Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, August 30, 2010

Sempat ke Pakatan perintah Malaysia ni?


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bila muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadinya huru-hara di bulan Syawal".

Kami bertanya: "Suara apakah, Ya Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Andai diteliti kalender tahun 2012, 1 Ramadhan pada tahun 2012 akan jatuh pada 20hb Julai yang bersamaan dengan hari Jumaat. Maka pada 3hb Ogos 2012 adalah bersamaan dengan 15 Ramadhan yang juga bersamaan dengan hari Jumaat. Agak bersamaan dengan ramalan berkenaan huru-hara besar yang bakal berlaku pada tengah malam di pertengahan bulan Ramadhan, hari Jumaat 15 Ramadhan bersamaan 3 Ogos 2012. Suatu suara/bunyi yang amat dahsyat akan kedengaran di langit, lalu mengejutkan semua orang yang sedang tidur, tetapi bukannya kiamat. Namun huru-hara tersebut dikhabarkan bakal melenyapkan umat manusia di muka bumi ini seramai 2/3, dan yang akan tinggal cuma 1/3 manusia sahaja.

NASA pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pada 21.12.2012, sebuah Planet X akan melintasi bumi dan bakal melenyapkan lebih separuh daripada jumlah penduduk dunia. Bangsa Yahudi & Nasrani sangat mempercayai ramalan ini dan sedang bersiap sedia untuk menghadapinya, demi memastikan survival bangsa mereka kekal di antara 1/3 penduduk bumi yang dijangka selamat selepas 21.12.2012.

Persoalannya;

1. Adakah kita akan tergolong dalam kelompok 1/3 manusia yang masih kekal di bumi selepas huru-hara dahsyat itu berlaku?

2. Atau sempatkah Komplot Pembangkang merealisasikan hasratnya untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan Malaysia dan menakluki Putrajaya selepas 2012?

Namun perkara ini janganlah dirisaukan sangat, kerana hadis tersebut dikatakan sangat lemah dari segi sanad.

Mengapa?

Begini;

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال " يكون صوت في رمضان , ومعمة في شوال , وفي ذي القعدة تحازب القبائل , ويومئذ ينتهب الحاج , وتكون ملحمة عظيمة بمنى يكثير فيها القتلى , وتسيل فيها الدماء وهم على عقبة الجمرة " حديث ضعيف وعن بن مسعود رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إذا كانت صيحة في رمضان فإنه يكون معمعة في شوال , وتمييز القبلائل في ذي القعدة , وتسفك الدماء في ذي الحجة , المحرم وما المحرم ؟ ! – يقولها ثلاثا – هيهات هيهات , يقتل الناس فيها هرجا هرجا ( أي قتلا ) قال : قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى ؟ قال: هدة في النصف من رمضان ليلة جمعة , في سنة كثيرة الزلازل , فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة فادخلوا بيوتكم , وأغلقوا أبوابكم , وسدوا كواكم , ودثروا أنفسكم , وسدوا آذانكم , فإذا أحسستم بالصحية فخروا لله سجدا , وقولوا : سبحان القدوس , سبحان القدوس , ربنا القدوس , فإنه من فعل ذلك نجا , ومن لم يفعل ذلك هلك

Diriwayatkan dalam Musnad As-Syasyi no: 837 (2/263):-

حدثنا إسحاق بن إبراهيم قال حدثنا أحمد بن الحسن حدثنا نعيم بن حماد حدثنا
أبو عمر عن ابن لهيعة حدثني عبد الوهاب بن حسين عن محمد بن ثابت عن أبيه عن
الحارث عن عبد الله عن النبي صلى الله عليه وسلم

Diriwayatkan dalam Majma' Az-Zawa'id (7/310) dan Tabrani dengan sanad:-

Dalam sanad-sanad tersebut, ada Shar bin Husyab yang dinilai Dho'if dan Al-Buhtari yang Majhul (iaitu tidak dikenali)

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Mustadrak (4/563) dengan sanad dari Na'im bin Hamad:-

ما أخرجه الحاكم في مستدركه ( 4/ 563 ) من طريق نعيم بن حماد عن أبي وهب عن مسلمة بن علي عن قتادة عن ابن المسيب عن أبي هريرة .

Di dalam sanad tersebut ada Maslamah bin Ali yang dinilai sebagai Matruk (yakni tidak diriwayatkan darinya).

Diriwayatkan oleh Imam As-Syafie dalam Musnadnya (2/262) dari Nu'aim dari Abu Umar dari Ibn Lahi'ah dari Abdul Wahab bin Husein dari Muhammad bin Thabit dari ayahnya dari Al-Harith daripada Abdullah ibn Mas'ud.

Abdul Wahab bin Husein itu Majhul (tidak dikenali).

Muhammad bin Thabit dan Al-Harith dinilai sebagai Dho'if (lemah hafalan).

Diriwayatkan oleh Nu'aim dalam Musnadnya (1/225) dari Abi Lahi'ah dengan sanad Dho'if.

Begitu juga dengan Al-Walid dari Ibn Yazid dari qatadah, sedangkan Al-Walid di situ Mudallis (yakni mengelirukan).

Begitu juga dengan sanad-sanad lain yang lemah dan ada juga yang palsu. Ini menunjukkan hadis ini sangat lemah dari sudut sanad. Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang berdusta tentang aku secara sengaja, maka hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya di neraka." (HR Muttafaqun ‘alaihi).

Maka, kepada penyokong Komplot Pembangkang, janganlah gabra. Jika anda sememangnya tidak bagus, maka sudah tentu rakyat akan tetap pilih Barisan Nasional di PRU-13 nanti. Hehehe...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ke-53! MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA!

11 comments:

  1. insya'allah PR akan memerintah malaysia, malaysia yang baru, jauh dari unsur2 penindasan, perkauman tajaan UMNO/APCO.

    Pun begitu,, anda benar tentang satu perkara iaitu tahun 2012 bakal mencatatkan sejarah besar bagi umat islam sedunia. tahun itu dikatakan sebagai tahunnya bilamana Israel-zionist akan melancarkan perang besar dengan segala kelengkapan ketenteraan paling canggih demi meluaskan wilayahnya dari sungai Euphrates hingga ke sungai Nil. Setelah itu, pusat pemerintahan dunia akan berpaling dari USA ke israel setelah sistem matawang kertas US yang korup jatuh nilainya ke paras sifar! Sewaktu itulah sistem kewangan baru akan dibangunkan dimana wang hanya beredar dalam denyut nadi rangkaian komputer seluruh dunia!

    Inilah ramalan dari tokoh ilmuan Islam sedunia yang pakar dalam bidang ekonomi iaitu maulana Sheikh imran hoesin. melihat kepada tanda2 kejatuhan dollar US, semacam ada kebenarannya. Apapun kita nantikan ambang 2012..tungguuuuu!

    ReplyDelete
  2. inshallah PR akan musnah dgn dasyat kerana mempersendakan islam dan sangat kuat menyokong fahaman atheis (DAP) dan yahudi (PR) serta menggalakan rasuah serta kroni(nik aziz dan co).

    ReplyDelete
  3. insya allah..umno dan bn akan terus survive..

    ReplyDelete
  4. Insyallah umno akan bungkus sebab bersekongkol dengan zionis yahudi APCO. Bayar Upah APCO 77 juta pakai duit rakyat. Gila punya umno

    Bungkuslah Umno demi Islam dan negara x 3

    Amin Ya rabil alamin...

    ReplyDelete
  5. "Sempat ke Pakatan perintah Malaysia ni? Sepatutnya soalan wajib di tanya sama ada Allah SWT akan mengampunkan puak puak atau juak juak pemimpin PM 1 Malaysia yg terang terang tidak akan laksanakan hukum Allah sebelum kiamat tiba????? Baru betul .
    Nama je Ketua Negara Malaysia berugama Islam tapi berbagai bagai alasan untuk menekak/ melaksanakan HUKUM ALLAH.

    ReplyDelete
  6. Penindasan APA ke bendanya? Kalau kena tindas mana mungkin ada masa nak blogging?

    Bukalah mata hati..keluar dari garisan taksub.

    Takutlah murka Allah, jangan OVER sangat dalam isu mempolitikan Agama. Jangan permainkan rumah rumah Allah sebgai modal kebongkakan dan kesombongan. Masjid institusi suci yang sepatutnya menyatukan Umat Islam dan berwaspada dengan orang Kafir dan bukan sebaliknya.

    Tidak mustahil apa apa bencana pun jika kita sentiasa mengundang KEMARAHAN Allah swt pada kita semua.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  7. Jika orang kafir pun dah dibenar masuk ke surau dan menyampaikan tazkirah. Mungkin lepas ni dibenarkan pula masuk ke masjid menyampaikan tazkirah. Sedangkan orang Islam tak mampu mempertahankannya, malah ada di kalangan 'ulamak' dan 'tok guru'yang menyokongnya serta mempertahankannya demi kepentingan peribadi/parti, tunggu sajalah kemurkaan Allah SWT. Tunggu sajalah kehancuran yang bakal diturunkan Allah SWT.

    ReplyDelete
  8. kalo mcm tu la kata anon atas sekali tu, maka pkr pun bakal bungkus 2012 kerana us taja anwar melalui pkr guna usd yg disimpan di singapore bank. menjelang 2012 pkr bakal bankrap, pas dan dap akan lari meninggalkan pkr. hahaha. hancus la pkr nnt. cuma pkr akan selamat jika dia guna matawang israel. maklumlah, geng yahudi. tak sabar pulak nak tgk apa jadi dengan pkr 2012 nnt. sama ada bakal bungkus, atau mmg tajaan yahudi. pilih antara 2.

    ReplyDelete
  9. Mamat yg kecoh pasal apco tak abis2, pun tak tahu apa kejadahnya apco tu.Tuannya sebut apco,dia pun sebut apco.

    Apco tu seorang dua directornya yahudi.So what?Apco tu secara ringkasnya sykt perunding/pelobi antarabangsa.Kerajaan gunakan khidmatnya untuk memperbaiki nama Malaysia di mata dunia yg teruk tercemar setelah diburuk2kan oleh anwar ibrahim.

    Jadi apco berfungsi sebagai pelobi imej dan nama negara di mata dunia.Apabila imej negara dapat dipulihkan FDI akan meningkat,pelabur asing akan kembali melabur di Malaysia.Ekonomi kita banyak bergantung kepada pelabur2 luar,jadi reputasi dan imej negara sangat penting untuk dilihat baik diluar negara.

    Aku tak pasti adakah RM77juta itu terlalu tinggi atau standard rate untuk membayar service yg dibuat oleh apco.Tapi pulangannya berbaloi.Lihatlah peningkatan FDI yg meningkat yg berjumlah puluhan billion setahun.

    Obama juga telah memilih najib semasa Nuclear Security Summit dimana cuma dua orang pemimpin Asia saja yg terpilih untuk berjumpa dengan Obama.Kita bukan memandang tinggi pada US atau obama tapi hubungan dengan US sangat penting terutama dr segi ekonomi.Inilah salah satu hasil lobi yg telah dimainkan oleh apco sejak beberapa tahun ini sebagai contoh.

    Kalau sibuk sangat dengan yahudi,anwar ibrahimlah yg terlebih rapat dengan pemuka2 yahudi seprti Paul wolfowitz,perancang perang us ke atas Iraq juga Algore seorang lagi tokoh yahudi yg menjadi kawan rapat anwar.Anwar sampai membuat tour khas untuk meminta maaf kepada rakan2 dan badan2 yahudi antarabangsa setelah dia secara politik telah membuat 'kutukan' ke atas yahudi dalam kes serangan kapal bantuan ke gaza baru2 ini.

    Ini menunjukkan apa?Ini menunjukkan betapa akrab dan pentingnya yahudi kepada anwar ibrahim!Kajilah dulu pasal hubungan anwar-yahudi sebelum berkata2 seperti burung kakatua.

    Kalau nak pilih pemimpin atau menggantikan pemimpin yg dikatakan korup sekurang2nya carilah pemimpin yg baik dan bersih,bukan peliwat tegar dan agen illuminati-yahudi yang bendera partinya saja berlambangkan mata satu(the all seing eye)lambang illuminati.

    Anwar ibrahim ni talam dua muka.Depan pencacai dia cakap anti yahudi tapi belakang,dialah penjilat yahudi no 1.Tak percaya?Percayalah..

    ReplyDelete
  10. mcm ni la kita org yg tau serba sedikit maklumat yg entah dr mana2 sewenang-wenangnya buat tuduhan.Pakatan dgn zionis lah,makan duit rakyat lah dan mcm2 lg. Sebaiknya muhasabah diri tu penting.Kita pun klau tertido atau berborak masa keje pun dah dikira mkan duit haram. Ingatlah jgn sibuk mengata org sedangkan diri pun tk betul.yg penting kita berdoa gar mana2 pemimpin yg tak btul tu diberi petunjuk dan hidayah menjadi pemimpin yg adil dan mengikut perintah Allah.

    ReplyDelete
  11. AAH....YG TULIS BLOG NI AG BINGAI N BANGKAI.....CKP PAAL ADER BERLAKU HURU HARA TP TB2 BERPOLITIK LA..KO NI BANGKAI HIDUP LA PANEH MIANG..MEMALUKAN KAUM....KALU KO RASE BN STILL AG LEH MEMERINTAH BGS LA..KO NK KECOH TAHAP LAHANAT WTPE??SEDANGKAN IDUP KO PON BLUM TNTU AMAN.....THAP LAHABAU KO TU YNG MEBUAT NEGARA KITA XAMAN..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive