Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, August 17, 2010

Zalimnya BN

Alamak...susah la macam ni. Aku kena lari kalau macam ni. Ke mana aku patut lari ni? Nak beribadah pun susah di negara ni. Kalau aku puasa, kerajaan akan tangkap aku. Aku akan diarak dengan van jenazah jika aku berpuasa di bulan Ramadhan. Kerajaan juga akan buat banyak road block untuk orang seperti aku yang ingin mengimarahkan masjid pada malam hari untuk tarawikh berjemaah, bertadarus dan qiyamullail. Mereka yang ingin ke masjid seperti aku akan dihalang dengan kekerasan dan disembur dengan gas pemedih mata. Bila aku nak bayar zakat fitrah dan harta, kaunter-kaunter dan jabatan agama Islam akan ditutup. Aku tidak digalakkan untuk membayar zakat oleh kerajaan. Kalau nak pergi solat Jumaat, aku akan ditembak. Apatah lagi nak pergi dengar ceramah agama, kena dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Jika aku menabung untuk belanja menunaikan haji di Mekah, maka aku akan ditangkap dan seterusnya didakwa kerana menyimpan wang secara haram. Aku kena pergi senyap-senyap. Tiada Tabung Haji yang dapat bantu aku. Semuanya akan dihalang. Kalau aku rancang nak daftarkan anak aku di taska PASTI, ABIM atau sekolah agama rakyat, pasti aku akan dimasukkan ke dalam ISA tanpa kompromi.

Nak solat susah, nak puasa susah, nak bayar zakat susah, nak pergi haji susah, pusat zakat tiada, majlis agama tiada, tabung haji tiada, jawatan mufti & mursyidul am tidak wujud; imam, kadi, bilal, siak tiada elaun; masjid dan surau pun kurang kerana hanya orang Pkr & Pas saja yang bina; & segalanyalah sangat kurang serba serbi di negara ni. Pendek kata, umat Islam sukar beribadah di Malaysia kerana kerajaannya yang diterajui Barisan Nasional adalah SEKULAR kerana memisahkan pentadbiran dengan agama Islam.

Mengapa aku boleh lahir dalam negara yang zalim ni...Why...why...why???

16 comments:

  1. nak selamat pergilah duduk negeri pas hehehe

    ReplyDelete
  2. MEROYAN APA ....gilo ke apo

    ReplyDelete
  3. stedy bro... aku sokong bonarlah apo kou tulis tu... he he he

    kerajaan kito sekular dan zalim sebab buek macam-macam untuk rakyat dan Islam... ontah apo yang dio nak lagi ni?? ko tak cukup??? tak tahu la...

    tak cukup poilah amerika tu... merempat lah kau jangan balik msia macam petra bongok tu he he

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..
    semoga anda selalu
    sihat untuk menjalani
    ibadah di bulan Ramadhan
    Al-Mubarak ini..

    ReplyDelete
  5. aku cadangkan kt ko pegi ke singaporah sb negara tu cukup bagus utk org islam,kerajaan dia juga cukup kompromi dgn org islam terutamanya org melayu.jika ko minat dgn politik ko boleh cakap bila2 masa sj di speker corner yg kerajaan PAP (bapa DAP)sediakan ko cakap apa pun kerajaan dia x saman ko boleh bebas kecuali satu sj ko tidak boleh minum arak dan berciuum merata2 terutamanya jika ko bawah umur

    tokawe

    ReplyDelete
  6. ngeh..ngeh..apo la korang ni..xkan x paham maksud paneh miang tulis ni...maksud yg tersirat lagi tersurat jika Pakatan Haram memerintah Malaysia nanti

    ReplyDelete
  7. LGE pun bagi duit raye kt rakyat penang ...tak malu ka ?

    ReplyDelete
  8. kalau pas ditakdirkan pegang kuasa, perlembagaan negara tak perlu ubah tetapi perlu upgrade dalam pengertian Islam agama resmi. Semua amalan dan perundangan yang menyalahi agama dan adab manusia perlu diubah. Sistem pendidikan dan ekonomi juga disaring semula ke arah peradaban lebih mulia. Alangkah nikmatnya hidup di bawah lembayung khalifah Islamiah, negeri yang diberkati. Kalau umno boleh menjadikan Islam sebagai panduan hidup, Pas tak perlu sibuk-sibuk berpolitik dan kita boleh sama-sama membangunkan negara ini. Oleh itu, perlu ada ahli-ahli umno islamik merampas pucuk pimpinan parti untuk buat perubahan drastik. Nyahkan pemimpin sekular dan Islam suku-suku.

    ReplyDelete
  9. Anom 4.30PM,

    'LGE bagi duit raya, LGE bgi RM100 kat org2 tua, LGE pi rasmi surau, LGE nak rasmi hilal ramadan,...'

    Fuh, hebat giler Khalifah sorang ni. Hebat lagi org2 Melayu yg masih termakan dgn umpan gula2, disuruh pi main jauh-jauh! Jangan kacaulah, org2 Melayu PP cuma budak-budak yg diberi gula2, diorang akan pi main jauh, tak akan buat kacau.

    Dasar otak Melayu di kepala lutut!

    ReplyDelete
  10. apa kata korang semua pi pindah kat johor..kerajaan pr akan spare kan negeri untuk umno pada pru akan datang...dan jangan lupa speaker taruk keliling masjid supaya korang senang bangun sembahyang subuh...kah..kah..kah

    ReplyDelete
  11. Good writing Islah...the readers definitely can expect this to happen when the likes of Guan Eng, Gobind Singh, Gobalakrishnan, Elizabeth Wong, Tony Phua, Theresa Kok and Nik Nazmi rule our country...

    ReplyDelete
  12. KALAU TAKAT CAM EKAU CAKAP TU, AMERIKA, CHINA, ENGLAND, BAHKAN ISRAEL PUN TAK KACAU UMAT ISLAM BERIBADAH..!!!

    ZALIM BN/UMNO KERANA LIHATLAH APA YG BERLAKU SEKELILING KITA SENDIRI...
    RASUAH, SALAH GUNA KUASA, TIDAK BERLAKU ADIL, GUNA POLIS, GUNA MAHKAMAH, ORG MELAYU HANYA DIJADIKAN UMPAN UTK TERUS MENYOKONGNYA,HARTA DAN DANA AWAM DISEBAT...MENAIKKAN HARGA MINYAK/BARANG SESUKA HATI, MEMBELASAH RAKYAT, LAPORAN MEDIA YG TERLALU BERAT SEBALAH, PILIH KASIH, DOUBLE STANDARD, ORG BN LEPAS DR SEBARANG HUKUMAN, ORG2 BESAR UMNO/BN SEBOK MEREBUT PROJEK BESAR,....DAN LL..


    SEMUA YG AKAU CAKAP TU SBG UMPAN JER UTK MENUTUP KELAKUAN SEBENAR MRK!!!

    ReplyDelete
  13. anon atas, ni nak tanya sikit, sapa sedara mara ko yg BN bg RASUAH, SALAH GUNA KUASA, TIDAK BERLAKU ADIL, GUNA POLIS, GUNA MAHKAMAH. ada ke yg terlibat? sedara ko byk bukti ke? keturunan ko yg mana BN dok belasah, layan double standard or pilih kasih? cuba mai baki bukti sikit. tuduhan semua org boleh buat mcm2 tapi bukti tarak macamana?

    lagi satu ko gilo ko bhai org israel, amerika, england tak kacau org islam beribadah? ko dok bwh tempurung ko bhai? tulah asik dengar fitnah pas dan pkr otak ko pun jadi beku.

    ReplyDelete
  14. Harap-harap tak semua orang bermimpi seperti tuan. Ha ha ha

    ReplyDelete
  15. iye ke kata2 awak ni?? slama sy join tabligh x de apa2 mslh pun nk buat aktiviti jgnkn dakwah, ibadat2 lain pun x de pun org krajaan kacau. dah 2 phimpunan besar kami buat diselangor skali n trakhir di n.9. kt n.9 siap menteri besar n Yamtuan Besar lg dtg meraikn jemaah2 yg hadir seluruh dunia. rs2 mcm fitnah je yg saudara buat ni. sdr tau ke dosa fitnah ni mcmna??

    ReplyDelete
  16. anon tabligh. posting ni den raso dio double meaning. sindir org yg dok kata bn tak buat apo2 untuk islam. baca yg tersurat, jgn tersirat jo. good writing paneh miang.

    ReplyDelete

Blog Archive