Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, August 9, 2010

Rahsia Bangsa Melayu


Saya amat tertarik dengan artikel ini. Sila baca.

*Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?

*Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?

*Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?

*Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?

*Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?

*Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini. Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan "Lodgekeeper" dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan. Selamat Membaca.


ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU


“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”
(Genesis 25:6 New International Version)

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.


Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang, lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey. Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini, perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.

Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah, bahasa dan personaliti bangsa ini. Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA "bangsa misteri" ini.

'Melayu' adalah "bangsa misteri" yang dimaksudkan, telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu, serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Menurut kajian geneologi setakat ini.


Apakah yang dimaksudkan dengan ALTER?

Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu. Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang. Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu. Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter, dialah yang tercorot (misalnya).

Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya, alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi. Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain, berbeza dari alter utama (personaliti utama).

Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut. Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya, asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.

Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri, iaitu Sarah, Hajar dan yang terakhir Keturah. Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael). Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab. Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah, isteri bongsu Nabi Ibrahim. Sarah, iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal, manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.

Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.

Persoalannya, "Siapakah Keturah ini?"

13 comments:

  1. Jika betul seperti artikel ini maksudnya org Melayu memanglah hebat dari zaman Melayu Melaka hinggalah kini.

    ReplyDelete
  2. x sabar nk tunggu sambungannya..good article bro..

    ReplyDelete
  3. Allah tetap mengutuskan rasulNya bagi setiap kaum dan terakhir ialah Nabi Muhamad saw. Mungkin tidak mustahil ada rasul atau nabi di kalangan keturunan melayu satu waktu dulu. Saya tertarik dgn artikel dalam Islam Online yang mendakwa terdapat bukti-bukti dalam kitab kuno Hindu dan Buddha tentang perkhabaran kelahiran Nabi akhir zaman. Malangnya, artikel berkaitan telah dipadamkan atau diganggu oleh pihak tidak bertanggung jawab. Oleh kerana peredaran zaman maka umat yang ditinggalkan rasulNya telah menyeleweng sehingga agama yg mempersekutukan Allah timbul atau diselewengkan sptmana agama yahudi, nasrani dan mungkin juga hindu atau buddha.

    Kita harus kemabli kepada Islam sepenuhnya dan meninggalkan hukum hakam dan amalan yg bercanggah dgn agama. Kita tidak mahu kesesatan umat terdahulu mengenai umat melayu kini. Misalnya, fahaman sesat yang mendahului agama spt fahaman kebangsaan, sekularisme, pragmatisme dan berbagai 'isme' ciptaan manusia. Biarlah melayu hidup berlandas agama. Tak guna kita berbangga keturunan melayu dari Nabi Ibrahim jika kufur kepada Allah.

    ReplyDelete
  4. Atuk yang suko utus komentar. Esey raso, atuk ini tak faham bicaro ilmu Pepatih. Apa pun yang Atuk cubo kutip, semuo ibarat "MAKAN BERAK" sendiri. Manuskrip siapa Kufarah isteri ketiga Nabi Ibrahim yang punya 6 anak ini, boleh di dapati di arkib Vatican City, yang tersimpan ASLI. Bahasa penulisan purba, mengekang ramai Cendiakawan Ilmuan Islam, khasnya orang Melayu macam Atuk, yang BUTA HURUF.

    ReplyDelete
  5. apo kono mengono dgn bicaro ilmu Pepatih dgn artikel ini?ibarat "MAKAN BERAK" sendiri? BUTA HURUF? sorry, memang atuk tak tau apo yang ekau nak cakapkan ni, cubo jangan membolit-bolit. Atuk tak kritik artikel ini tapi cuma atuk nak kongsi pandangan tontang ajaran sesat yg melanda umat melayu. Terima kasih paparan artikel ni tapi kito kono baco jugak umat yang dihancurkan Allah kerana menyeleweng. Melayu kini banyak buang anak, hisap dadah, bunuh mak-bapak sendiri dan terilat dgn ilmu kurafat. Salah ko atuk tumpang kongsi pandangan? ekau tuduh atuk makan taik, toghuk bona tu sobab atuk bolumlah nyanyuk hingga sampai tahap gitu. Kok ekau pandai sangat pun jangan monyombong pulak. Apo pun kek sini, atuk mintak maap sobab bulan poso dah sampai.. moh kito pertingkatkan ibadah. Kok ekau umno ko apo ko.. jangan lupo bulan berkat nih yo.

