Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, September 30, 2010

RM25 Juta SUKMA Melaka?

Pak Sedaro mendongar Radio Berita 24 Bernama, dibincang soal RM25 juta duit rakyat Melaka lebur untuk biaya Projek ICT dan Sistem SUKMA Melaka 2010? Apo ko jadah RM25 juta dibazirkan...Ali Rustam dah kono kelentong dengan provider Sistem la...

Melaka sudi membazir demikian banyak, sedangkan jika dinilai pada kadar sebenar baru RM15 juta. Program dikhabar siap dengan webpage Sukma Melaka yang tidak interaktif dan tiada live telecast melalui skype atau internet TV, selama 15 hari "harijadi Sukma" ditambah dengan 15 bulan promosi...arkib webpage ini pun tak somonggah...

Pak Sedaro analisa, Kerajaan Melaka di bawah Ali Rustam, paling tidak bolanjo RM40 juta untuk anjur SUKMA 2010. Apokah pulangan kepada mereka mencecah RM120 juta? Jiko dapat RM120 juta, bagus. Tapi jiko rugi RM20 juta, itu amat tidak Bil-Hikmah...Yang lomah ialah PEMASARAN Sukma Melaka 2010...

Pak Sedaro pernah difahamkan ada sahabat yang bersedia bantu promosi Sukma Melaka 2010, dengan kondisi 70% Modal Swasta manakala 30% Modal Kerajaan Melaka. Cuma RM2 juta diperlukan untuk Marketing Power selama 60 hari sebelum SUKMA Melaka 2010, dan pasca Sukma selama 10 hari. Tapi Ali Rustam tidak cerdik. Tak maho layan. Kosian, akhirnya RM25 juta di longkang-longkang "kaya segera"....

Sukan Malaysia akan ke Pahang pada 2012. Lagi banyaklah pembaziran sobab dianjurkan di tanah tumpah Perdana Menteri. Pak Sedaro yakin lebih bosar belanjo dan makin ramailah "penyamun eksekutif" bergentayangan dan bermukim di Pahang. Akan banyaklah acara pemukiman di sana gamaknya. Tunggu dan Lihat!

2 comments:

  1. Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..

    Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.

    Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.

    Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.
    Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.

    Cepat sebelum tawaran ini habis..
    - Anak jati Kelate di perantauan

    ReplyDelete
  2. Ali Rustam ni pun x lama dah..syok sangat2,tau2 tumbang

    ReplyDelete

Blog Archive