Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, January 13, 2010

Menteri Double A

1. Kelmarin ketika sedang pekena Nasi Lemak Mambau (anda boleh pergi cuba, memang asyikkkkk), sahabat kami ada menyebut berkenaan Menteri AA.

2. Dah macam bateri pulak bunyinya.

3. Sahabat kami ni menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Menteri AA yang dianggapnya terlalu slow.

4. "Aku menyampah nak tengok muka mamat (menteri) tu. Hampeh!" ujar sahabat kami dengan memek muka meluat. "Nak beri amaran pun dia cakap sambil goyang kaki," sambung beliau.

5. Memang drama queen Menteri AA ni.

6. Kebanyakan mereka yang kami temui, rata-ratanya mahukan Menteri AA meletak jawatan serta mempersoalkan kedunguan perwakilan Umno yang memilih dia sebagai Naib Presiden sebelum ini.

7. Kepada pembaca kami yang bijaksana dan belum lagi membuat pilihan dalam poll di atas, bolehlah berbuat demikian. Terima kasih.

8. Namun kami beranggapan beban tugas Menteri AA sangat berat, terutama dalam situasi semasa yang agak paneh disebabkan sentimen agama.

9. Berkemungkinan Menteri AA ini tampak berhati-hati agar tindakan yang bakal diambilnya tidak menjejaskan keselamatan negara.

10. Lagipun dia pasti sedar bahawa isu Kristian ini merupakan salah satu strategi provokasi pembangkang untuk menang pilihanraya di Sarawak tidak lama lagi.

11. Pada 10 April 2008 iaitu bersamaan hari pertama artikel blog ini disiarkan, kami menyebut,

"Persoalannya, adakah ini merupakan agenda pihak luar yang menjadi dalang kepada demostrasi-demonstrasi jalanan untuk menghuru-harakan Malaysia? Adakah ini suatu rancangan yang diatur oleh pihak luar agar negara menjadi tidak stabil dan mereka akan mengambil kesempatan datang ke negara kita untuk ‘membantu’ menstabilkan negara ini sepertimana yang berlaku kepada Iraq? Umum mengetahui bahawa kejatuhan Iraq bukan hanya disebabkan serangan Amerika Syarikat semata-mata, tetapi disebabkan huru-hara yang ditimbulkan oleh rakyatnya dan hilangnya kepercayaan kepada kerajaan yang memerintah.

.....Faktor-faktor ini memungkinkan Malaysia turut menjadi perhatian dan minat pihak-pihak luar yang mempunyai agenda, agar Malaysia berada di bawah telunjuk mereka. Masyarakat akan mengatakan apalah yang ada pada Malaysia, sebuah negara kecil yang tidak mempunyai kekuatan seperti negara maju yang lain. Namun kita perlu maklum, sejarah membuktikan kehebatan sesebuah negara bukan bergantung kepada saiznya, tetapi kepada pengaruh serta kepintarannya dan ini terbukti dimiliki Malaysia.

.....Umat Islam perlu ada sifat gerun dalam diri mereka terutama apabila melihat keadaan yang berlaku kepada negara-negara Islam lain seperti Iraq, Palestin, Iran dan Syria. Orang Melayu perlu mempersoalkan diri mereka adakah kita tidak akan menjadi seperti negara tersebut.

.....Harus diingat akan sejarah semasa berlakunya peristiwa 13 Mei dahulu, pihak luar tidak campur tangan kerana Malaysia tidak punya apa-apa ketika itu dan keadaan pasti berbeza jika perkara yang sama, yakni rusuhan kaum berlaku pada masa kini."

12. Selanjutnya boleh klik di sini.

13. Kami percaya jika sesuatu isu sensitif menjadi polemik dalam negara, pasti wujud agenda asing disebaliknya.

14. Kita harus maklum akan waktu bicara si anu tu yang semakin santak.

15. Creative Destruction Strategy jangan diambil mudah.

16. Buat Menteri AA, walau perlu berhati-hati sekalipun janganlah hingga ke tahap 'chicken'.

17. Dulu orang kata lu takut bini, dah hunus keris...sarung balik dan apologetik.

18. Sekarang ni dah bertambah pulak portfolio sebagai Menteri 'Amaran' dan 'Air Mata'.

19. Bak kata sahabat kami, "Kalau aku jadi PM, aku tukar je tugas dia dengan Shahrizat. Biar mamat tu jaga Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat. Sesuai la dengan dia yang kaki cembeng."

