Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, August 22, 2010

Tinggalkan Satu Peluru

Hidup semalam banyak mengajariku
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru
Mana tahu? Dah Jadi hantu

Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan, siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah-menghelah mencuri mimpi

c/o Di mana helang terbang, ke situ ku tuju
Biarpun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana, biarpun ke pusar mentari
Ku pergi, asal ku menang!

Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa hidup mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah dipuja.

Song/Lyrics: M. Nasir

4 comments:

  1. Selama ku hidup d dunia tiada apa mengajar ku
    Tiada siapa nak hantar pada ku peluru
    Malas berkawan mahupun berganding bahu
    Kesudahannya aju bodoh sombong seteru
    agak Agak aku dah jadi hantu

    Selagi Azazil n syaitan bersahabat dgn ku
    Kiri Kanan kalau boleh aku nak sapu
    cerita nHikayat Islam bagi ku dah basi
    Hitam putih tiada padaku lagi hanya mandian warna warni
    Ku ( Paneh Miang)hidup di dunia hanya makan duit ampu

    ReplyDelete
  2. ko mmg klas la paneh. bila ko cakap lirik ni nnt akan diubah oleh puak pembangkang bodoh utk mengutuk, aku x pecaya. tp bila tgk atas ni, hahaha, bagus bro. sah puak pr ni dah sakit jiwa & MENTAL. tp kebolehan ko menafsir aku lbh kagum.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  3. Hehehe. Mmg tipikal depa ni tem. Senang di duga.

    Chord Am.

    ReplyDelete
  4. Hahaha, Salam bro, saya cuma ada 2 peluru dan masih saya simpan

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive