Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, June 9, 2009

Akhirnya mati jugak kau yeh...

Tersebutlah kisah di sebuah perkampungan orang asli apabila salah seorang daripada puak mereka telah menemui ajal. Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk menguruskan mayat si mati. Setelah segala urusan di rumah selesai, maka dibawakanlah oleh penduduk kampung akan si mati ke kuburan yang telahpun tersedia. Sebaik mayat diletakkan ke dalam lubang, maka berkerumunlah sanak saudara serta orang-orang kampung yang diketuai Tok Batin untuk melihat mayat di pembaringan kuburan. Suasana hening dan sunyi diselang selikan dengan esak tangis keluarga si mati sambil melihat mayat yang terbujur kaku. Tiba-tiba, Tok Batin memecahkan keheningan suasana, menutur kata...


"Akhirnya mati jugak kau Yeh."

"Nanti akan datang dua makhluk kepada kau."

"Akan ditanyakan kau soalan-soalan."

"Jika kau dapat menjawab soalan meka tu, maka selamatlah kau Yeh."

"Tapi jika kau tak dapat jawab soalan meka...maka akan dipukulnya kau."

"Ingatlah Yeh..."

"...jika dipukulnya kau di sebelah kiri...kau elaklah ke sebelah kanan."

"Jika dipukulnya kau di sebelah kanan...kau elaklah ke sebelah kiri."

"Tapi............."

......................Wajah Tok Batin kelihatan pilu dan sedih. Beliau mengetap bibir tanpa mampu meneruskan ucapan. Semua hadirin yang mengelilingi kubur turut kelihatan resah melayan perasaan. Namun setelah terdiam beberapa ketika, akhirnya Tok Batin berjaya mengembalikan semangatnya, lalu bersuara...

"Tapi jika dipukulnya kau di tengah-tengah....."

"...NASIB KAU LA YEH..."

p/s: Lu pikir la sendiri yeh!

8 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,

    Elok kita semua ingat pada MATI.
    Supaya bersedia bila tiba giliran masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Salam PM,

    lawak.. dah macim husin lempoyang pulak artikel ko ni..

    hehe..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  3. Ada lg satu......

    Patutnya tok batin tu ingatkan lg kpd si mati soalan cepu emas yg menyelamatkan si mati.

    Soalannya:
    jika ditanya apakah parti yg kau sokong masa pilihanraya. maka jawablah dgn yakin dan jelas parti PAS yg aku undi dan sokong. pasti selamat ko yeh....!!!

    keh keh keh keh keh

    ReplyDelete
  4. Ini orang dipukul tengah tengah tak der hal punya, dia biasa berguling guling di tengah jalan..paling kuat, ditahan reman sehari dua...

    ReplyDelete
  5. malaysia world record holder of something fishy and scandels from sex, extortion, sub commision to bumbung stadium runtuh, Natang mu deris, Queh Queh Queh.

    ReplyDelete
  6. kalau orang itu mau pukui bagi tau saya " AKU SUDAH PANGKAH PAS"
    Mesti masuk syurga....


    ha ha ha

    ReplyDelete
  7. haha......kelakar2...

    but ttp ade pengajaran 'secara halus'nye...

    tu la jdnye bile tiada ilmu n hidayah....

    ReplyDelete
  8. kalau dipukul kau di tengah jadi ko terima aje la yeh..dan jika di tanye nye kau "kenapa kau tak elak"...lalu kau jawap laa.."macam mana aku nak eelaaak..tuk guru belum ajar cam mana nak elak"..(sudutan dari citer pandekar bujang lapok)

    ReplyDelete

Blog Archive