Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, March 31, 2010

BARUA punya Timbalan Setiausaha Agung

Pak Sedaro nak beri amaran lampu kuning kepada Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA yang baru hidup selapas 1980an. Jangan lancang sangat kondem peristiwa Kucup dan Cium Alat Pusaka Bangsa Rakyat Raja iaitu Keris oleh Tun Dr. Mahathir.

Jangan kau ingat wahai Budak Cino Montah bahawa Negara ini milik Cina atau India atau milik selain yang didefinisi sebagai Rakyat Raja. Tahap BARUA kau ni dah mencecah tanda amaran TSUNAMI. Kau tau Tan Sri Micheal Chen tu yang akan AJAR kau dulu sebelum cicit dan piut Panglima Rakyat Raja mengamuk dan menghantar pusaka bangsa.

Nenek, Datuk, Ayah dan Mak kau, Timbalan Setiausaha Agung PEMUDA MCA pun tak tercabul macam kau, mentakrif tindakan Dr. Mahathir itu sebagai racist.

Sebelum terputus halkum daripada urat mareh kau...atau dicabut oleh Izrail dari kaki ke hujung ubun kepala, baiklah kau tulis SURAT MOHON MAAF kepada Umat Melayu, kepada PERKASA, kepada Tun Dr. Mahathir, kepada PAS, kepada UMNO.

Pak Sedaro nak posan kepada Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai, tentukan budak-budak mentah PEMUDA MCA agar tahu apa ertinya AMAN dan DAMAI, erti Perkara 153 secara halus dan mendalam; dan erti Perkara 5 hingga Perkara 13 dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan.

Mana-mana anak sahabat Cina dan India yang belum cukup ILMU tentang Keris, Dastar/Tengkolok, Al-Quran, Panji-Panji Kebesaran, Raja-Raja Melayu, RAMD, Tanah Rezab Melayu, Hak Istimewa Orang Melayu...pergi cari guru mursyid kalian dalam parti masing-masing.

Ingat JANGAN NASI JADI BUBUR. Perut kau besar, tapi itulah BUSUNG. Perut kenyang sendawa, tapi rupanya PENUH NANAH DAN BUSUK. Pak Sedaro warning KAU.

Najib Kerja Rosmah Arah

Kementerian Kewangan menafikan peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran untuk menguruskan sekolah biasa dikurangkan berbanding peruntukan kepada program Permata Negara semasa pembentangan Bajet 2010. Selanjutnya di sini.

1. Ingat lagi posting kami yang bertajuk Rosmah LIABILITI? Posting ini mencatatkan lebih 1500 unique visitors dengan hit melebihi 3,000/day.

2. Setelah 13 hari menunggu, barulah persoalan tersebut diajukan di Parlimen. Namun kami mengharapkan BN MPs yang akan bangun mengajukan soalan. Tetapi seperti yang kami duga, BN MPs banyak yang kecut anunya untuk bertanya. Nasib baiklah Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) membangkitkan persoalan tersebut. Kalau tidak, sampai bila-bila pun persoalan akan hanya tinggal persoalan tanpa penjelasan terperinci kepada rakyat.

3. Masalah kerajaan semenjak zaman Paklah yang paling utama ialah sistem dan kaedah penyampaian. Ketika itu Kementerian Penerangan seolah lena diulit intan. Rentetan itu, apa saja dasar kerajaan yang baik, tidak sampai kepada rakyat. Malahan kakitangan kerajaan sendiri pun ramai yang terpinga-pinga dengan dasar yang diperkenalkan.

4. Najib kelihatan mewarisi attitude pentadbiran Paklah. Walaupun Najib kelihatan berusaha untuk melakukan perubahan, tetapi manusia disekelilingnya terutama menteri-menteri sedia ada, seolah tidak mampu mengikut gagasan perubahan yang cuba dilakukan Najib.

5. Sebab itu ada pegawai di Kementerian Pelajaran yang mengendalikan seminar berkenaan NKRA baru-baru ini, secara sinis mengatakan kepada peserta seminar bahawa NKRA bermaksud "Najib Kerja Rosmah Arah". Namun pegawai tersebut tidak pun diambil sebarang tindakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Please take note Muhyiddin.

6. Rais Yatim punya tugas berat ketika ini. Ramai kakitangan awam tidak selari dengan dasar kerajaan kerana kurang input berkenaan dasar dan wawasan pemimpin negara. Malahan iklan 3D 1Malaysia di kaca tv juga banyak mengundang persepsi salah berkenaan hak sama rata dan hak bumiputera (rujuk iklan anak-anak berebut buah di kawasan taman perumahan).

7. 1MALAYSIA, MEB, NKRA, GLC, APCO, PERMATA NEGARA, GST, MRT JB, MV AUGUSTA etc. adalah sebahagian perkara yang masih menjadi tidak jelas dan sering menjadi persoalan kepada kebanyakan rakyat. Media utama dan media alternatif tidak dieksploitasikan sepenuhnya untuk menyampaikan visi serta misi kerajaan. Siapakah yang mampu mengubah semua ini?

8. Kerajaan perlu mula memikirkan strategi serta kaedah penyampaian berkesan agar lebih 27 juta rakyat Malaysia menerima mesej dan makna yang sama dalam sesuatu perkara yang diperkenalkan kerajaan.

9. Namun, jika menteri yang bertanggungjawab hari ini masih lagi kekal dengan budaya kerja lembab dan lama, maka eloklah dipertimbangkan dalam rombakan kabinet baru Najib agar disingkirkan mereka yang menjadi duri dalam daging ini.

Tuesday, March 30, 2010

Derita Rakyat Raja Cameron Highlands

Cameron Highlands (CH) ialah transit pelancongan yang kaya di bahagian tengah Banjaran Titiwangsa. Boleh dihubung dari Tapah mahu pun Simpang Pulai. Inilah lokasi saban musim Le Tour D Langkawi. Melihat kepada fenomena Cameron Highlands yang mempunyai tidak kurang 27,000 insan rakyat Raja yang 60% ialah penjawat awam beserta keluarga, manakala 40% dikelas sebagai kuota Pemastautin Cameron Highlands. Populasi rakyat Raja sekitar 35% daripada populasi sebenar. Yang sedihnya, sekitar tahun 1960 hingga 1980, rakyat Raja dan Orang Asli memenuhi 70% populasi di Cameron Highlands.

Kenapakah migrasi besar-besaran berlaku di CH? Hari ini Rakyat Raja semakin menderita di Cameron Highlands kerana banyak sebab, khasnya kesan pembangunan pertanian, pembangunan fizikal prasarana, sebagainya.

Kemasukan ramai rakan Thiong Hua dan Tamil ke CH hingga memonopoli sebahagian besar kedudukan strategik di CH. Apakah penyelesaian yang boleh membantu Rakyat Raja di CH?

Pak Sedaro fikir, beberapa langkah mesti di ambil oleh pemerintah dan pentadbir di CH:

1. Membuka Medan Business khas kepada Rakyat Raja.

2. Pegawai Awam keturunan dan berdarah Rakyat Raja mesti BERPERANAN dalam membina Agenda Melayu di CH.

3. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar kena buat lawatan TERGEMPAR dan MENGEJUT ke CH untuk melihat sendiri kemelut Rakyat Raja dan Orang Asli di atas sana.

4. Cameron Highlands bukan seperti Tanah Tinggi Lojing di Kelantan. CH mempunyai kesan sejarah dan imprealisme tersendiri. Di samping memiliki lokasi taktikal strategik kepada Keselamatan Negara.

5. Cameron Highlands seharusnya dewasa secara fizikal dalam rahim Tanah Mengandung Ilmuan, kerana jika didirikan sebuah Maahad Tahfiz Moden ala Andalusia, barang pasti Cameron Highlands akan didatangi oleh Para Sarjana Ilmuan Islam Tersohor Dunia. Inilah pusat ilmu yang boleh diperkaya dengan lebih berkesan.

Penderitaan Rakyat Raja di CH banyak diungkap oleh pimpinan UMNO CH, yang gamaknya HANYA dipekak dan dibisu atau dibuta oleh pelakon-pelakon politik. Kepada YAB PM, YAB TPM dan YAB MB, jika kalian sedar akan KEPENTINGAN sebenar CH kepada umat Melayu, maka persiaplah Jambatan Emas ke sana. Rundinglah dengan 10,000 jentera umat yang LAPAR dan DAHAGA.

Pak Sedaro fikir ada baiknya umat Melayu di CH buat Kongres 10,000 ummah di Cameron Highlands di padang awam depan Majlis Daerah CH. Banyak perkara BAIK boleh dilaksana di CH jika pentadbir, pemerintah dan pencinta BANGSA MERDEKA memberi fokus kepentingan kepadanya.

Banyak kerja-kerja HARAM yang dilakukan oleh pasukan neo-Komunis juga boleh dipantau dengan halus. Ingatlah bahawa subversif komunisme tanpa senjata masih BERNAFAS di CH...!

MEB Menuju 2020

Berikut antara intipati Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut.

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan.

* Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang.

* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos penyelenggaraannya.

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di bandar raya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio kemungkinan diswastakan.

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidiari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta.

* Khazanah Nasional Bhd. akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.

Secara keseluruhannya, berapakah nilai sebenar yang boleh diperoleh oleh satu isirumah Rakyat Raja? Apakah nilai RM24 ribu setahun untuk mentakrif kejayaan MEB kepada umat Melayu? Maknanya RM2,000 sebulan untuk diinfak kepada keluarga Rakyat Raja. Apakah keluarga Rakyat Raja di desa dan kampung terpencil juga menerima tempias dek limpahan ekonomi baru Malaysia?

Apakah keluarga Pribumi Sabah di Kota Marudu misalnya memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 atau Pribumi Sawarak di Bario dapat pendapatan yang sama? Apakah kos bahan makanan dan hasilan makanan akan meningkat setidaknya 1 kali ganda. Daripada RM1.45 sekilo gula kepada RM2.15 sekilo gula dalam masa 10 tahun mendatang. Atau harga petrol daripada RM1.80 Ron 97 seliter kepada RM2.80 seliter dalam masa 5 tahun.

Ingatlah bahawa Masyarakat Berpendapatan Tinggi = Kos Sara Hidup dan Berbelanja Juga Tinggi. Bersedialah Rakyat Raja bahawa alam yang baru akan TIBA dan masa seronok dengan subsidi akan LUPUT.

MEB jika dikaji dengan mendalam, berupaya menyelesai masalah Poket Kumpulan Isirumah di bandar-bandar besar sahaja. MEB masih belum dapat membantu selesai masalah Rakyat Raja yang MEREMPAT DAN PARIA di kampung dan desa.

Selangor melalui SYABAS dalam percuma 20m kubic air. Harus diingat bahawa percuma ini sementara, strategi berselindung dengan menukar meter-meter air sedang GIAT dilaksana di Selangor, yang akhirnya Selangor untuk 60m kubic dengan kos. Ramai yang alpa tentang modus operandi BIJAK ini.

MEB akan dirasakan membebani Rakyat Raja jika Kerajaan BN gagal memberi kupasan yang TEPAT kepada masalah memperoleh duit oleh rakyat:

1. Skim-skim bantuan Modal untuk perniagaan runcit mesti di perhebat.

2. Grand Napoleon dan Pelantak Duit Haram di institusi perbankan dan kewangan mesti diambil TINDAKAN kerana merekalah pengkhianat Nombor Wahid Negara hari ini.

3. Kemasukan Dana Asing untuk menampung Modal Pemula Projek Raksasa mesti diberi kelulusan SEGERA. Jika tidak Singapura yang kecil akan terus JUARA Rakyat.