20. Jumpa polis nangis, jumpa banduan pun nangis...heheh...nasib kau lah labuuu!

9 comments:

  1. jangan nanti pasal pompuan baru beriyo iyo sampai togang leher! ha ha

    ReplyDelete
  2. aku pun pelik apa yang dia sayang sangat dgn banduan tu entah la. prog dgn banduan pun beria menangis. elok la dia jaga wanita2 susah kat kementerian sharizat. org lembik mcm ni jaga keselamatan negara? ptuih.

    ReplyDelete
  3. salam paneh.

    1st den nak ucap timo kasih kerana menceriakan minggu2 den ngan laughter ko tu. muhahahaha lawak siut. ko kim salam la dgn hj jep, fezal, jenal, embong, azam dan terutamanya al-amen yang kesemuanya bkn nama sebonar tu. den tak pastilah samo ado watak dan citor korang dlm litbm tu bonar ko idak. tp yg pasti den ngan org umah den temasuk metuo ipar duai sumo mmg golak sakan bilo baco litbm ko tuh. tq bro. u r d man.

    pasal hisham ni, den sojak dulu mmg tak yakin ngan dio ni. naik pun sobab simpati org umno pado datuk dan bapak dio dulu. nak harap karisma jauh sgt la. hisham, zahid dan kj ni mmg merosakkan umno dr dlm. buek org umno tlg bukak skit minda tu yo.

    ReplyDelete
  4. psal posting saudare ni sye setuju 100 200 pratus. kdn jgn hanye gah dgn amaran jew.
    sume kisah laughter dlm blog ni mmg lawoks. siap jadi prbualan kiterang bile besembang. care penyampaian yg brshaje tp sinis. ade pengajaran disebaliknye. tahniah.

    ReplyDelete
  5. Pasal budak Hisyam ni kalau dia bercakap kita selalu dengar ....dan akhirnya...(saya tolong lengkapkan.....dan akhirnya saya tak berani nak buat keputusan...dan akhirnya saya tak berani nak buat apa apa tindakan.)

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Untuk pengetahuan semua, dalam kes kalimah Allah ni, pihak-pihak yang terlibat (disaman) adalah KDN dan Menteri sendiri, jadinya beliau terikat dengan undang-undang dan tak dapat nak komen lebih-lebih sebab ianya akan dianggapkan subjudis kepada kes yang masih lagi didalam peringkat rayuan. Kalau beliau cakap lebih kemungkinan ianya akan digunakan oleh pihak lain dan ini akan lebih membahayakan kes ini atau dengan perkataan lain akan memberi kelebihan kepada pihak gereja.
    Silap-silap haribulan kalau dia cakap lebih pihak gereja boleh menang walaupun hakim kat mahkamah rayuan dan persekutuan nanti terdiri dari hakim yg beragama islam. Seperti yang Dr.M kata mahkamah hanya melihat kes ini dari kaca mata undang-undang sahaja. Jadinya dalam kes ini pihak KDN tidak boleh melakukan kesilapan walaupun sebarang kesilapan.

    ReplyDelete
  7. Saya amat setuju dengan Asemal...

    Hatihitam

    ReplyDelete
  8. Saya mohon maaf dengan Paneh kerana mengunakan ruang ini untuk komen tentang Dr MAZA. (Ruang komentar tersebut telah di disablekan).

    Saya berpendapat cara pemikiran, tulisan2 dan pendapat2 Dr MAZA harus diberi analisa serious. Beliau terlalu agresif dan keterbukaan berfikir dan cara beliau menulis seperti mahu menyalahkan cara berfikir ulama2 dulu dan yang sekarang seolah2 dia sahaja yang betul dan benar.

    Saya bersetuju pada satu2 ketika perlu agresif tetapi bukan pada setiap ketika dan waktu.

    Beliau tergamak menghukum keputusan ijmak ulama2 sekarang tidak mengikut peraturan dan sebagainya.

    Apa kata pembaca2 yang lain?

    Hatihitam

    ReplyDelete
  9. Den dah agak dah bilo Si Cembeng ni pogang KDN mesti punah punyo...lihat lah kat kementerian pelajaran dulu, isu PPSMI pun tak dapek nak setle...agak eh, najib suruh dio ke KDN supaya dio kenal diri dio tu sebenarnya JANTAN bukan pompuan!!! dan najib suruh dio jd JANTAN TULEN bukan sutun!!! hisyam..hisyam...alaaahaiii!!!

    ReplyDelete

Blog Archive