Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, June 19, 2009

Integriti HANRUH

Gamaknya dah banyak Pak Sedaro meriwayat soal Komunis dan dewa-dewa Komunis yang semakin berMAHARAJALELA dalam tekak dan kotak fikir masyarakat masa kini.

Pak Sedaro boleh sudah menangkis gelombang Hijau atau Biru atau Putih atau Merah yang dianjur oleh Anon, yang nampaknya sudah SESAT dalam TERANG.

Guru Pak sedaro pornah posan "Berburu ke Padang Datar, Dapat Rusa Belang di kaki. Berguru Kepalang Ajar, Bagai Bunga Kembang Tak JADI"...

UMNO atau bukan UMNO, Melayu atau bukan Melayu "kaum-kaum lain", Islam atau Bukan Islam ialah komposisi yang lahir dalam kancah dan gelanggang Masyhar DUNIA di bumi Malaysia ini...

Hari ini, banyak BALA diperlihatkan oleh Allah yang ESA dalam manusia menerjah arus kehidupan. Baik yang sifatnya akliah mahu pun rohiah, jasmaniah juga batiniah.

Melihat kepada "pesen" dan rukun fek'li pemikiran seorang komentar ANON @ Uknown, Pak Sedaro memberi hipotesis bahawa 60% rakyat Malaysia, masih sihat akal, jiwa, jasad dan batin. Cuma wujud 35% warga Malaysia yang mungkin TERLEBIH sihat keempat-empat elemen ini.

Tinggal 5% warga Malaysia yang masih mendukung preskripsi INTEGRITI HANRUH. Bercakap soal dan isu-isu sensasi integriti, Pak Sedaro suka bersoal fikir dengan Anon juga pembaco budiman, apakah tanahair ini menaja proses INTEGRITI?

Apakah relevan Institut Integriti Malaysia? Apakah relevan Biro Tatanegara? Apakah relevan Institut Kajian Dasar? Apakah relevan Institut Kefahaman Islam Malaysia? Apakah relevan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa? Apakah relevan Institut PUTIK dan sebagainya yang tidak kurang 35 buah institut yang peri kepentingan kepada partai siasah tertentu mahu pun kepada Kerajaan Malaysia?

Pak Sedaro menjemput suku-suku dan sakat-sakat yang berJIWA BESAR, PERWIRA dan PAHLAWAN serta LAKSAMANA yang tuntas untuk berHUJAH soal-soal kemakmuran Negara? Isu-isu POLITIK kotor, POLITIK nista, POLITIK haram, POLITIK halal sebagainya? Perihal kaedah MEMASTIKAN kuasa Bangsa Teras iaitu Melayu, terma dan tafsiran KONGSI KUASA dan KONTRAK EKONOMI-POLITIK-SOSIAL-NEGARA "jika benar WUJUD"?

Pak Sedaro jemput disyarah secara ILMU, dengan FAKTA dan PEDOMAN yang boleh memberi faham kepada rakyat terbanyak dan kepentingan TERAMAI...Bukan untuk suku-sakat kesiasahan pasukan tertentu baik Hijau, Putih, Biru, Merah, Kuning-Hijau-Merah-Putih dan sebagainya....

Integriti HANRUH inilah namanya....

3 comments:

  1. UMNO = UMNO MEMANG NIPU ORANG

    Bukan sekadar cakap kosong, tp ianya fakta yg bisa berlaku di mana2 sahaja DAN TELAH DIKETAHUI UMUM...satu malaysia pun tahu...
    jd bagaimana peranan pelbg jbtn dan agensi dan badan2 (keintergritian) dapat berfungsi baik...sebab di atasnya adalah UMNO....UMNO MEMANG NIPU ORANG

    ReplyDelete
  2. Anon ni, sudah hilang LAJNAH MELAYUnya...sudah TERPESONG IKATAN keISLAMan-NYA, mohon Allah ampuni beliau dan diberi HIDAYAH ke JALAN yang LURUS.

    Tahukah saudara, bahawa SAUDARA telah MEMBATALKAN pengenalan bangsa@keturunan saudara, seandainya MELAYU...,maka, BERTAWASSUL dan BERKHALAWAT,...pergi la berjumpa GURU yang MURSYHID...bukan GURU BULLSHIT.

    Saudara ini TIDAK pernah kenal, apa RAS dan siapa BANGSAnya...kesian?

    Bawalah diri ke Pulau atau ke GUA, binalah KERAJAAN pemerintahan saudara, dalam ALAM yang saudara PILIH...

    Jika pun UMNO tipu ORANG, maknaNYA...Saudara MASIH MENANGGUNG DOSA...kerana TIDAK seinci atau sezarah TURUN membersih si PENIPU atau si PENDUSTA.

    Saudara Anon,

    Sedarilah, bahawa natijahnya saudara "BUKA PEKUNG DI DADA".

    ReplyDelete
  3. Kenapa begitu......

    Panjangan kpd UMNO ialah United Malay National Organization. makanya secara tidak langsung mengatakan UMNO penipu seperti mengatakan seluruh melayu dlm UMNO itu penipu. dan inilah yg dikatakan juga sbg penghinaan kpd org melayu. hanya mrk yg mempunyai hati dan perasaan akan memahami keadaan ini.

    insaflah....

    ReplyDelete

Blog Archive