4. Pengamal Politik yang Rakus dengan Mentekedarah Duit Rakyat mesti diberi AMARAN untuk BERUBAH. Kerana jika mereka GAGAL berubah rentak dan selera, PRU-13 akan dibakar oleh rakyat dengan api Kebebasan yang menafikan Pilihanraya. Rakyat akan jelak dengan pembohongan oleh BN dan bukan BN. Akhirnya mereka lebih rela ramai MP Bebas dalam Dewan Rakyat. Fenomena ini ialah BALASAN dek kecuaian BN dalam menakhoda zaman 2003-2008. Hukumannya berlanjutan selama 1 dekad.

MEB ialah kuda tunggangan DS Najib dan lantai pinkie TSMhy. MEB dijangka memberi suntikan sebanyak RM20-RM40 bilion sehingga 2020. Tanah seluas 3,000 ekar di Sungai Buluh wajar dijadikan Kajian Kes dan Showcase kepada Rakyat Raja.

Tanah komersil bernilai RM300-RM400 sekaki persegi dalam Bandaraya Kuala Lumpur perlu diteliti taraf pembangunannya. Boleh untuk KAYAkan Cina dan Keling, tapi jangan Perkara 153 dan Hak Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Sabah dinafikan secara HALUS dan bersifat Yahudi.

MEB sebagai manifestasi Malaysia sebuah Negara Maju. Andai rakyat Raja berhajat untuk MAJU, maka, fikirkan kubur Islam Jalan Ampang yang mungkin akan beralih jua.

Senangnya kerja Noh Omar...

TEKUN ini terwarta sebagai agen peminjaman wang bertauliah yang dipantau oleh Kerajaan Malaysia kepada para usahawan dan peniaga peruncitan kecil-kecilan. TEKUN sebagai Tabung Ekonomi Usahawan Nasional melantik wakil-wakil di kalangan orang pilihan mereka sebagai Agen TEKUN di Daerah atau Kawasan Parlimen.

Ramai juga kalangan Agen TEKUN ini menikmati kehidupan sebagai BIAWAK HIDUP dan PENYANGAK kepada TEKUN. Tidak kurang yang memberi definisi AMANAH, SIDDIQ, TABLIGH dan FATANAH, yang tidak dihargai oleh Pegawai Atasan mereka.

TEKUN ditadbir oleh KPUN sebelum kementerian ini dikuburkan. Kini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mentadbir TEKUN. Walau bagaimanapun, Noh Omar jugalah yang menyatakan di Parlimen semasa di KPUN...dan kini MOA, bahawa kementerian telah melantik Panel Peguam untuk ambil tindakan kepada peminjam yang gagal bayar.

Kenapa dalam fikiran Pegawai Atasan TEKUN tidak terbit taksiran untuk MEMBINA USAHAWAN RUNCIT TEKUN, BANTU SELESAI BEBAN HUTANG TEKUN, SELIDIK KENAPA PEMINJAM TEKUN TAK MAMPU BAYAR?

Pak Sedaro bongih bonar dengan anjuran tindakan SAMAN peminjam, bawa peminjam ke mahkamah, isytihar peminjam TEKUN muflis atau bankrap, sebagainya...Itu kerja mudah. Budak sekolah pun mampu buat ta'kulan untuk selesai masalah dengan cara saman. Kerajaan patut lebih bijaksana berbanding ikut resmi pembangkang yang suka menyaman orang sebagai penyelesaian atas ketidak bijakan tumpul otak pemimpin mereka.

Alangkah bagusnya jika Noh Omar memerah akal fikir seperti ini:-

1. Buatlah satu badan Perunding Keusahawan Peruncit di TEKUN, poei tanyo tauke bosar Infusion Solution Sdn Bhd, Dr. Mohamad Salmi Mohamad Sohod, apa yang berbaloi dilaksana dalam hal ehwal TEKUN ini? Dio ni dulu, pencetus dan penggerak berjaya Program Mobile Resource Center di Institut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara Malaysia. Maso tu, To'Pa [Mustapa Mohamad] Montori pertama KPUN.

2. Buatlah kajian statistik dan risikan sebenar, kenapa peminjam TEKUN sukar melunaskan pinjaman? Bukan main hentam dengan angka tunjuk daripada tahun 2004 hingga 2009.

3. Oleh kerana terlalu ramai pencari kerja di kalangan graduan universiti, maka sudah sampai masanya Kerajaan Malaysia melalui TEKUN mewujudkan Kumpulan Kluster Pembimbing Usahawan TEKUN dengan mengadakan engagement rapat kepada setiap peminjam, 2 orang sebagai pembimbing Usahawan. Pembimbing ini akan berikan khidmat percuma kerana mereka di bayar elaun khas oleh Kerajaan Malaysia sebanyak RM 2,500 sebulan misalannya. Tugasan mereka ialah memastikan peminjam boleh melunaskan pinjaman dalam tempoh, dengan kaedah mengurus kemaslahatan dunia niaga peminjam.

4. Belajarlah bagaimana pegawai kerajaan Thailand bekerja untuk membantu usahawan kecil dan petani hingga mereka sanggup bergelumang, berhempas pulas berfikir serta tinggal bersama pengusaha selama berbulan-bulan demi memastikan projek yang dirancang kerajaan itu berjaya.

Maknanya, jika ada 10,000 peminjam, maka akan ada 20,000 pembimbing TEKUN. Dibayar RM2,500 sebulan, maknanya RM5 juta untuk elaun pembimbing sebulan. Natijah akhirnya, TEKUN dapat menzahirkan 10,000 usahawan TEKUN berkualiti, 20,000 usahawan hasil asuhan bimbingan TEKUN, yang pasti memberi makna Peruntukan Pembangunan Modal Insan sebanyak RM100 juta, seterusnya boleh dimanfaat dengan BIJAKSANA apabila 30,000 manusia TEKUN dalam TEKUN dihasilkan.

Maka rakyat bukan sahaja akan mengatakan Noh Omar sebagai bijak, malah Najib dengan sendirinya juga akan terserlah KEBIJAKSANAANNYA.

Monday, March 29, 2010

Sekolah Khas Akhlak: CADANGAN BINGAI

Berapa banyak duit lagi la...Kerajaan Malaysia nak bazirkan untuk program pemulihan akhlak kepada anak-anak Sekolah peringkat menengah rendah dan menengah atas? Kementerian Pelajaran Malaysia tidak perlu lagi bina sekolah khas. Bina sekolah untuk kayakan perut suku-sakat? Atau sekolah tersebut satu keperluan mendesak? Yang perlu diadaptasi ialah kurikulum yang baik dalam konteks pemulihan akhlak.

Melihat kepada penyelesaian program rosak akhlak kalangan pelajar sekolah yang dianggar sekitar 50-80 ribu setahun, adalah LEBIH BERKESAN DAN AFDHAL jika Kementerian Pelajaran celik ILMU membina bentuk acuan MANUSIA.

Program-program yang memberi kesan dan implikasi sosial kepada psikologi mereka ialah:

1. Program Kerja Sosial Setiap Hujung Minggu secara berturut-turut di komuniti setempat.

2. Program Perkaya Akal Budi selama 10 hari dalam keadaan paling BASIC dan MENCABAR.

3. Program Perkukuh Modal Pekerti selama 10 hari pada keadaan paling DAIF dan MENDUGA SIFAT INSAF.

4. Program Kasihan Jiwa Raga selama 3 bulan di perdesaan yang jauh, seperti Model Latihan Raleigh International UK.

5. Program Waja Nusa selama 1 bulan yang memberi input teori, amali, teknikal dan praktikal survival yang memberi NILAI insaf dan taubat kepada peserta.

6. Program-program susulan selepas acara ASAS perlu dijayakan selepas 6 bulan dengan ukuran dan unjuran tertentu. Maka barulah ada nilai kepada Trainer Persekutuan Pengakap Malaysia, Kor Askar Watahiah, Kor Sukarela PDRM, Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, sebagainya.

Semua subjek ini akan memberi pulangan dan saraan kerja kepada lebih 20,000 orang Trainer di Malaysia yang terdiri daripada Graduan dan Bekas/Pesara ATM&PDRM. Daripada membuat pelaburan pembinaan bangunan sebanyak RM1-2 billion, alangkah baiknya jika peruntukan RM1-2 billion ini disalur terus kepada Trainer Malaysia yang CEKAL JIWA RAGA membina anak bangsa. Negara tidak rugi kerana inilah BALASAN SETIMPAL yang berpadanan kepada mereka.

Umpukan RM1-2 billion itu untuk program anak pelajar rosak akhlak atau pelajar bermasalah ini agar dapat membantu sumbang kepada kerancakan ekonomi dan industri beli-belah serta peruncitan negara. Nilai RM1-2 billion yang dilabur sebagai bayaran kerja kepada 20 ribu Trainer di Malaysia akan dapat menambah pendapatan, seterusnya pusingan/kitaran aliran tunai Negara akan menokok kepada RM5-6 billion/setahun.

Tidak PERLU Sekolah Khas Akhlak! Yang perlu ialah Latihan Khusus Akhlak oleh 20,000 Trainer Malaysia. Yang sebetulnya wajib perlu Pengurusan Akhlak adalah Pegawai di Kementerian Pelajaran yang senang-lenang Makan Duit Haram dengan Projek-projek Rakyat. Yang perlu adalah Karya Integriti Agung dinukil oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Muhyiddin Dato' Haji Mohd Yassin, sebagai habuan minda dan ketangkasan tindakan oleh jentera manusia pimpinan beliau di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kayakan mauduk fikrah dengan ilmu yang berguna. Bukan dengan kepala lutut haprak dan berulat.

What the f....

Hindraf to debate Article 153- In British parliament

The debate over Article 153 of the Federal Constitution pertaining to the definition of 'bumiputera' may shift overseas from Malaysia's Dewan Rakyat to the British Parliament, if efforts by Hindraf chief P Waythamoorthy come to fruition.

According to Waythamoorthy, a gathering of the Queen's Counsels (QC) will debate Article 153 in light of declassified documents on the talks held between Tunku Abdul Rahman and officials of the British government pertaining to the Merdeka. - Malaysiakini

Again, another absurb move. The Federal Constitution were made and agreed upon by the three races before Independent, namely Malays, Chinese and Indians. If the Malays did not agree to give the nationality to the non Malays, none of them would be citizens of Malaysia. Please, be grateful and by debating the said article in the UK, Hindraf is making mockery out of the parliament democracy practised in this country. These people should give away their nationality as Malaysians, ungrateful bunch of m..... f......

MCA - Melayu Cina Aspirational

Sejarah 28 Mac 2010, mencatat bahawa Chua Soi Lek diterima kembali oleh perwakilan MCA dengan kelebihan tipis. Apakah catatan ini membuka lembaran baru kepada method atau mauduk fikir MCA dan BN?

MCA diterjemah oleh pemuda profesional mereka sebagai parti yang sudah hilang telunjuk lurus. Mereka kini berada dalam krisis dilema yang wajar diurus oleh Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai, untuk tempoh 11 bulan daripada Pemilihan MCA seterusnya.

Walau apa pun kemelut parti MCA, Pak Sedaro melihat negara sebagai insurans yang dimainkan oleh MCA dan UMNO sebagai adik dengan abang dalam BN. Kelahiran Perikatan ialah konsep dua kumpulan kaum ingin bermanfaat dalam TERAS UTAMA iaitu meniti kekuatan Rakyat Raja atau Melayu yang dinakhoda oleh UMNO. Hari ini BN telah ditafsir sebagai pakatan UMNO+MCA+MIC, yang sebetulnya pentafsiran ini SEMAKIN KABUR DAN DAIF sifatnya. Pada perkiraan politik matang rakyat dan pengundi di Malaysia, Barisan Nasional ialah UMNO sebagai The Big Brother atau Ayahanda, manakala MCA dan MIC sebagai Panglima Kanan dan Panglima Kiri, yang bersatu menakhoda ZAMAN.

