Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, February 28, 2011

PAS KALAH pun tiada kena mengena dengan ISLAM..

Pengundi DUN Tenang dah buat keputusan memilih Wakil Rakyat dari parti Barisan Nasional. Kemenangan calon BN di Tenang itu sebenarnya lebih awal di'hidu' oleh "Normala Penganggur" dengan menghantar isyarat kepada penyokongnya sebelum hari mengundi kononnya keputusan PRK Tenang adalah 'Kemenangan Tertunda Pas'.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa kemenangan BN dalam PRK Merlimau dan Kerdau adalah 'Kemenangan Yang Pasti'. Di bawah adalah carta peratusan pengundi yang bakal mengundi di PRK Merlimau dan Kerdau.


Berdasarkan carta, apa yang ingin saya paparkan di sini, walaupun berkemungkinan BN kehilangan 25% pengundi, dan Pas pula bakal menambah jumlah pengundi sebanyak 15% di kedua kawasan PRK; namun kemenangan mutlak di Merlimau dan Kerdau tetap akan memihak kepada calon BN. Jika diberi kelebihan dengan penambahan 35% undi sekalipun, Pas tetap akan kalah di kedua-dua PRK.

Kepada bakal pengundi DUN Merlimau dan DUN Kerdau, PRK ini adalah untuk memilih wakil rakyat yang boleh bekerjasama dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri masing-masing. Jika Pas yang dipilih sekalipun, pasti kerjasama itu tidak akan terjalin kerana kedua-dua negeri ditadbir oleh BN, sedangkan kita sendiri maklum bahawa Pas sejak dulu memang sengaja mencari permusuhan dengan BN.

Penyokong pembangkang perlu disedarkan bahawa PRK kali ini bukannya untuk membentuk kerajaan baru, kerana menang atau kalahnya BN, kuasa pentadbiran negeri tetap tidak akan terjejas. Mungkin akan beri impak dari segi moral, tapi ia tidaklah boleh dibanggakan sangat. Justeru janganlah juak-juak Pas cuba menghasut penduduk tempatan untuk mengalahkan BN, kerana akhirnya rakyat tempatan juga yang akan merana disebabkan wakil rakyat dikalangan Pas pasti terpinggir dari arus pemerintahan BN di Pahang atau Melaka.

Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Tenang membuktikan bahawa kesucian ISLAM tidak pernah tercemar walaupun Pas kalah di situ kerana kekalahan Pas tiada kena mengena dengan agama. Sebaliknya Pas yang mengelirukan rakyat dengan mengatakan 'mengundi Pas bererti mengundi ISLAM' tetapi hakikatnya hanyalah 'ISLE'. Pas sebagai parti warisan British pasti akan berterusan mengelirukan umat Islam di negara ini kerana itulah yang dihasratkan British.

Terimalah hakikat walaupun Pas kalah pilihanraya, namun ISLAM tidak pernah kalah kerana yang kalah hanyalah parti dan bukannya agama.

Kepada pengundi di DUN Merlimau dan DUN Kerdau, "Selamat Mengundi BN".

3 comments:

  1. kalaulah piliharaya dijalankan secara adil tanpa menyalahgunakan kuasa serta jentera kerajaan bn/umno apco telah lama terkubor tanpa batu nisan.memang telah di jangkakan sesuatu perjuangan yang berlandaskan islam akan menerima kepahitan dalam perjuangan itu sendiri,inilah dugaan allah swt bagi mereka yang beriman untok mendaulatkan islam itu memerintah bukan diperintah.

    ReplyDelete
  2. Memang tak da kena mengena tapi yang membezakan adalah wadah perjuangan seseorang dalam Islam.

    Anak2 muda dalam PAS tak minta upah dalam berjuang untuk memberi kemenangan pada parti mereka. Begitu jua dalam apa2 rencana sekalipun semua turun dengan semangat juang yang tinggi demi ugama dan masyarakat.

    Berbanding dengan orang UMNO tak kira tua maupun muda tanpa upah dah lama UMNO berkubur.

    Sekurang2nya mati orang PAS ada hubungkaitnya membawa bekalan dalam Islam.

    Mati dalam UMNO?? Pangkat, timbunan harta dan gelaran bukan tujuan untuk kita hidup dalam ugama Islam.

    ReplyDelete
  3. Best broad daylight! We requirement to offer you huge importance tablets at the lowest prices! http://www.mypharmacyforyou.com/

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive