Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, September 7, 2010

Menunggu PENJELASAN Hisham

Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar. Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Ditanya lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Katanya lagi, pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan.

"Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis," katanya.

Kepada satu soalan, beliau sentiasa bersikap terbuka dan berterus terang selagi percaya tindakannya itu di jalan yang betul.

"Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan. Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi. Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan kecewa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Musa turut memberitahu, beliau hanya mengetahui tempoh tamat kontraknya selepas diumumkan melalui satu sidang akhbar dan bukannya dimaklumkan terus kepadanya.

"Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar," katanya.

Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia bulan Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu. Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan. Musa dalam wawancara itu menegaskan bahawa hanya KPN yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957. - Sumber.

p/s: Apa cer ni Hisham? Jawab Hisham...jawab! Rakyat sedang menilai KDN sekarang ni. Kalu dah tak tau buat kerja...berundur saja!

13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Berundur?

    Kena runding dengan sepupu dia dulu kot?

    ReplyDelete
  3. najib dalam dilema bro...kalo najib nak arahkan hisham berundur,dia tu sepupu..nanti famili kate xtolong famili plak..kalo kekalkan plak si hisham nih,bakal menyebabkan liabiliti kat dalam kabinet plak...mmg masalah apabila ade sedara mara dalam satu kapal nih...

    ReplyDelete
  4. nak jaga hari,,, boleh,,, tapi beri kementerian pertanian je lah... sebab zaman pak lah dah berlalu,,, kementerian pertanian di zaman najib ni hidup segan mati tak mahu...

    kalau tak pun adakan satu kementerian baru.. iaitu kementerian mulut luas dan kementerian auwwwww

    ReplyDelete
  5. Jangan kamu hina Hisham. Dia bakal PM. Selepas sepupunya dialah orangnya. Lepas Hisham, Mukriz mamakthir. Lopeh itu barulah KJ. Last cucu Ghafar Baba. Orang UMNO ni lomah bilo anak beranak jadi pemimpin. Contohnya Mukriz. Jangan lupa kamu pada NurJazlan anak Tok mat ramat, siang2 dah umum nak tanding Timbalan Presiden. Bersatu kita bersatu.

    ReplyDelete
  6. wujudkan kementerian amaran

    ReplyDelete
  7. dah ada bukti keturunan ini dah tak boleh pakai untuk jadi pemimpin malaysia.rosak/bangkrap negara..sbb mereka ini semua tak pernah rasa susah payah rakyat...lihat TGNA, Hj Hadi, Anuar, LGH, Mahfuz,LK Siang, Sallehuddin, Chegu Bard, Manika..dan ramai lagi..mereka sudah bersedia untuk memimpin negara...PRU13...

    ReplyDelete
  8. dlines...
    hang toksah dok buat org gelak besaq le..lawak sungguh le hang ni..depa2 tu nk perintah kat surau masjid pun tak boleh apa lagi negara. yalah klau dh tak tau nk bg ustaz2 atau guru yg lebih layak bg tazkirah. boleh ke bg kat cina yg takdak ayaq sembahyang masuk kedlm surau/masjid bg tazkirah. woi pikiaq le woi....

    ReplyDelete
  9. dlines... cuba la realistik sikit weh..

    hisham?? mm bagi amran je la yang di tau...

    ReplyDelete
  10. hoi! cina tu memang dah kapiaq pasal apa perlu air sembahyang.dan pasal apa pulak tak boleh masuk masjid/surau,hang pee belajaq dulu bab hukum-hakam, nampak hang ni jahil murakap betoi,tu yang buat kecoh tu, bini dia tudung pun tak pakai.pasai apa hang tak kata?

    ReplyDelete
  11. najib ada perkiraan politiknya. Yg penting rakyat kena sabar dan bersatu.

    ReplyDelete
  12. kat malaysia ni jawatan PM adalah hak pusaka. Lepas najib, hisham, lepas tu mukriz....

    mana mungkin najib nak singkir hisham !!!!

    ReplyDelete

Blog Archive