio Bijak, insyaAllah dio Cerdik dan Pandai. Inilah hukum Azali.

Mulakan Integriti Dari Dalam Diri, yang melalui saraf dan sistem aliran batang tubuh insan yang mencintai Negara ini dengan Agama, untuk Tamadun Bangsa sebagai asas Agung Tanahairnya.

2 comments:

  1. Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Mungkin kah masa dua tahun ini cukup untuk memulihkan UMNO yang sakit tenat ini?

    ReplyDelete
  2. Bersama2lah.....

    Kita tidak blh memaksa seseorg melakukan sesuatu mengikut kehendak hati kita, tetapi kita blh melakukan sesuatu memenuhi kehendak hati kita. makanya kaedah terbaik ialah berdoa agar seseorg itu dpt melakukan sesuatu mengikut kehendak hati kita. fahamilah kata2:
    'aku tidak dilahirkan utk memenuhi kehendak kau, dan kau tidak dilahirkan utk memenuhi kehendak aku, andai kehendak kau dan kehendak aku bertemu dan sama alangkah indah...'

    sama2lah jika kita sygkan melayu dan cintakan islam doakanlah agar UMNO berjaya mencapai matlamatnya.....

    insya'allah.....

    ReplyDelete

Blog Archive