Mari kita telaah implikasi kemenangan Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai...

1. Regim gangster dalam MCA mula terhakis secara perlahan-lahan.

2. Regim cartel akan mula bersemarak. Cartel ini terbina secara profesional dan besar-besaran. Mereka terdiri daripada generasi kedua dan ketiga MCA yang dipayungi oleh barisan anak-anak pewaris kepemimpinan bapa-bapa mereka dalam MCA sejak 1943 lagi.

3. Pasaran saham khasnya Papan Pertama dan Kedua Bursa Malaysia akan menokok secara drastik, ditambah dengan penglibatan YAB PM di Hong Kong minggu lepas. Dipercayai ramai pelabur akan memasuki Malaysia pada bulan Mei 2010.

4. Konsep pemuafakatan MCA akan dicanai semula dan besar kemungkinan pemimpin MCA terdahulu yang merajuk dan lari ke PKR akan masuk kembali secara besar-besaran.

5. MCA akan mula memancing pintu UMNO+PAS untuk memastikan suku-sakat keturunan Cina yang sudah 53 tahun bersama menikmati kelebihan ekonomi bagi memperolehi apa yang diidamkan.

6. MCA akan mula menyusun langkah untuk berjumpa Ibrahim Ali, agar dapat melihat kerangka PERKASA dan bagaimana Melayu-Cina melalui MCA boleh memberi kesan baru kepada Rukun kehidupan AMAN dan DAMAI.

7. MCA semakin ligat dalam permainan politik licik yang akan TERUS-TERUSAN berperanan secara senyap untuk memastikan hajat-hajat MCA sejak 1943 termakbul jua. Sekiranya PM dan TPM tidak memiliki kekuatan analisa, khasnya tiada "Board of The Eldest" yang menghimpun veteran-veteran tertentu, baik Melayu, Cina dan India, maka akan terlingkuplah Malaysia menjelang 2030.

8. Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Mr. Nori yang kelihatan mengikut lajnah PKR, perlu lebih fokus menjuarai Rakyat dan mencipta "champion-comradeship" dengan MCA, kerana Malaysia ini masih belum Merdeka dari segi struktur pembahagian kekayaan fizikal mahu pun non-fizikal.

Chua Soi Lek dengan kisah lampau bukanlah masalah sangat kepada Malaysia. Yang memberi masalah kepada negara ialah apabila MCA gagal mendewasa kekayaan ekonomi bersama Rakyat Raja. Orang Cina kaya-raya, orang Melayu papa-kedana!

Hari ini Rakyat Raja perlu bangkit untuk menilai dari dalam jiwa dan akal, bagaimana janji-janji manis oleh Wakil Rakyat masing-masing boleh dimanfaat bersama. Tanpa membataskan kefahaman parti siasah, Rakyat Raja wajib POSITIF untuk membina kamus dan direktori Usahawan Perdana Kelas Antarabangsa.

Sunday, March 28, 2010

Pas tipu u all...

1. Islam merupakan agama yang syumul, mencakupi seluruh kehidupan manusia. Sistem perundangan Islam atau juga dikenali Syari'ah Islamiyyah mencakupi tiga aspek utama iaitu hukum 'Aqidah, hukum Akhlaq dan hukum Fiqah. Ketiga-tiga subset ini berjalan seiringan di atas landasan Syari'ah dan mesti diikuti oleh setiap individu untuk menjadikan dia layak bergelar Muslim sejati.

2. Hukum 'Aqidah merupakan hukum asas yang mesti diikuti dan dipatuhi. Yakni keyakinan terhadap konsep ke-Esaan Allah. Bahawa setiap individu Muslim percaya kepada Allah yang Satu, yang diungkapkan dalam kalimah syahadah. Ditambah pula dengan kepercayaan kepada 6 rukun iman bagi menguatkan pegangan Aqidah Islamiyyah.

3. Namun, 'Aqidah sahaja tidak cukup menjadikan seseorang itu Muslim sejati. Ia perlu seiring dengan amalan/akhlaq Islamiyy dalam menjalinkan hubungan antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, dan manusia dengan alam.

4. Hukum Fiqah adalah set yang paling luas cakupannya. Hukum yang meregulasasi seluruh kehidupan masyarakat. Antara lain ia termasuklah hukum/undang-undang Ibadah, Muamalat, Munakahat, Siyasah Syar'iyyah (politik) dan Jinayaat (jenayah).

5. Pecahan kepada hukum Jenayah Islam pula ada tiga iaitu Hudud, Qisas dan Ta'zir. Hudud merupakan undang-undang yang menghukum mana-mana umat Islam yang telah melanggar hak-hak Allah yang mana hukumannya telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith dan tidak boleh diubah. Pendapat jumhur ulama' menyatakan terdapat tujuh kesalahan hudud iaitu Zina, Qazaf, Sariqah (mencuri), Hirabah (merompak), Riddah (murtad), minum arak dan menderhaka kepada negara.

6. Sebenarnya, pelaksanaan hukum jenayah bersifat pelengkap. Ini kerana hukum jenayah tidak boleh dilaksanakan selagi 'Aqidah dan Akhlaq umat Islam tidak diperbetul dan pematuhan rukun Islam tidak berlaku. Malah, hukum Jinayat letaknya di tangga paling bawah dalam keutamaan pelaksanaan hukum Fiqah. Kerana itu Perlembagaan Madinah yang menjadi tunjang terbinanya sebuah daulah Islamiyyah pertama, tidak pun memperuntukkan sebarang klausa berkaitan hudud. Perkara yang ditekankan banyak berkaitan 'Aqidah, Akhlaq dan perpaduan masyarakat majmuk di Madinah.

7. Umumnya rakyat Malaysia mengetahui retorik pemimpin PAS yang melaungkan kononnya perjuangan politik mereka bertunjangkan Islam. Dakwaan kononnya PAS adalah satu-satunya kumpulan yang berjuang menegakkan sebuah daulah islamiyyah yang melaksanakan hukum Allah, tetapi sanggup pula menggelar saudara seIslam mereka daripada UMNO sebagai kafir.

8. Bagi membuktikan kesungguhan, kerajaan PAS Kelantan pernah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 dan kemudiannya PAS Terengganu meluluskan pula Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu. Alangkah peliknya apabila terdapat dua set peruntukan undang-undang jenayah Islam yang berbeza daripada PAS. Sedangkan dalam Syariah Islamiyyah hanya ada satu set hukum jenayah.

9. Walau bagaimanapun, undang-undang PAS (bukan undang-undang Islam) itu tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor. Antaranya disebabkan kandungan peruntukan undang-undang yang dirangka tidak menepati tuntutan syarak, contohnya kaedah pembuktian dan kaedah pelaksanaan hukuman. Adakah ini bermakna pemimpin PAS cuba menyelewengkan hukum syarak? Maklumlah mereka sudah dijamin syurga, boleh buat apa sahaja semuanya betul.

10. Hakikatnya PAS bukanlah sebuah parti Islam. Parti Islam jenis apakah yang sanggup berpecah dan menyisihkan diri daripada saudara seIslam mereka dalam Umno. Sejarah membuktikan bahawa PAS hanyalah parti yang senantiasa mahu mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia berbanding menggalakkan perpaduan sepertimana yang dianjurkan Islam.

11. Hukum 'Aqidah dan hukum Akhlaq pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna oleh PAS di negeri yang mereka tadbir sekian lama, inikan pula nak melaksanakan hudud yang hanya salah satu pecahan kecil daripada hukum Fiqah.

12. Pas 4 All = Pas Tipu U All.

Pilatus Usang

Pak Sedaro fikir ATM khasnya TUDM siap siaga untuk sebilang masa berkira-kira untuk membeli pesawat latihan baru. Kisah pilatus malang terhempas di Sintok, mengembali nostalgia 11 tahun lalu di Blok 3D, Kolej Pernas yang baru siap pembinaan.

Pilatus pertama terhempas, di Sintok. Insiden malang 2 hari lalu, berlaku di belakang Kompleks Sukan, yang mungkin hampir dengan Kolej 13, UUM. Pilatus kedua, terjun di kamar UUM.

Kementerian Pertahanan mesti bersedia dengan pelan strategik mengganti besi terbang usang Pilatus ini. Malaysia sudah boleh memiliki pesawat latihan lebih baik, canggih dan berkualiti tinggi. Pilatus sudah luput zaman kemegahannya. Berapa ramai lagi yang HARUS menjadi korban pilatus. Helikopter NURI juga, kritikal kedudukannya.

Maknanya, MinDEF sudah wajar berkira-kira dalam RMK-10 ini untuk menuntut sebanyak RM 2-5bilion untuk membeli pesawat latihan baru dan helikopter baru, yang boleh memberi MAKNA yang lebih besar kepada Negara.

Tragedi Pilatus berbuah 2 kali di Sintok ialah isyarat bahawa zaman besi terbang buruk, lapuk dan usang WAJIB ditukar baru. Pedulikan tempelak MP Pembangkang, sebab mereka ini BUTA AEROANGKASA. Pedulikan kutukan dan herdikan MP Pembangkang, sebab mereka ini BUTA PERTAHANAN DAN KESELAMATAN NEGARA. Bazirkan RM 2-5 bilion untuk kepentingan Bangsa, Agama dan Tanahair.

Saturday, March 27, 2010

Setinggan KEMPAS...

Kg. Denai Pinggiran ialah sebuah tapak kawasan belukar yang bertukar menjadi desa di Kempas, terus ilhamnya dinamakan Kampung Denai Pinggiran. Selama puluhan tahun, Kerajaan Negeri Johor tidak dirapati oleh penduduk yang 90% tidak BERSETUJU dengan pilihan Rakyat Johor iaitu Kerajaan BN Negeri Johor Darul Takzim.

Bilamana jentolak berarak dan berasap menutupi dan membongkar tanah serta rumah istana kediaman penduduk...maka seperti lazimnya, ramai MELOMPAT dan MERAUNG simpati.

15 tahun lalu di lokasi yang sama, apabila wakil-wakil rakyat terdahulu makan senang di sana, Kenapa Kg. Denai Pinggiran tidak ambil tindakan BIJAKSANA?

Banyak lagi kampung dan desa pinggir Kota Metropolis JB akan menjadi bahan BAHAMAN jengkaut dan jentolak, demi makna sebuah Pembangunan Kerdil. Gamaknya, terma istilah "AKAL BUDI" dan "BAHASA BERBICARA" sudah tidak dipandang oleh Penguasa. Tampak, yang lebih dikejar gilai oleh Penguasa ialah Duit, Duit dan Duit.

Di beberapa buah Negeri, isu rumah setinggan atau rumah haram atau rumah pasang siap atas Tanah Haram@Tanah yang tidak direstu/diizin untuk dibangun struktur kediaman kekal mahupun sementara, akan TERUS melewati masa beberapa badan Penguasa tempatan. Tanah-tanah TOL yang mungkin berubah taraf dan pemilik, menjadi cagaran nyawa dan insurans survival rakyat.

Persoalan yang amat wajar ditanya kepada Penguasa ialah:

1. Kenapakah kelompok susah ini, andai mereka diiktiraf dalam Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, tidak diberi pertolongan kehidupan yang sejahtera?

2. Kenapakah kumpulan Miskin Bandar yang dilihat mendiami kawasan-kawasan tertentu, tidak didekati oleh pemimpin setempat yang beroperasi di Pejabat Tanah dan Daerah?

3. Kenapakah sebilangan kecil Rakyat Raja masih dihimpit fenomena ALAM Nafsu Lapar ini? Apakah institusi Raja perlu campurtangan dalam soal-soal sebegini? Apakah Pusat Zakat Negeri dan BaitulMal negeri siap siaga memberi keputusan yang menselesakan Rakyat Raja?

31 Ogos 2010 memberi tanda Malaysia merdeka selama 53 tahun. Namun dalam survival umat, khasnya Rakyat Raja...kita masih BELUM MERDEKA. Kita terlalu jauh daripada protokol MERDEKA. Setinggan, Kg, Denai Pinggiran ialah anatomi rakyat yang tertekan dan terkongkong.

Iktibar daripada sebuah penulisan Inggeris yang di tinta oleh R.O.Winsted 1950, bahawa Melayu ini akan dikenali bila mana kesusahan melanda mereka. Bahawa Melayu ini dirasai bilamana bahang amukan bersama mereka. Bahawa Melayu ini dikelas sebagai kumpulan bangsa kelas Ketiga.

Pak Sedaro amat berduka dan BERDOA, agar Melayu akan dikenali bila Kesenangan, Kemewahan, Kecemerlangan milik Mereka. Bila Kebijaksanaan dan Sikap Berbudi Baik milik mereka. Bila insan yang namanya ditaksir sebagai Melayu dimaju sebagai Bangsa Keturunan Berjaya dan Model Rakyat Raja Kelas Pertama.

BN KALAH di Hulu Selangor!

Ooiii BN bangun dulu dan fikir strategi untuk PRU-13 dan fikir bagaimana nak hadap rakyat yang makin CERDIK, PINTAR dan SENANG. Pengundi tidak MEWAH dan KAYA-RAYA seperti kalian orang kaya yang ambil untung daripada kerja-kerja komersil dan usaha yang bijaksana. Pengundi tidak Mewah dan kaya-raya ilmu BERPOLITIK dan ANATOMI POLITIK seperti 5% daripada kumpulan kecil BN dan bukan BN.

Pak Najib yang kini sedang dilema dalam caturan, siapa sebenarnya SAHABAT, RAKAN, KAWAN, KENALAN dan Blood Brothers dalam kawah politik akan ditelan oleh bidalan Melayu, berbunyi "Di luah mati emak, di telan mati bapa"...Benar Hulu Selangor hanya dimiliki oleh Arwah Dr. Zainal sebanyak 198 undi daripada G.Palanivel iaitu proxy Samy Vellu.

MIC bukan ikon anak-anak Tamil dan Hindi di Malaysia hari ini. Ramai kalangan profesional kaum yang berhijrah dari Goa menetap dan menerima keistimewaan kewarganegaraan pada 1948 lagi yang langsung diterima iktiraf pada 1957, ialah pewaris-pewaris yang namanya Manickavasagam, Sambanthan sebagainya. BN akan kecundang dan ranap jika:

1. Calon yang diletak ialah calon MIC.
2. Calon yang dipasang ialah calon UMNO.
3. Calon yang dijerat ialah calon MCA.

Alangkah bistarinya BN untuk menang by-election, meletak calon:

1. Insan yang dihormati dalam kalangan pengundi berdaftar di Hulu Selangor, misalnya Pegawai Kemas Daerah Hulu Selangor, atau ADO Daerah Hulu Selangor sebagai calon.

2. Insan yang disegani dek kerana ilmunya seperti Imam Masjid Dalam Kariah Hulu Selangor, atau Pemimpin Masyarakat yang tidak kering gusi menegur dan ringan tulang membantu kemaslahatan rakyat Hulu Selangor.

3. Insan yang berniaga di Pasar Besar Hulu Selangor yang boleh dipercayai dan diyakini sebagai Central Gentleman atau Focal Point untuk Pengundi Hulu Selangor.

BN hanya perlu persiapkan manusia ini dalam By-Election sebagai titik ujian untuk diunjurkan dalam Pilihanraya Umum Ke-13.

Perkiraan politik Pengundi Malaysia masih belum matang, apalagi bila ditokok dengan pola fikir barisan ahli politik "mangkuk ayun" daripada BN dan bukan BN. Andai ada calon BEBAS yang dilihat penuh kredibiliti, barang pasti dia akan menang.

Antara pemuka yang wajar dicalon oleh BN sebagai JAMINAN kemenangan ialah:

1. Doktor yang dikenali ramai dan dihormati kerana pemurah dan kasihan belasnya.
2. Guru yang berdedikasi dan disegani oleh rakyat atau ibu bapa kerana ikhlasnya impian melihat anak bangsa Malaysia berjaya dan terus berjaya.
3. Pemaju masyarakat seperti Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor, Pengerusi Pemuafakatan Rakyat Hulu Selangor, atau Ahli UMNO yang dikenali sebagai anak bistari yang boleh membantu pembinaan Hulu Selangor.

Sedarlah manusia politik bahawa pengundi sudah tidak mempedulikan siapa anda dalam parti siasah? Manusia semakin tidak peduli siapa Yang Berhormat, mahu pun ibu bapa mereka. Manusia makin kesampingkan dunia semasa dek kerana kesenangan dan kepayahan mencari SESUAP NASI?

Andai diukur dari aspek kesediaan parti, BN bersedia. Andai diukur dari aspek calon daripada parti, BN masih jauh daripada mode SEDIA. Pasukan penentang BN juga sedang terpinga-pinga mencari calon untuk di HAMBA dan di BODOH mengikut telunjuk CiFuT BABI.

Ingatlah bahawa Nilai By-Election bukan dikarang daripada duit berlori, nilai Manusia sebagai Calon lebih kritikal dan penentu "AKAL BUDI" dan "BAHASA BERBICARA DAN BAHASA BERBUDI" kepada pengundi....

BN selamat menempah kekalahan jika TIDUR dan SEDAP MAKAN TAIK MATA.

Friday, March 26, 2010

Wednesday, March 24, 2010

Breaking News


Quoted from Malaysiakini;

Barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.Ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian Padang Besar, Aidi Helmi Mohamed mengeluarkan kenyataan media menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Yip berhubung perletakan jawatannya seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, penafian itu dibuat setelah berbincang dengan Ketua Pemuda Bahagian, Mohsin Yusof dan ahli jawatankuasa Pemuda DUN Titi Tinggi.Mengulas mengenainya, Aidi Helmi berkata pihaknya tidak pernah diajak berbincang sama ada sebelum, semasa dan selepas surat tersebut dikeluarkan dan tidak pernah mengadakan apa-apa pertemuan sama ada untuk memujuk beliau menarik balik surat tersebut.

Sebaliknya, beliau mendakwa Yip telah berbohong dan mempergunakan nama Pemuda Umno untuk menutup keterlanjurannya menyerahkan surat tersebut.

"Kenyataan beliau disifatkan sebagai amat menghina keberadaan kami dalam parti komponen BN, khususnya di bahagian Padang Besar," tambahnya.

Well, it seems that what Dato' Sri Najib said contradicted with the decision of UMNO Padang Besar. He said that the state assemblyperson for Titi Tinggi, Yip Sun Onn, will not be resigning and will continue to remain with Barisan Nasional. Many more things will eventually let out of the box, I presume. We will see.

P/S : Congrats for the bold move Cytro 4!

SEKS 4 ALL

Lawatan terbaru Paneh Miang beberapa hari lepas ke negeri yang berada di bawah naungan kerajaan PAS iaitu Kelantan Darul Naim, telah menemukan kami dengan beberapa perkara yang agak menarik. Antaranya;


Papan Tanda Kota Bharu Bersih 2010.



Tapi latar belakang lokasi papan tanda tersebut, masyaAllah...kotor dengan sampah sarap. Tapi apa ada hal...Kelantan kan dah sinonim dengan kekotoran. Kecik punya masalah la...



Kemudian di sebelah malamnya pula, kami ke Wakaf Che Yeh. Sedang berjalan di hadapan bangunan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, tiba-tiba ternampak....



Astaghfirullahalazim...benarkah apa yang kami tengok ni? Produk perangsang seks dijual secara terbuka di Wakaf Che Yeh. "Maghi tengok be...", kato Pok Cik penjual produk tu. Inikah negerinya yang gah dengan slogan, "PAS 4 All" atau telah ditukar kepada "Seks 4 All"? Inikah negeri yang ditadbir selama 20 tahun oleh PAS yang kononnya mahu laksanakan hudud? Ish...ish...ish...rosak kawe lagu ni.

Seterusnya kami menemubual Pok Cik yang menjual produk tersebut. Tanpa segan silu, Pok Cik tu menerangkan, "Banyak pak haji datang beli sini. Maklumlah kadang-kadang isteri dok nolak, tapi pak haji tu beriya hendak. Orang tua la katakan. Haa...benda ni boleh buat isteri bang aji tu cepat teransang", sambil menunjukkan satu botol penguat seks kepada kami.

Uish...kemaruk sungguh pak aji di Kelantan ni ya. PAS suruh "Membangun bersama Isle", tapi demo dok sibuk 'bangunkan benda lain'. Menate sungguh. Apabila kami meneruskan perjalanan, terserempak lagi dengan beberapa gerai yang turut menjual produk yang sama. Segan sungguh kami dengan pengunjung yang datang bersama keluarga dan anak-anak di Wakaf Che Yeh. Apa la agaknya yang mereka fikirkan bila nampak produk seperti itu dijual secara terbuka?

PAS sudah semakin liberal. Malah hakikatnya PAS kini lebih liberal berbanding Umno apabila mereka bersahabat dengan PKR dan DAP. Ayat dan hukum Quran dah jadi mainan PAS sejak dulu dan kini ia bertambah teruk. Tapi, apa nak risau...PAS kan telah dijamin masuk syurga. Tak cayo? Kito tengok nanti be...

Tuesday, March 23, 2010

Letter to Singapore PM

Quoted from Dari Kacamata Melayu blog;

Dear Prime Minister,

May you and family be in the best of health and blessings. If there is a way, can you ask local papers or media channels to stop from reporting or discussing the remarks made by MM Lee about Malaysian Chinese?

I say this coz comments published in Singapore (supporting MM’scomments) are made from a skewed angle and do not take into account the historical reasons. The comments so far are made by Chinese Singaporeans who do not really understand the issues. They also seem to suggest that similar problems do not exist in Singapore when, in fact, Singapore Malays in their own motherland, Singapore, are treated more dismally that Malaysian Chinese in the land of Malay Bumis.

Indeed, if this issue is to continue, then it is only fair to show that Chinese leaders in Singapore are doing greater injustice to Singapore Malays than Malay Malaysian leaders to Malaysian Chinese.

The Malaysian Chinese are not bumis in Malaysia yet they get nearly every thing:

a) Right to have Chinese vernacular education from preschool to university.

b) Right to retain their Chinese names [The Chinese in Indonesia and Thailand get nothing of that sort. Worse, they have to have Thai or Indonesian names]

c) Right to display Chinese names in Chinese characters in huge public adverts in buildings and public places


d) In development projects, they reap early profits as all projects require infrastructures and these materials are controlled by Malaysian Chinese


e) Voting strength by constituencies also show so many Chinese advantage.


