Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, August 24, 2010

Salam Perkenalan


Salam sejahtera kepada semua pembaca, peminat dan penggodam minda masyarakat Melayu yang dilihat layu, tetapi segar sebenarnya. Apa khabar semua? Salam perkenalan diucapkan dan selamat bertemu buat kali pertama. Sebenarnya JL dah lama melihat, mendengar dan memendam rasa bila mendengar ramai yang kini JL lihat, telah hilang arah haluan ke mana sebenarnya orang Melayu patut berada sebenar-benarnya. Letih dan lemah melihat segelintir, malah kian bertambah ramai orang Melayu yang hampir layu dalam mengenal diri, maruah, kesedaran diri, akan siapa sebenarnya orang Melayu. Sayang seribu kali sayang, walaupun kita asalnya bangsa yang hebat, tetapi telah hilang kehebatan apabila kita bakal menjadi satu bangsa yang hanya tinggal kenangan di Tanah Melayu dulu, dan Malaysia kini. Namun, selagi hayat dikandung badan, JL tidak akan membenarkan ianya dirampas oleh orang lain. Salam perkenalan daripada warga baru Paneh Miang, JalakLenteng.

7 comments:

  1. Selamat datang ke alam maya dan warga terbaru paneh miang Jalaklenteng!

    ReplyDelete
  2. Sekadar bertanya adakah tuan hamba Jalak Lenteng orang yang sama di MalaysiaRia...?

    ReplyDelete
  3. ala sedihnya tengok muka jalak lenteng macam Jack Sparrow. Tak Melayu langsung

    ReplyDelete
  4. bukan keturunan lanunAugust 25, 2010 at 7:25 AM

    ontah eh. mano lanun ko bwk masuk ni paneh? konon nak cerito pasal melayu, tapi muko lanun carribean. takdo klas langsung. kakaka. tgk yolah apo yg nak ditulih nanti. kok tak capai piawai mcm yg selalu bebudak paneh ni tulih, mako lanun ni bulih la berambus balik laut. dah belambak na lanun kat sini. kakaka.

    ReplyDelete
  5. aku rasa jalak ni kena pegi kursus penulisan dulu la. apa punya bahasa tunggang tebalik. korang tengok ayat ni,

    "Sebenarnya JL dah lama melihat, mendengar dan memendam rasa, bila mendengar (sekali lagi mendengar?) ramai yang kini JL lihat (berapa banyak nak lihat daa?)

    apa punya serabut daaa ayat. gi belajar dulu la woi. pening.

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha thank you bro di atas semua komen yang membina dan meruntuhkan semangat JL.Teeeeeeetaaapi JL minta maaf byk la sebab dah lama duduk kat laut. Insyaalah la lama-lama nanti akan lebih miang dari paneh miang. Ini janji JL Tunggguuuuuuu

    ReplyDelete
  7. Tok Sir nak ondak buek colahan,
    terutamo yang bernamo guru di pelayaran,
    mendidik bangso jangan lah bosan
    sikap yang tak gomar kito luahan,
    tompolak lenteng anak jantan,
    bukan begitu buek tegoran,
    menyumbang tenago bersukorelawan,
    mungkin anak mudo darah begolakan,
    kito bugar minda budayo kemelayuan,
    tidak melayu hilang di dunio kito berposan,
    Jangan hilang budaya melayu kito menyantun sopan!

    Salam hormat kerunai dan jalak,
    samo2 kito canai dan lalak
    pada yg lalai dan pombonggak,
    siap kau, kami hobin kepalo hotak,
    Kalam terpacul hati memberontak!

    Konal akan kito,

    Aku adalah Gua,

    Tok Sir

    ReplyDelete

Blog Archive