    ReplyDelete
  6. bravo tok, den nyokong pendapat atuk tu. memang anony 10.24 ni budak bangang . apo sajo yg atuk tulis sume dio nak hontam.

    apo ko bingai kato orang lain 'makan berak'. memang tak berakal budak ni. lain kali fahami dulu apo orang kato!!

    ReplyDelete
  7. Kita sebagai orang Melayu haruslah baca yang tersirat bukan yang tersurat..orang melayu bijaksana dan bukan pandai..semua orang pandai, yang bijaksana hanya yang tertentu sahaja...ingat kisah serangan fajar menyingsing apabila 4 orang melayu diarahkan oleh Dr. Mahathir untuk membeli saham Sime Darby dari penjajah di London. Orang putih tertipu dengan kebijaksanaan orang Melayu. Orang Melayu tersebut adalah Ghafar baba, Tengku Razali, Rashdan Baba dan Gabenor Bank Negara(maaf lupa nama beliau).

    ReplyDelete
  8. ingat, jgn pandai tak leh diikut dan bangang tak boleh diajar. Kok caghi harto biar yang halal. Jangan rasuah, ghobut jawatan, tindeh oghang lain semato-mato caghi kesonangan duniawi. Banyak oghang umno feel gitu. duo oghang yang jadi juara beli saham sime darby tu umno. Yang satu dah m/dunio dan lagi satu putera ghajo dah menyosang umno.

    Ghafar baba, Tengku Razali, Rashdan Baba dan Gabenor Bank Negara(maaf lupa nama beliau).

    ReplyDelete
  9. NGARUT GAPO WEH..!!! MANA ADA BINI NABI NAMO KETURAH..!! AJARAN SESAT NIH..!! NGUCAP BYK WEHH.!!

    ReplyDelete
  10. Orang Melayu memang suka berangan hebat. Raja2 melayu disambungkannya dgn Iskandar Zulkarnain. Abuya disambung dgn keturunan nabi. Paneh Miang mmg dah biol, dasar sastrawan meja kedai kopi! puek.

    ReplyDelete
  11. heran..mengapa nk ambil dalil dari kitab injil yg seperti kita tahu mmg dah terpesong...tidak cukupkah dgn Al-quran nur karim sbgai pedoman..jika ayat yg dipetik dari injil tu betul.mengapa tidak terdapat dlm Al-quran..Ingat saudara sekalian Allah mengutuskan nabi S.A.W bersama2 wahynya(alquran) untuk membenarkan ajaran2 nabi terdahulu sekaligus melengkapkan agama allah di muka bumi ni...wallahualam

    (jika ada kesilapan harap dpt betulkan)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.. wallahualam.

    manusia berasal dari Nabi Adam dan Hawa. pasal melayu hebat atau tidak adalah kaum dan bangsa semata2. Allah jadikan kita pelbagai kaum utk mengenali bkn utk membanggakan diri. tiada yg lebih hebat melainkan ALLAH swt shj.(jdkan sejarah kejauthan kaum2 di tanah ARAB sbg cntoh)
    kenapa tak dihebatkan ISLAM dan MUSLIM sejati. Rasulullah SAW adalah yg patut dijadikan contoh..

    masa skrg adalah akhir zaman. perjuangan menegakkan ISLAM melawan Yahudi kafir yg patut di semarakkan.. bukan memartabatkan bangsa dan kaum. ISLAM utk semua.. tiada istilah "apa bangsa kamu" bila dialam kubur nanti. tiada hak istimewa bangsa bila diPdg Masyar nanti..

    yg buruk dari sy, yg Baik dari ALLAH.

    ReplyDelete
  13. sjydmyh cug hgwxx facial porn

    qxrdc!

    jywnu wxqyau bgy mega pornstar

    ReplyDelete

Blog Archive