It is good for us not to say that Malaysian Chinese are “marginalized”. If they want to talk about marginalization or injustices, it is better that they talk about Singapore Malays who, in their own motherland, are marginalized and subject to so many injustices:

1. Malay language has lost its stature in the State and industry

2. Chinese language has now become a universal precondition in employment


3. Malays are “cordoned off” in National Service. Many key security sites are out-of-bounds to Malays [Even Malay Ministers and MP’s are not allowed to enter such areas]


4. The Civil Defence takes in high proportion of Malays consideringthelower stature of CD and the higher death and injury risk in CD services


5. No Malays are holding key positions in government and statutory boards.


6. Malay MP’s are given sinecures. In fact Malays are deemed fit only to be Ministers in Sewerage, Drainage, Refuse, Welfare and Drugs matters


7. Promotions and postings in government and statutory boards also show the Singapore Chinese’ disdain towards Singapore Malays


8. Recent retrenchments also reflected that Singapore Malays “should go first”


9. Proportion of Singapore Malays who remained unemployed is high, notwithstanding good educational and vocational qualifications


10. Vast in-take of Chinese from China, Hong Kong and Taiwan into Singapore but strict control of Malays from Malaysia and Indonesia.


I hope your office would do something to stop this, or rectify the matter by giving the issue its proper balance.

I cc this note to BH Singapore and Malaysia.
I do not cc to Straits Times as they do not publish letters of this kind.
I cc to TODAY coz two strong letters were published in today’s TODAY edition.

Regards

Mansor Haji Sukaimi
Former Member of Parliament (1976-1984)

KJ again?

The UMNO Youth Head, YB Khairy Jamaluddin made a very astounding remark. He said to Malaysiakini that Perkasa is making a rhetoric about the Malay supremacy. He said that Perkasa should not be compared to UMNO. I am baffled by his statement. Is he trying to be an UMNO Youth head that is more Malaysian than us? Never in the history of the movement that the Ketua Pemuda made remarks that do not really protect the interest of the Malays especially. Why is he not championing the Malays and the way he responded to the questions by Malaysiakini showed that he is only qualified to be the Youth Head of Gerakan or PPP.

In my humble opinion, Perkasa exist because it seems that nobody in the UMNO youth movement really protect the Malays. Even Khairy said that the Article 153 is not a privilege to the Malays. Therefore, the formation of Perkasa is timely as it seems that the Malays have no where to turn in the event of protecting what they should have. Perkasa is the best form of fighting and protecting the Malays. Maybe some will think that what is there to protect but if you really look at the scenario today, Islam and Malays are being attacked in every corner even by the Malays themselves, such instance Dato' Zaid Ibrahim. There seem to be more liberal Malays that try to change the mindset of the Malays such as Bakri Musa, Azly Rahman etc. These are the Malays who think that they are good enough not to get the 'tongkat' for being a Malay. Ironically, these professionals were being sent overseas by the Malay government in the first place.

Well, a lot of them do not feel that they should appreciate what the Malay and UMNO government had done for the past 53 years. How ungrateful some people are!

Monday, March 22, 2010

Rumah 18

Catatan ini sekadar ingin mengajak pembaca untuk merenung jasa dan bakti pemimpin kita yang terdahulu. Anda boleh untuk tidak bersetuju dengan tulisan ini, tetapi ia adalah fakta yang harus dipertimbangkan dengan kewarasan minda dan jiwa.

1. Rumah 18, rumah di mana mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dilahirkan. Sewaktu berada di Kedah dua hari yang lepas, nyatanya orang Kedah tanpa mengira fahaman politik benar-benar bangga dengan insan yang bernama Mahathir Mohamed. Sepanjang berada di sana, tidak saya dengar seorang pun orang tempatan Kedah yang mengutuk Tun. Malah pujian melambung-lambung diberikan kepada insan berjasa. Apa yang jelas, dari riak muka dan tutur bicara, Tun Mahathir adalah kebanggaan mereka kerana jasa, bakti dan keluhuran budi beliau dalam memimpin dan mengubah kehidupan rakyat Malaysia.

2. Sahabat saya (India Muslim) pernah berkata, "Mana-mana orang Melayu yang tidak berterima kasih kepada Mahathir, mereka itu bodoh." A statement which i couldn't agree more with her. Very true and very sincere.

3. Kerana wawasan dan keazaman Tun Mahathir, orang Melayu kini sudah jauh ke hadapan berbanding 50 tahun yang lalu. Semasa berada dalam penerbangan ke Alor Star, saya lihat beberapa orang pelajar sekolah berasrama penuh menaiki penerbangan yang sama. Agakan saya mereka dalam perjalanan pulang ke asrama masing-masing. Salah seorang daripada mereka malah duduk di 'Business Class'. Bukti bahawa ibubapa sekarang sudah tidak susah lagi berbanding zaman saya dahulu, terpaksa naik bas sahaja. Lebih teruk kalau kena berasak naik keretapi selama 14 jam untuk sampai ke gedung ilmu.

4. Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Star, saya lihat ia sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Sudah mampu menampung penerbangan terus jemaah haji ke Tanah Suci, tanpa perlu untuk bersusah payah transit di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan suci. Kemudahan ini harus benar-benar disyukuri, kerana ia sedikit sebanyak telah memudahkan jemaah dalam menuju bertemu Ilahi. Sebagai rakyat, rasanya tidak sukar untuk kita berterima kasih jika dibandingkan kesukaran pemimpin kita merancang dan melaksanakan idea-idea bernas demi kesejahteraan rakyat.

5. Apa yang dicatatkan di atas tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan segala jasa dan budi yang telah Tun taburkan. Namun kiranya cukup untuk mengingatkan kita semua agar berterima kasih kepada beliau. Mungkin ada kesilapan yang pernah beliau lakukan (seperti melantik Pak Lah sebagai penyambung warisan), tetapi saya kira itu tidak cukup untuk menidakkan sumbangannya kepada agama, bangsa dan tanahair ini. Apatah lagi untuk dihina oleh penyokong-penyokong buta penjilat Al-Juburi.

6. Harapan saya agar DS Najib dapat menyambung kegemilangan ini dan beliau akan sentiasa di sokong oleh isteri yang baik, kalaupun tidak sehebat Siti Khadijah ataupun 'Aisyah, setidak-tidaknya setanding kesetiaan, keluhuran dan kerendahan hati Tun Siti Hasmah.

Friday, March 19, 2010

ANWAR MASUK PARLIMEN UK

Early Day Motion
EDM 1092

MALAYSIA AND ANWAR IBRAHIM
15.03.2010

Corbyn, Jeremy

"That this House recognises Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim's contribution to promoting democracy in Malaysia and peace and understanding between the Muslim world and the West; is deeply concerned at the charges laid against Anwar Ibrahim and that his current trial flouts international standards of fairness and adherence to the rule of law; notes that this trial resembles the one he faced in 1998 in which the conduct of the judiciary was condemned by Malaysians and by the international community; further notes the renewed exhortations by international human rights organisations including Amnesty International and Human Rights Watch and prominent leaders from Commonwealth nations including the Right honourable Paul Martin of Canada and the Right honourable Michael Danby and 59 other elected representatives of Australia for the Malaysian government to drop the charges against Anwar Ibrahim; and calls on the Malaysian authorities to bring an end to the harassment and persecution of members of the political opposition."

Sumber: Early Day Motions By Details

Kepada penyokong-penyokong Al-Jubburi, saya tuntut untuk anda jelaskan dengan bukti/dalil yang benar tentang perkara-perkara berikut:

1. Apa bentuk DEMOKRASI yang telah berjaya dipromosikan oleh penjilat jubur ni? Do you regard DEMONSTRATION as a sign of democracy?

2. "His current trial flouts international standards of fairness and adherence to the rule of law"...standard antarabangsa yang mana yang sistem kehakiman kita langgar dalam membicarakan isu liwat si bangsat ini?

Saya cuma utarakan dua persoalan di atas sahaja untuk dijawab oleh pihak pembangkang terutama sekali ANWAR IBRAHIM sendiri. Dan dalam menjawab persoalan di atas, jangan cuba-cuba untuk beretorik' kosong tanpa "SUBSTANTIAL VALID EVIDENCES".

Bagi pembaca PM, apakah anda masih tidak sedar betapa C.I.F.U.T. B.A.B.I. ini hanyalah alat yang digunakan oleh Barat untuk melakukan penjajahan bentuk baru dalam negara ini? Apa anda masih belum mampu melihat betapa hinanya lelaki bernama ANWAR IBRAHIM ini sanggup menggadai negara sendiri demi kepentingan sendiri dengan meletakkan dirinya hanya berstatus ALAT dan bukan berstatus PEMIMPIN?

To me, you proved nothing BUT desperation and extreme weakness. My deepest sorrow to you and your blinded followers.

Thursday, March 18, 2010

Rosmah LIABILITI?

1. Kami sebenarnya tidak berminat untuk berkisah tentang Rosmah Mansor (RM). Bukan kerana dia anak Negeri Sembilan atau bukan juga kerana dia adalah 2nd Lady Malaysia (First Lady merujuk Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan adalah Raja Permaisuri Agong), tetapi kerana kami merasakan dia bukanlah orang yang penting sangat untuk diberikan perhatian.

2. Kami juga tergolong dalam kelompok majoriti yang tidak sukakan Anwar CIFUT, tetapi ia juga tidak bermakna kami akan menolak semua kata Al-Juburi. Lagipun orang tua-tua ada berpesan, jika nak tahu keburukan diri, tanyalah kepada musuh.

3. Kami sedaya mungkin akan mengelak daripada membicarakan mengenai RM, tetapi sindiran dan kecaman rakyat terbanyak terhadap dirinya telah mendesak kami untuk menyatakan pendirian.

4. Kami bukan blogger upahan sepertimana sering dituduh oleh ramai orang. Kami tidak terikat kepada sesiapa dan kami sedaya upaya berhujah atas prinsip "Call A Spade A Spade". Itupun ada juga yang mengaku mereka adalah salah seorang warga Paneh Miang. Terima kasihlah kerana bersusah payah memperakui anda adalah sebahagian warga Paneh Miang walaupun blog ini dianggap goblok oleh segelintir orang. Cuma jangan sesekali gunakan nama kami untuk collect duit daripada orang lain. Nanti tak pasal-pasal pula surat saman kami menyinggah di teratak anda.

5. Kisah mengenai RM bermula apabila spotlight yang melampau diberikan media kepada beliau sejak Najib dilantik Perdana Menteri Malaysia ke-6. Hampir saban hari kisah mengenai dirinya dan PERMATA (bukan 'Permata Yang Hilang' atau 'Permata di Perlimbahan') menjadi liputan media sehingga menenggelamkan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Malah majoriti rakyat semakin meluat dan mual dengan publisiti terlampau kepada RM.

6. Kisah mengenai Permata Negara mula menjadi bualan apabila peruntukan sehingga RM150 juta diberikan Kerajaan Persekutuan pada 2009 yang kononnya untuk anak-anak pintar di bawah 5 tahun (colour & religion blind), sedangkan manfaatnya tidaklah menyeluruh diterima oleh rakyat terbanyak.

7. Dijangkakan pada tahun 2010 ini, jumlah yang sama akan diperuntukkan kepada program Permata Negara dan pastinya bajet untuk agenda ini akan mencecah sehingga RM300 juta. Dan kos itu pula tidak termasuk kos lain yang terpaksa dibiayai oleh kerajaan negeri di bawah BN untuk membina pusat Permata Negara di setiap negeri.

8. Juga menjadi pertikaian serta persoalan ramai, benarkah bajet Kementerian Pelajaran dipotong semata-mata kerana ingin mengalihkannya kepada program Permata Negara sehinggakan kos operasi dan kurikulum sekolah menjadi mangsa tanpa sebarang peruntukan?

9. Siapa yang patut diutamakan sebenarnya? Potensi pelajar di sekolah kerajaan sedia ada atau segelintir kanak-kanak bawah 5 tahun yang kononnya pintar? Berapa ramai pula rakyat khususnya ibu bapa yang mendapat manfaat langsung daripada program Permata Negara? Atau nawaitu projek ini semata-mata untuk publisiti kipas dan bodek kepada isteri Perdana Menteri?

10. Sasaran pembinaan 300 Pusat Permata Negara di seluruh Malaysia secara tidak langsung telah menafikan peranan Taska Hadhari yang 'layu sebelum berkembang'. Taska Hadhari akan menjadi projek 'gajah putih' apabila tumpuan berlebihan diberikan kepada program Permata Negara. Bukankah Najib pernah menyatakan bahawa keutamaan kerajaan hari ini adalah output dan bukannya kosmetik? Jadi mengapa percanggahan sebegini masih berlaku?

11. Rakyat hari ini juga mempersoalkan laman web isteri Perdana Menteri yang menggunakan alamat laman rasmi Pejabat Perdana Menteri. Adakah laman ini termasuk dalam bajet semasa Kerajaan Persekutuan? Apakah tugas dan peranan sebenar isteri Perdana Menteri?

12. Tidak dinafikan laman web tersebut ada faedahnya terutama untuk rekod koleksi ucapan RM selaku isteri Perdana Menteri. Lagipun Malaysia belum ada data lengkap dalam simpanan arkib, koleksi ucapan isteri-isteri Perdana Menteri sejak merdeka hingga kini. Cadangan kami, kepada mereka yang sedang pening mencari tajuk tesis yang sesuai, ucapan isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia boleh dijadikan skop kajian.

13. Namun yang dipertikaikan di sini bukanlah mengenai koleksi ucapan, tetapi kewajaran pembinaan laman web tersebut menggunakan medium rasmi Kerajaan Persekutuan. Tidak pastilah sama ada peruntukan untuk isteri Perdana Menteri dalam hal sebegini sememangnya wujud dalam bajet Persekutuan sejak dulu, tetapi persepsi seperti ini tanpa penjelasan sewajarnya kepada rakyat, pasti akan mengundang musibah. Bukankah lebih manis seandainya pembinaan laman web itu dibiayai sendiri. Atau tiada langsungkah mana-mana 'keparat' yang sanggup menaja?

14. Bisik-bisik mengenai RM yang sering mengawal Najib, mendapat keistimewaan duduk di kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, serta mempunyai pengaruh dalam keputusan Perdana Menteri; pasti tidak akan memberi mileage ke atas usaha bersungguh-sungguh Najib hari ini. Walaupun kami tak ambil pot sangat mengenai cakap-cakap sebegini kerana isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini juga sering ditohmahkan dengan pelbagai fitnah, namun ia bukanlah sesuatu yang tidak perlu diberi perhatian langsung oleh Najib.

15. Najib harus menelusuri episod kejatuhan pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini. Jika KJ dikhabarkan sebagai sangat berkuasa sehingga menjadi punca kejatuhan Paklah, maka apa bezanya dengan kisah RM ini?

16. Keramat Umno lebih besar daripada ahlinya. Kejatuhan segelintir individu dalam Umno tidak akan menjejaskan Umno, tetapi individu yang jatuh itu pula akan menerima bala. Anwar CIFUT dan Paklah adalah rujukan 'terbaik' bahawa pemimpin boleh datang dan pergi dalam Umno tetapi Umno tetap akan kekal utuh.

17. Cuma kali ini giliran Najib untuk memastikan dirinya bukanlah mangsa terbaru yang harus dikorbankan.

18. Harus diingat bahawa spekulasi dan persepsi di Malaysia sejak zaman pentadbiran Paklah, kebanyakannya benar-benar terjadi. Tak percaya boleh tanya Anwar CIFUT, Zahid Hamidi, Hishamuddin, KJ dan RPK. Mereka lebih arif dalam permainan spekulasi dan persepsi.

19. Spekulasi dan persepsi mampu membunuh legasi yang baru bermula. Najib perlu memastikan segalanya terkawal atau berundur saja!

PKR dah LINGKUP

Pucuk dicito, Ulam mendatang. Dah den kobar kan marin, hari ini Zahrin telah memberi hujah sebenar siapa Anwar Cifut. Anwar sebagai Manusia berbagai watak berselera raksasa. Parlimen ialah Medan Penghujahan paling Berkesan dan Tepat pada masanya.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung amat murka dengan perilaku Ahli-ahli Parlimen. Baginda telah memberi kandungan titah yang begitu pahit sejak Parlimen di mulai tahun 1955. Apa yang dititah bukan ingatan tetapi AMARAN KERAS yang mesti ditelusur oleh setiap manusia yang sanggup menduduki kerusi sebagai Ahli Dewan Rakyat, mahu pun Ahli Dewan Negara.

Esok, lusa dan tulat ramai lagi MP Bebas akan mengemuka Ucapan Balas dan Menjunjung Kasih kepada Seri Paduka. Barangpasti, kali ini Anwar Cifut hanya mampu mengenyit mata dan lawan "minta YB tarik balik kenyataan berunsur fitnah"...tulah yang boleh diulang-ulang, kemudian di sambut oleh MP Batu, Padang Serai.

Maknanya BN sudah boleh BERHUJAH serata tanah dan pelusuk ceruk untuk memberi KUPASAN secara ilmiah, bahawa Kerajaan Tajaan PKR+PAS+DAP amat LEMAH, kaya dengan DRAMA HINDUSTAN dan KANTONIS, mewah dengan jolokan REFORMASI KEHANCURAN dan bijaksana dalam INDUSTRI MENGOBLOK RAKYAT.

Maknanya Kerajaan Tajaan PKR+PAS+DAP ialah Kerajaan Anwar Ibrahim yang menunggu saat "dunia kata pergi, kubur panggil MARI".

Wednesday, March 17, 2010

Mahathir macamana pulak?

Sana-sini orang membicarakan mengenai Ong Ka Ting yang menawarkan diri bertanding semula jawatan Presiden MCA.

Masa berbual dengan beberapa Cina di Kuala Pilah pagi tadi, mereka juga teruja dengan hasrat Ong Ka Ting tu.

Sey tadi saja la cucuk sorang Cino ni dongan soalan, "Amacam kalau Mahathir bertanding semula Presiden Umno dan jadi Perdana Menteri?"

Cino tu jawab (Cino Kuala Pilah pandai cakap negori), "Bagus la kok camtu. Memang habih bungkus pembangkang ni sumo eh."

Amacam Tun? Agak eh Najib sanggup bagi laluan tak?

Kok betul la TDM kembali jadi Presiden Umno, pastinya Anwar CIFUT akan menggigil sampai meleleh KY Jelly colah kangkang.

Dan RM akan tersedu-sedan celah permata...

Tuesday, March 16, 2010

Breaking News

Yes, Tan Sri Ong Ka Ting is in! It is a good thing that he wants to make a comeback. He announced officially today that he will contest for the MCA's President post. He is far better than Dato' Seri Ong Tee Kiat who is a chauvinist. Definitely, Tan Sri Ong Ka Ting will win hands down. MCA will be stronger to face the 13th General Election.

Kementerian Kesihatan BACUL

Episod membentuk pegawai perubatan BACUL dan DAIF tentang Negara Malaysia ini dilapor oleh kenalan Pak Sedaro. Kisahnya berlaku dalam kamar dan gelanggang Biro Tatanegara. Begitu banyak peristiwa sebenarnya pasal BTN ini. Tapi yang ini menarik untuk dikupas, implikasinya kepada PEMIKIRAN HAPRAK.

Apalah istimewa pegawai perubatan mentah yang belum lagi sahih bergelar pakar yang diwajib sebagai prasyarat Kerajaan Malaysia mengikuti skema Kenegaraan sebelum memula tugas di pusat kesihatan milik kerajaan. Proses yang sepatutnya berlangsung 5 hari [tempoh sebenar] telah disingkatkan kepada 1 hari yang hanya disebabkan kawtaw HARAM antara KSN dan TKSU Kementerian Kesihatan.

Apa yang handalnyo doktor-doktor mentah ini terutama yang berada lama di luar negara yang mungkin terjajah dengan pemikiran Yahudi dan Nasrani serta ortodoks isme-isme tertentu dunia luar? Bila mana hanya mendengar kandungan ceramah-ceramah yang bersifat "helicopter-view" tetapi sudah wujud persepsi negatif tanpa mahu menyelam pedagogi ilmu sebenar Kenegaraan melalui siri-siri Bengkel atau Kumpulan Kluster?

Apa kejadahnya diwarta Kenegaraan dilaksana selama 5 hari tanpa kompromi kepada semua kakitangan awam tetapi para doktor haprak ini diberi keistimewaan "handicap" semacam orang berpakat runding di Golf course ajo sifat ehh? Setahu Pak Sedaro, ramai kekawan yang pornah poei, par, kakitangan sokongan, pegawai, pengarah, ketua pengarah, PTD, sampailah Setiausaha Politik sekalipun, kono 5 hari di pulun Kenegaraan. Tapi doktor mentah yang tak sudah masak hanya bergelumang proses hanya 1 hari atau 1 setengah hari saja.

Apokah kita sudah mengarah kepada membentuk identiti Pegawai Perubatan dan Pegawai Kerajaan yang BACUL dan DAYUS? Apokah ada macai setaraf KSN & KSU yang HAPRAK untuk kawtaw dalam memberi LAMPU HIJAU kepada proses Kenegaraan yang hanya berlangsung dalam tempoh sehari tetapi diiktiraf dengan kurniaan sijil JPM? Apo murah sangatkah nilai sijil JPM itu sehinga boleh dikompromi dan digadai martabat serta tarafnya? Paling Haprak bersulam Sadis apabila di kalangan doktor ini langsung tidak boleh berbahasa Melayu dan gagal pula peperiksaan wajib!

Kalau Pak Sedaro nak belek dan telek, sudah pasti Orang Paling Senior dalam Jawatan di Kementerian Kesihatan yang buat kerja MEMBACUL dan MENDAYUS kumpulan doktor perubatan yang masih BUTA Negara untuk tidak ikuti sektoral ilmu Kenegaraan secara "full-package". Apakah mungkin sikap berprasangka, bahawa dengan penurunan ilmu Kenegaraan yang padat dan padu, maka doktor-doktor ini menjadi seorang patriot dan bukan seorang ahli perubatan yang patriotik?

Apakah skema BTN ini melahir racist yang menjadi percikan dan hamburan fikiran, sepertimana yang disebut oleh doktor mentah yang menjadi peserta dalam kumpulan ini yang menulis warkah ulungnya kepada KSN? Inilah pola fikir HAPRAK yang tidak lahir daripada sekolah Kenegaraan yang langsung tidak masak, mahupun berputik!


Pak Sedaro fikir, sudah sekian lama istilah kawtaw di Kedai Mamak @ Warung Cendol @ Sebatang Curut @ di Meja Catur @ di Padang Futsal @ di Green @ di Coffee House Hotel/Resort/Golf Club menjadi sandaran kebanyakan manusia bertali leher, berjaket kemas, berkereta ehsan Kerajaan dan makan duit Rakyat. Mereka ini tanpa segan akhirnya memperdagang tahap ilmu manusia lain untuk TUJUAN menjahanam martabat patriotisme anak bangsa merdeka!

Pak Sedaro fikir, dah tibo maso agar Little Napolean @ Little Al-Pacino @ Little Crook ini dihapus dalam kamar dan kedudukan hakiki masing-masing. Tak kiralah siapa mereka, andai sudah tiba masa untuk pencen, PENCENKANLAH...tak perlu sambung KONTRAK. Jangan pula sampai dikatakan Rakyat, BERAMBUSLAH daripada jawatan itu! Baik yang namanya Kepala Segala Pegawai dan Kakitangan Awam, atau pun Juak-Juak Kanan atau pun Soldadu-Soldadu Kanan dalam mana-mana Kementerian, Jabatan dan Agensi atau Syarikat Berkaitan Kerajaan.

Gamaknya, penyakit RACUN TIKUS sudah merebak ke dalam organisasi awam lebih dasyhat. Apabila keputusan kumpulan kecil ini boleh "deny" dan "dismiss" Standard Operating Procedure Biro Tatanegara, maknanya mereka secara automatis memberi signal bahawa Kenegaraan tidak mustahak untuk insan. Pada mereka, persetankanlah dengan perintah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Menteri yang Beramanah dalam BTN. Apakah ini BANJINGAN dan PEMIKIRAN HAPRAK yang sedang melata di kalangan Rakyat?

Apakah ada komplot yang sedang merencana JAHANAMnya sebuah TAMADUN RAKYAT RAJA yang baru bertatih 53 tahun? Apakah konspirasi ini sedang membentuk "troop" PENDUSTA NEGARA BANGSA PROFESIONAL dalam masa 10 tahun dari sekarang?

Sedarkah kalian siapa pun yang membaco "tempelak ini" bahawa jika BTN tidak anjur simposium Kenegaraan Malaysia, nescaya Tanah Melayu ini sudah lama tergadai 30 tahun dulu.

Sedarkah kalian pemegang pinjaman pelajaran dan biasiswa Kerajaan Persekutuan Malaysia, bahawa anda sedang meminjam masa cucu cicit anda?

Sedarkah kalian pegawai perubatan yang tak khatam Kenegaraan, bahawa "kalian sudah terperangkap dalam statistik" kumpulan berotak tapi tidak berakal, berakhlak tapi tidak berpekerti, berjasad tapi tiada roh, berjiwa besar tapi tiada integriti. Kalian telah berjaya dimomok oleh sandiwara beberapa kerat KUDA KEPANG dalam urusan latihan kefahaman kalian. Kasihan...biarkan...biarkan...

Sedarkah bahawa rakyat Malaysia masa depan bakal berhadapan dengan DOKTOR yang tiada zuk' terhadap tanahair TETAPI hanya berkiblatkan Duit, Kaya, Mewah dan Cabut Lari.

Inilah senario bila mano masing-masing anggap kerja integriti bukan tugas amali setiap insan, khasnya Pegawai-Pegawai Perdana Menteri, Pegawai-Pegawai Timbalan Perdana Menteri, Pegawai-Pegawai Timbalan Menteri di JPM, Pegawai-Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cukuplah sandiwara "Beraja di Mata, Bersultan di Hati". Bidalan perpatih ado berposan "Kok dijorit pokak, kok ditampar biso, kok leko merano, kok ulit merabo."

Monday, March 15, 2010

Pemikiran HAPRAK

Pak Sedaro kali ini nak nulish guna bahasa combat. Jadi kepado pembaco yang suka combat dan battle field zaman Napoleon silakan, kita tengok minyak Gamat ko atau haprak caro kalian pikir!

15 Mac 2010, 54% usul-usul di Parlimen dimaju oleh Ahli Parlimen BEBAS.

15 Mac 2010, Kenyataan Menteri di JPM tentang ikutan sunnah yang tidak JELAS, merujuk kepada kes Sudin Ajaib yang gilo kahwin dengan budak perempuan umur 10-11 tahun.

15 Mac 2009, Malaysia dicap sebagai Markas Transit Pengedar Dadah, Pengganas dan Militan serta Pusat Dagang Manusia untuk Pelacuran.

15 Mac 2008, Tengah kelam-kabut bina Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri selepas pilihanraya 08 Mac 2008.

Yang HAPRAK itu di mana?

Laporan Kemalangan Tian Chua langgar Askar Melayu di Mersing menjadi bualan awam, tapi bukan di kalangan pengikut totok PKR? Sengaja langgar atau khayal masa bawa kereta? Kereta yang membalun pula Mercedez Benz, kata orang PKR disiplin atas jalan, berhemah memandu, punya integriti, tapi sebab nak pulun memecut, maka arwah seorang Rakyat Raja.

Laporan keluar parti Zahrain, Fairus, Mohsin, Zulkifi (di buang), Cina Nibong Tebal, Radzi-Lunas dan ramai lagi, merupakan headline berita. Tengok blog budak PKR+DAP+PAS, langsung tak beri rapport pada mereka pun. Apakah mereka merancang untuk dikeluar oleh parti PKR atau ini strategi HAPRAK, pemegang kunci PKR iaitu Anwar Ibrahim?

Laporan tentang ramai kena bunuh, perogol dan ancaman bunuh hampir setiap hari.

Media elektronik dan media cetak yang hari-hari beri cerita tentang Rosmah Mansor, bini Perdana Menteri...Apa ke hal? Tak kan setiap hari nak highlight Rosmah Mansor. Dah ramai PM di Malaysia, tak pulak begitu hadap isteri-isteri PM memenuhi ruang suratkhabar dan tv. Sampaikan pesan kepada mereka, bahawa rakyat akan jelak melihat muka-muka mereka hari-hari. Rakyat hari ini punya tafsiran bahawa Parti Politik berada di keutamaan nombor 5 daripada 5 rutin survival keluarga masing-masing. Rakyat sudah hilang percaya kepada UMNO, MCA, MIC, PKR, DAP, PAS, PSM, sebagainya, bukan kerana oraganisasi tetapi kepada MANUSIA dalam organisasi. Semalam Pak Sedaro dikhabarkan oleh orang banyak di Nilai dan Balik Pulau, UMNO sedang diratah dari dalam. Macam ada kanser dalam darah UMNO.

Rakyat nampak Rosmah Mansor sebagai pemangkin kejatuhan YAB PM dan UMNO. Ini bahaya. Rakyat teliti Khairy Jamaluddin sebagai perosak keRUKUNAN UMNO dan PM serta TPM. Ini bahaya. Rakyat congak Anwar Ibrahim sebagai Pelapor Yahudi yang Menjahanam Erti Perlembagaan Persekutuan. Ini paling bahaya. Rakyat baca Lim Guan Eng sebagai Pelayar Komunisme Zaman Moden. Ini lebih bahaya.

Rakyat berkira dan menyipir, BN hanya boleh berada di Kerajaan Persekutuan. Negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan menjadi milik PAS+DAP+PKR atau mungkin BEBAS.

Rakyat sudah nampak tembelang, tembereng, dan pemikir HAPRAK dalam parti, baik BN mahu pun Pembangkang. Rakyat cerdik politik telah meningkat dari 23.8% tahun 1970 kepada 67.8% tahun 1990. Maknanya pada tahun 2012, Rakyat cerdik dan celik politik akan meningkat kepada 92.8%. Yang masih HAPRAK siapa ya?

Apakah pemikiran HAPRAK ini diwarisi oleh ahli-ahli politik?
Apakah pemikiran HAPRAK menjadi ikutan bakal-bakal calon Pilihanraya?
Apakah pemikiran HAPRAK menjadi ilmu panduan kepada penjawat awam dan pekerja politik?
Apakah pemikiran HAPRAK menjadi rujukan kepada pengikut totok dan sembrono serta fanatis-fatanis dalam parti khasnya PAS?

Dunia politik Malaysia masih rendah martabat kematangan dan demokrasi berfikir kepada topik dan isu tertentu. Dunia politik rakyat masih berada pada tahap "tengok, tunggu, ketawa, duit" dan ini akan berterusan sehingga PRU-15.

Selagi organisasi awam tidak punya kiblat tepat dalam memberi khidmat awam Kelas Pertama dan Profesional, selagi itulah alam rakyat Malaysia menjadi bahan ejekan dan tohmahan Negara-negara Maju. Kita tidak sedar bahawa KITA sedang DIKETAWAKAN.

Sunday, March 14, 2010

GELI bukan GLEE

Salam 1Malaysia kepada semua wartawan dan blogger. Pada 15 Mac 2010 bersamaan jam 2 pm di pejabat PKR Tropicana PJ, Gerakan Anti Liwat (GELI) akan melaksanakan perkara-perkara berikut:-

GELI akan menyerahkan satu surat untuk memohon berjumpa Anwar Ibrahim bagi mendapatkan kepastian berkenaan VCD bertajuk "Sandiwara Anwar".

GELI juga meminta Anwar Ibrahim membuat laporan polis berkenaan rakaman VCD tersebut.

GELI juga ingin meminta bantuan Anwar Ibrahim agar turut mendesak kerajaan bagi menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kandungan VCD tersebut.

GELI juga berhasrat untuk mempelawa Anwar Ibrahim menjadi Penasihat GELI.

Semua wartawan dan blogger di jemput hadir pada masa dan alamat seperti di atas.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Wall Facebook Gerakan Anti Liwat (GELI).

Terima kasih.

Saturday, March 13, 2010

Akan berakhirkah penguasaan Azman Hasan di N9?

Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Hasim Rusdi dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang baru.

Hasim, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasan Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri serta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan berkata Hasim menggantikan Datuk Azman Hasan ekoran peletakan jawatan Azman kerana masalah kesihatan.

"Memang saya dah lantik Datuk Hasim bagi menggantikan Datuk Azman. Perlantikan Datuk Hasim dah lama dah tapi saya tak umumkan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Negeri Sembilan kali ke-17 di sini. Mohamad juga berkata beliau turut melantik ADUN Bagan Pinang yang juga bekas Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan yang baru.

Katanya Mohd Isa menggantikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang meletak jawatan kerana kesibukan tugas di kementeriannya.

Sementara itu, Hasim yang dihubungi berkata beliau menerima surat perlantikan itu Khamis lepas.

"Saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan dan akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan parti dan rakyat," katanya. - BERNAMA.


Note: Dulu orang kato Negeri 9 ni ado 2 Menteri Bosar. Walaupun ado 2 Menteri Bosar, tapi perletakan Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri iaitu 9 orang Melayu (termasuk MB), seorang Cina dan seorang India, adalah mengikut cerminan jumlah penduduk Malaysia. Kabinet dan kerajaan negeri lain termasuk pembangkang pun, tak dapat nak ikut macam yang Mad Hasan buat. Biasanya Cina dan India mesti ramai dalam barisan Exco Negeri walaupun mereka hanya menang sedikit jumlah kerusi DUN/Parlimen.

Persoalan utama kini, adakah perlantikan Hasim Rusdi sebagai S/U Perhubungan Umno yang baru, memberi maksud bahawa sebarang keputusan Perhubungan Umno Negeri 9 selepas ini tidak akan lagi dibayangi oleh kelibat Azman Hasan? Sapo nak jawab ni ha???

MP Bebas Dalam Sejarah DR

Pak Sedaro nak ngupas sikit sebolum Dewan Rakyat bersidang mulo 15 Mac hingga 15 April ini. Dewan Rakyat kali ini mempunyai rangkaian Ahli Parlimen Bebas paling ramai dalam sejarah Malaysia iaitu 8 orang. Kepalo bosar dalam pasukan ini ialah Presiden Majlis Pemuafakatan Melayu juga Presiden PERKASA, Ibrahim Ali. Dulunya Ibrahim ini juga "champion student leader" awal 1970an hingga 1977. Dulu dia seorang Ahli Pentadbiran selaku Timbalan Menteri di JPM, maso Putrajaya baru sehari beroperasi, diolah Jaguh Tingkat 4 Blok Timur.

Dalam episod mengupas telatah Nik Aziz yang digelar Mursyidul Am PAS? Menilai rangka fikir budak Melaka di Pulau Pinang, Lim Guan Eng? Menilik gelagat CIFUT B.A.B.I yang makin lintang-pukang langkah silatnya dalam kamar di Istana Keadilan? Pak Sedaro fikir, semua retorika politik monyet-monyet politikus akan dibentang seluasnya dalam Parlimen...

Penyokong PAS+DAP+PKR sentiasa sangsi dan ada yang berani mengakui pertemuan-pertemuan mereka dengan insan tertentu, yang akhirnya menjerat hujah-hujah daif mereka. Kalian yang menyibuk dalam direktori politik, jika mahukan akses kepada drama tanyalah pada Saifuddin Nasution, Mustafa Kamil Ayub, Salahuddin Ayub, Taib Azzimuddin. Bukan dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Wan Azizah, Tengku Razaleigh.

Kalian tak sudah heboh dengan bilangan dan jumlah [kuantiti] perihal Murtad? Masjid? sebagainya...Kenapa kalian tidak persoal dan tanya:

1. Berapa banyak duit aku dalam sehari yang sanggup aku sumbang dalam tabung Surau atau Masjid?

2. Berapa ramai anak Remaja yang sesat jiwa-raga, sesat akal-budi, sesat adab-pekerti dan sesat fizikal yang sudah aku perbaiki dan bantu pulihkan?

3. Berapa kali dalam sehari yang aku berfikir, Alangkah baiknya jika aku kaya-raya, maka:

Boleh aku bina lebih banyak sudut ilmu?
Boleh aku biaya pasukan My-Dakwah?
Boleh aku tarbiyah anak Tamil dan anak Thiong Hua, anak Serani, anak Benggali tentang ISLAM dan hidup dalam komuniti Malaysia berasaskan Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan?

4. Bilakan boleh aku BERKORBAN untuk kepentingan roh Agama Islam? Boleh aku laksana tugasan JIHAD EKONOMI kepada ramai Miskin Bandar dan Miskin Tegar Desa?

5. Sudah beranikah untuk aku TEGUR wakil rakyat, pegawai kerajaan, pegawai bank, pegawai polis atau orang-orang yang MAKAN RASUAH?

6. Sampai bilakah Rakyat Raja menjadi BACUL di Tanahair sendiri, hanya berani berkokok dalam kain dan kelambu putih?

Ini semua bahang dan bahana yang dilempias kepada Umat Melayu khasnya Orang Islam di Malaysia. Insan yang masih belum Islam sedang meraba-raba mencari TONGKAT AMANAH DAN KUASA RAKYAT RAJA. Hari ini, Perdana Menteri Malaysia Keenam semasa berucap di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran parti dan NGO sahabat Cina khasnya Usahawan-Usahawan Keturunan Cina, melahirkan kenyataan "Please HELP the government and increase your investment in the country...nevetheless you are sustaining your investment aboard..."

Kenyataan MINTA TOLONG tidak boleh lahir daripada seorang PM. Pak Sedaro baco ucapan-ucapan Perdana Menteri baik daripada Negara Mana sekalipun...tidak akan TERJUIH daripada mulut mereka istilah "TOLONGLAH TAMBAH PELABURAN ANDA DALAM NEGARA..."

Banyak kaedah penyampaian yang lebih HALUS, TAJAM dan SPIRITUAL sifatnya seperti "To honor your patriotism, I believe it is BEST for you to increase your investment into domestic market"...atau apa sahaja pendekatan, untuk TIUP JIWA DAN ROH nasionalisme, patriotisme, keuntungan bersama, rasa syukur dan terima kasih, rasa terhutang budi kerana jasa negara ini kepada usahawan berjaya, rasa terima kasih kepada Tuhan kerana kurniaan Malaysia yang jauh daripada malapetaka sebagainya...

Secara tersirat, Pak Sedaro fikir Perdana Menteri, DS Najib mesti arif untuk tahu keperluan perkataan TOLONG ini, kerana Press dan Media "pick-up" statement tersebut yang menunjuk DAIF DAN PARIAnya Rakyat Raja..., Jika yang berucap itu Ali bin Ahmad, orang tidak ambil peduli.

Apakah relevannya 8 Ahli Parlimen Bebas ini nanti? Sebarang kata-kata yang dihambur dalam Dewan Rakyat akan digazet dalam Hansard Parlimen. Percaya pembaco budiman, Hansard Parlimen jika di amati secara halus akan memperlihat swadaya kepemimpinan Negara. Ia juga merupakan senjata fikir kepada insan yang bijak memberi tafsiran tepat dan kupasan peluang. Banyak pewartaan yang dinyata dalam hansard yang masih belum dimanfaat oleh Ahli Parlimen kepada Rakyat. Hakikatnya, Rakyat atau Pengundi tidak tahu kepentingan Hansard. Ada juga Ahli Parlimen yang tidak mahir mengeksploitasi kepentingan, keperluan dan kehendak Hansard. Pengkisahan tragedi besar banyak dihujah, dibahas dan didebat dan semua ternukil dalam hansard. Kepada kelompok penyelidik Parlimentary Yahudi, mereka mengguna Hansard satu-satu negara untuk menyelam, menilai keutuhan dan ketegaran komitmen setiap orang Ahli Dewan.

Pak Sedaro, harap lebih ramai Ahli Parlimen sedar bahawa pintu bala sedang menunggu di depan mata. Alam Melayu semakin dihimpit oleh kefakiran dan kekafiran politik yang MENJAHANAM jiwa, watak dan identiti Rakyat Raja. Ramai pembaco yang tidak tahu politik dalam istilah "underwear-politic". Yang sibuk komentar dalam PM ialah manusia-manusia suku masak dalam mengenali POLITIC, POLITIC dan POLITIC. Akhirnya manusia Anwar Ibrahim yang dapat tambah vaksinasi KELENTONG DAN LAKU untuk hadaman kumpulan suku-suku masak ini.

Dalam UMNO pun, manusia-manusia suku masak ramai. Mereka daif untuk kenal makna RAKYAT RAJA, RAKYAT RAJA dan RAKYAT RAJA. Kerana mereka khayal dalam operasi lengah minda yang dicipta oleh Yahudi melalui DAP+PKR+PAS.

Kita sudah kena berhujah dan berbahas tentang PRU ke-14 dan selepas 2020. Bukan sentiasa senang diri melebar punggung atas kerusi empuk, untuk menanti seorang Tua yang datang dari Gunung.

Friday, March 12, 2010

APO NAMO EH NI???

1. Bilo Mufti Perak komen pok Nik tontang perpaduan orang Melayu, dio dongan copek melatah bahawa Mufti tu adolah agen Umno.

2. Agak eh kojo perpaduan adolah kojo orang politik yor dan Mufti hanyo bulih buek kojo Mufti sajo. Ikut akal pembangkang, nak masuk politik hanyo buleh pilih Pas sajo (mako sesapo yang tahu lagi bijak pandai, silolah senaraikan apo kojo Mufti ni).

3. Pehtu pok Nik cakap lobih sonang bodakwah ngan Dap dan Pkr daripada bepadu dengan orang Umno. Jadi, kek sini atok nak tanyo sikitlah;

a. Selamo duo tahun bor "adik" bor "abang" ngan Dap ni, agak eh berapo orang ahli Dap yang dah di Islamkan?
b. Berapo buah mesjid yang Dap dah bino?
c. Berapo orang Pas yang telah ditajo kek Dap untuk ko mokah?

Mungkin pokaro-pokaro berikut adalah hasil dakwah Pas yang telah bojayo diayatkan kopada Dap:

a. Bejayo mengembalikan arak yang di rampeh kek Shah Alam dulu.
b. Bejayo mendirikan kuil di tongah-tongah masyarakat Melayu.
c. Bejayo menyokong herald tribune menggunakan nama ALLAH
d. Bejayo membiarkan Zulkifli Nordin terkuntang kanting sorang diri mempertahankan prinsip ISLAMnya.
e. Bejayo membiarkan Lim Guan Enggak menyusun atur kalendar dan protokol perayaan Islam (agak eh lopeh tu dibiarkan limguaneng mengeluarkan fatwa bahawa orang Islam hanya dibenarkan semayang jemaat 2 kali sebulan).
f. Bejayo mendirikan patong Buddha lobih tinggi daripada menara mesjid kek Kelantan.
g. Bejayo memeluk Lim Kit Siang Ikan walaupun Dap ponah bosumpah suruh langkah mayat eh dulu sebolum mendirikan Negara Islam.

Pikirla pakai kepalo otak, bukan eh kepalo lutut!

Wednesday, March 10, 2010

KAHWIN EMPAT

A rich king had four wives...

He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to the finest of delicacies. He gave her nothing but the best.

He also loved the 3rd wife very much and was always showing her off to neighboring kingdoms. However, he feared that one day she would leave him for another.

He also loved his 2nd wife. She was his confidante and was always kind, considerate and patient with him. Whenever the King faced a problem, he could confide in her to help him get through the difficult times.

The King's 1st wife was a very loyal partner and had made great contributions in maintaining his wealth and kingdom. However, he did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.

One day, the King fell ill and he knew his time was short. He thought of his luxurious life and pondered, "I now have 4 wives with me, but when I die, I'll be all alone."

Thus, he asked the 4th wife, "I have loved you the most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"

"No way!" replied the 4th wife and she walked away without another word.

Her answer cut like a sharp knife right into his heart.

The sad King then asked the 3rd wife, "I have loved you all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?"

"No!" replied the 3rd wife. "Life is too good! When you die, I'm going to remarry!"

His heart sank and turned cold.

He then asked the 2nd wife, "I have always turned to you for help and you've always been there for me. When I die, will you follow me and keep me company?"

"I'm sorry, I can't help you out this time!" replied the 2nd wife. "At the very most, I can only send you to your grave."

Her answer came like a bolt of thunder and the King was devastated.

Then a voice called out:
"I'll leave with you and follow you no matter where you go." The King looked up and there was his first wife. She was so skinny, she suffered from malnutrition. Greatly grieved, the King said, "I should have taken much better care of you when I had the chance!"

In Truth, we all have 4 wives in our lives ...

Our 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it'll leave us when we die.

Our 3rd wife is our possessions, status and wealth. When we die, it will all go to others.

Our 2nd wife is our family and friends. No matter how much they have been there for us, the furthest they can stay by us is up to the grave.

And our 1st wife is our Soul, often neglected in pursuit of wealth, power and pleasures of the ego. However, our Soul is the only thing that will follow us wherever we go.

Tuesday, March 9, 2010

Racists?

As reported in Sin Chew Jit Poh on the 2nd March, the deputy editor Tay Ting Yan critized the Majlis Permuafakatan Melayu (MPM) noble gathering. Tay said that the Malays are like the Caucasian in America and the Chinese in Malaysia are like the Red Indians. Please, Mr Tay, correct your statement. Who are controlling the economy in this country? Who are the richest man in Malaysia? In fact, only one Malay is in the top ten of the richest man in Malaysia. The Chinese do get their vernacular schools. The Red Indians are not even given the privileges to attend to their own mother tongue classes in the education system in the United States. What about the Suqui's request that are so ridiculous. They wanted so many things that I do wonder whether they appreciate the Malays noble and kind move in giving them the nationality based on the jus soli principle.

Mr Tay, if the Malays are so racist your newspaper will not even be given the permit to operate. Well, I do think that this is a new agenda and a planned move by certain quarters to demand more for the Chinese in this country. Stop being a kiasu or you may as well be omitted from getting the Perkara 14 in the Federal Constitution, The Nationality!

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive