Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.
Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.
Contohnya pada akhir tahun 1970-an, ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip. Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai "minah karan". Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.
Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka? Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.
Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?
Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga. Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru,wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat.Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.
Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.
Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.
Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65% tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan,banyak wanita yang memegang jawatan tinggi. Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.
Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.
Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.
Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.
Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.
Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.
Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik. Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.
Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata "A nation of shopkeepers". Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan. Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.
Tetapi itulah minda Melayu sekarang.
Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.
-Minda Melayu dari kaca mata Prof. Diraja Ungku Aziz-

Wagih,
ReplyDeletePak Ungku cendikiawan Di Raja,
Setiap ungkap pendapat di utara,
Setiap rangkap Pak Ungku menyapa,
Kini kealpaan rakyat jelata menjadi nyata...
Tok Sir berkongsi bicara bersama anak muda,
Copy paste madah dan pujangga,
serta berseloka menjelang raya,
agar segar bugar minda saudara...
tercoret seloka orang tua,
di laman web situa bersenda:
requote:
Al kisah bersertaNya, maka tersemat cita-cita, kehendak dan rasa, pada satu ketika, lewat usia. Sayugia di nyata, si tua empunya cerita keluarga bahagia, memendam rasa teruja dibuka bicara, digelar maha si tua oleh isteri tercinta.
Tiadalah kalam si tua terungkap melainkan tersingkap kata-kata mesra, tatkala suara-suara anak muda mulai menggoda … tergoda.
Azam, tekad yang nekad telah berdekad berlalu, memaksa jari tangan kaki kaku. Menghentak-hentak jemari menari di kekunci mencari yang tidak difahami akan literasi, anthropologi mahupun andragogi. Lentur kaki di atur melangkah kesana kemari tidak menentu, arah hala tuju celaru. Bermula era baru, alam maha si tua memikat ilmu yang tertinggal berlalu.
Kata melayu, dah senja, makin manja, semakin layu pada usia sebegitu. Kini, pada usia 54, ada pendapat kematangan yang lewat semakin hebat, namun ada juga yang sarat berkarat, malu.
Minda si tua tidak pernah sayu mahupun ia layu. Memungkinkan merencana merancang dan mencerna minda selain melayu yang masih layu.
Untuk terus memanjat, meniti permatang puncak yang hebat sementara masih, jiwa membara, bergelora, kembara hutan belantara, menilik sehingga ke titik gua beserta hukum rimba, menanti usia kan berakhir jua.
Warga mas warga S T P, slow tapi power. Itu di erti ekuanimiti! Kelak pada tahun twenty twenty, maha si tua di pohon menasihati anak cucu sendiri. Umpat dan keji, harta yang di cari, tiada erti, komuniti masih berkelahi, tidak faham maksud sehati kita mati, setelah meterai janji? Payah anak cucu cicit kita nanti pada suatu hari.
Oops, warga apa? Emas lah! Bahkan! Kita asal dari Semenanjung Mas. Jadilah kita warga mas…
Dalam ketenangan pasti tertumpu pemikiran. Tumpuan kearah penelitian. Namun apakah yang difikirkan? Tersedia forum penuntut untuk menuntut, berpakat satu pakatan, berkumpul satu kumpulan, tiadalah pasti yang halal atau haram walau di baris siang atau bulatan malam.
Azam was my friend. Al Fatihah dan As Salawatul Al Azamiah kita baca dan baca dan baca…
Reminiscing as we read, read and reread, like a bunch of broken records, hari pendaftaran yang sungguh bermakna, nostalgia bersama sekelian ilmuan, cendikiawan, hartawan, ‘periawan dan banggasawan’ yang tersedia ada.
AUKU. Aku yang janji, aku yang setia, aku yang di perintah, menurut perintah pabila Maha Paduka bertitah bernama Allah, pasti ada jua pada aku yang OKU.
Laungan semangat jihad kerana Allah, mengungkap kalam tercinta, kampus sejahtera, bekerjasama bersama sama berdendangan lagu-lagu patriotik, setiap detik, setiap ketika bermadah pujangga, jangan alpa, sopan santun melayu raya nusantara, wahai anak muda, bakal mengecapi nikmat saksama yang sementara. Astana akhirat jua tempat selama-lama!
Maka, si tua terpanggil, telah sahih mahasiswa, tidak syak lagi jadilah ia maha si tua, yang nyata, berkalam tanpa suara, yang di mulai serta surah lama, layar lunsur hari-hari yang penuh suka dan yang penuh duka. Nikmat jualah adanya dan adaNya, yang dipuji, yang memuji dan diuji!
Maka nya maha si tua coret dan ungkap setiap rangkap untuk di hadap dan di tatap agar senantiasa mengharap belas ehsan insan untuk di garap …
And the word was from Yang Maha Si Tua, pabila si tua, seorang mahasiswa. Life metaphors…
Unquote
salam dari,
Tok Sir
Tok Sir,
ReplyDeleteIndah sungguh madah bicara,
Terketar tangan tua meruntun tinta
Mengikut turutan hati nan tua
mengeluh kesah memujuk hati nan lara
bimbang bencana melanda cucunda tercinta,
untuk saya tidak lagi muda tapi belum cukup tua
teruntun hati sayu dan hiba
terasa bimbang lagi durja
masih bimbingan sepatah dua kata
walau terus membimbing dara teruna
percayalah tok sir,
bukan adat kami menolak menyepi, menyisir,
kata indah dari tok sir, moga kita dapat bertentang mata berbicara
agar dapat indahnya budi bicara yang terpipir.
salam hormat
Alhamdulillah..barangkali orang Melayu perlu lebih jujur dalam memberi pendapat yang tanpa prejudis bro. Dah lama tak membaca posting yang menyedarkan tanpa penuh beremosi. Thanks for the good post!
ReplyDelete