Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, February 18, 2011

Wahai Melayu...kita WAJIB tahu!

Statistik Suruhanjaya Pilihanraya sehingga 27 Disember 2010, jumlah daftar pemilih di Malaysia adalah seramai 11,532,876 orang.

Daripada jumlah tersebut, pecahannya ialah 5,956,459 (51.65%) jumlah pemilih Melayu, 3,571,995 (30.97%) jumlah pemilih Cina dan 839,700 (7.28%) jumlah pemilih India.

540,086 (4.68%) adalah jumlah pemilih bumiputra Sabah, 472,628 (4.10%) jumlah bumiputra Sarawak, 57,453 (0.50%) jumlah pemilih Orang Asli dan 94,555 (0.82%) lain-lain kaum.

Setakat hari ini, DAP melalui Penolong Pendaftar Sementara (PPS) mendahului dari segi jumlah pendaftaran pengundi baru berbanding parti-parti lain. Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih?

Analisis Pengundi Melayu

1. Jumlah daftar pemilih Melayu sehingga 27 Disember 2010 adalah seramai 5,956,459 pengundi, hanya lebih sedikit separuh iaitu 51.65% daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Malaysia.

2. Dan seperti kita sedia maklum bahawa pengundi Melayu telah berpecah kepada 4 pihak iaitu pengundi yang menyokong UMNO, pengundi yang menyokong Pas, pengundi yang menyokong PKR dan pengundi Melayu atas pagar.

3. Justeru jika jumlah pengundi berdaftar Melayu dibahagikan kepada 4 secara sama rata, maka setiap pihak akan terbahagi kepada 1,489,115 pengundi.

4. Senario perpecahan di atas adalah realiti politik Melayu hari ini dan menjadikan Melayu bukan lagi kuasa majoriti dalam menjamin kesinambungan kuasa politik Melayu di Malaysia.

5. Apabila Melayu berpecah kepada 4 kelompok, maka kaum-kaum lain yang asalnya minoriti akan berubah menjadi dominan.

6. Melayu wajib sedar, apabila melibatkan kepentingan kaum Cina, maka setiap parti Cina dan kaumnya pasti akan bersatu. Jumlah daftar pemilih Cina seramai 3,571,995 (30.97%) dengan mudahnya menjadi kuasa majoriti dan penentu kuasa di negara ini, hanya kerana pengundi Melayu berpecah belah.

7. Seperti yang pernah kami nyatakan sebelum ini, PRU-13 bukan medan untuk Melayu mencuba-cuba. Perpecahan Melayu inilah yang menyebabkan hari ini 'mereka' semakin berani berbuat perkara yang mengguris hati Melayu yang tidak pernah berlaku semenjak selepas peristiwa 13 Mei 1969. Keceluparan dan kurang ajar 'mereka' semakin melampau dengan adanya segelintir Melayu yang berterusan mempertahan, malah sampai ada yang sanggup mati demi 'mereka'.

8. Perpecahan Melayu menyebabkan 'mereka' semakin galak mempermainkan BN yang diterajui oleh Melayu, dan BN pula 'terpaksa' akur dengan pelbagai tuntutan walaupun undi di setiap PRK tetap tidak diberikan kepada BN.

9. Selagi parti Melayu tiada mandat yang besar di Dewan Rakyat, maka selagi itulah 'permainan' yang hanya menguntungkan kaum-kaum lain ini akan berterusan.

10. Adakah Melayu masih tidak sedar konspirasi politik kaum tahap tertinggi ini?

Pesan Aminudin Baki, "Janganlah nanti bangsaku menjadi seperti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan."

18 comments:

  1. Dibawah UMNO sekarang Melayu sudah mula lapar.

    ReplyDelete
  2. jadi dibawah DAP melayu boleh kenyang la ?

    ReplyDelete
  3. Yg pecahkan Melayu ialah Melayu sendiri.

    ReplyDelete
  4. kesedaran daftar pemilih dikalangan anak muda melayu sangat rendah jika nak dibandingkan dengan anak muda cina. kena giatkan usaha sedarkan anak anak dan kaum keluarga kita agar cepat daftar pemilih.

    ReplyDelete
  5. jika pembangkang pun yang perintah malaysia, melayu akan lagi teruk ditekan cina. pas hanya boneka dap. pas dah lari dr perjuangan asal. pkr pulak bakal hancur dan bertambah teruk. apa nak jadi la bangsa melayu ni.

    along jaafar

    ReplyDelete
  6. Melayu jadi lemah sbb ada orang yg tak mahu turun kerusi hingga sanggup mencipta cerita yg tak masuk di akal. Hari ini Allah taala maha kuasa epul ada 10 DNA lelaki dibadannya. Ini lah yang menyebabkan hingga Melayu berpecah 3.

    ReplyDelete
  7. orang bincang pasal perpaduan melayu dan niat terselindung kaum cino, hompuk bangkit kisah saiful apo citor poik? bangang sangat ko hompuk? rendah bonar minda pikir kau. itu masalah peribadi aljub dan saiful biar dio setel sendiri. masalah peribadi nak disabitkan rakyat nampak na bungko. nuar meliwat atau tak xdo kono mengono dgn ekonomi mahupun kesejahteraan hidup rakyat.

    ReplyDelete
  8. Kalu ikut cara tu, buat apalah UMNO bagi kerusi kat MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain.Bertanding dengan calon UMNO sajalah. Lain-lain parti tak perlu.Bukan boleh percaya ka?
    Hang nak suruh semua orang undi calun Melayu tak kira parti apa kan?

    ReplyDelete
  9. umno ja yg relevan. pas sejak 1955 tak pernah sampai separuh pun tanding jumlah kerusi parlimen. mcamana nak perintah negara lagu tu kalo majoriti mudah pun pas tak boleh capai? kalo pas menang semua kerusi yg depa tanding pun masih tak cukup nak tubuh kerajaan persekutuan. nak xnak pas terpaksa gabung pkr dan dap. tp pkr keling ja ramai. gabung dgn dap plak, dap jadi parti dominan dalam pakatan. pas jadi pencacai depa sampai ke sudah. baik menangkan semua kerusi umno. kurang2 bila umno menang semua 117 kerusi, dan pastinya lebih separuh drpd 222 kerusi parlimen, mesti umno kuat utk tubuh kerajaan. tanpa parti lain pun umno (melayu) tunggal masih boleh perintah negara jika diberi menang semua kerusi yg depa tanding kerana majoriti mudah. maka parti lain terpaksa tunduk pada umno dan semestinya tunduk pada melayu masa tu. melayu kena kembali kuat seperti sebelum 1999 dimana kaum-kaum lain tak berani nak naik kepala.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  10. Kah kah mangkuk la kau ni...

    Kalau betul betul sokong Melayu apasal tak bagi royalti kat Kelantan dan jangan bertanding dengan PAS la...

    Mangkuk tandas UMNgOk ni

    Aki Lebai

    ReplyDelete
  11. Wlpn aku tak berapa paham apa yg aki lebai ni maksudkan, tp siapa dulu yg lawan siapa? Siapa yg yg kluar umno utk lwn umno? Siapa yg tubuhkan cawangan di kwsn umno yg lebih dulu tubuhkan cawangan? Bukti jelas bahawa pas mmg sengaja pecah belahkan melayu dgn melawan umno. Toksah bg alasan sbb islam la. Kalo betul perjuangkan islam sgt, gi la perang dgn israel. Pegi la bantu org palestin. Cakap saja la semuanya sebab kuasa. Propa je lebih parti ajaran sesat.

    ReplyDelete
  12. OK, anak saya serta geng2 dia baru saja lepas kolej..

    Minggu depan saya bawa mereka turun daftar diri...

    Tambah 30orang Melayu lagi OK..

    Tkasih keran memberi peringatan..

    Makcik

    ReplyDelete
  13. Bagi kat hangpa Melayu sam-sam semua pakat buat komision, bingai punya melayu dari kapalterbang, submarine hingga ke PKFZ melayu jadi ikan tongsan mengketedarah nombor wahid. Kalu tak caya tanya sama zakaria deros. Cakap berdegar2 berjuang utk melayu. Pengerusi minyak masih duduk, anak ada syarikat petrolium.

    ReplyDelete
  14. Orang bincang tentang perpaduan rakyat Msia gedoyok bincang tentang perpaduan Melayu. Melayu dah bersatu padu sehingga ada manusia mencipta fitnah. Melayu boleh bersatu jika kamu berselisih dalam sesuatu, kembalilah kepada sunnah dan Alquran. Yang menjadi masalah org umno tak faham atau buat2 tak faham dgn Alquran dan Al Sunnah hinggakan Mahaguru umno mempertikaikan keupayaan ulamak hadis spt Bukhori berupaya mengingati berpuloh2 ribu hadis. Ada juga haprak yg tak tahu tentang kestabilan masyarakat akan menyebabkan kestabilan ekonomi negara. Kesian tahap minda umnongok yg sekian lama taktahu niat sebenar cino dan asyik mengingatkan hero porno sikafir Zimmi. Pueek. Ado otak fikirlah sikit otak ekau dah gedoyak agaknya.

    ReplyDelete
  15. Nostalgia nampak sitem tombak kunun2 melayu umno kuat sgt. Den takut dia jadi serupa Johari Abdul Ghani ketua bah, Titiwangsa yg mulanya berkokok awal tak perlu sokongan cino dan india. Sekali kena gerpak oleh hero sitamil samy dan hero siporno, terus mengaku salah diatas kenyataannya. Podah dey! kalau dah umnongok tu jadilah spt ketua pemuda Auw! dah berapa kali hunus keris selepas itu mintak ampun. Sekali koling menyinga umno menikus kes interlok. Lawak botui lah oii Tem. UMNO nak monang 117kerusi? baiklah bagi kerusi pd PAS dan ISlam dapat memerintah. spt kata TGNA PAS boleh bubar jika umno ambil islam sebagai dasar. Tem2 ekau dah jadi phobia tahap gaban.

    ReplyDelete
  16. hompuk hang jwb soalan mudah saja la. kenapa sejak 55 hingga la ni pas tak pernah tanding lebih separuh jumlah kerusi parlimen? jwb tang tu dulu. ikhlas kah pas nak perintah negara sedangkan tak pernah tanding kerusi untuk capai majoriti mudah? hang jawab la tu dulu no. hang pi tanya pemimpin pas depa betui ka nak perintah negara ni tapi tanding kerusi sikit saja atau depa sebenarnya mmg niat nak kacau pecah belahkan melayu. jelas depa tipu rakyat selama ni konon boleh memerintah, tp bertanding tak pernah cukup kerusi. tak payah konar baring isu lain ya hompuk. jawab tang ni saja.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  17. bodoh punye melayu so racist...fuck to u..belacan.. - CINA MARAH

    ReplyDelete
  18. Betul, jawab pasal tu dulu, kalau sunggoh nak buat kerajaan Islam, kenapa tak tanding semua kerusi. Hah sekarang dah dapat kerusi lebih kat Selangor kenapa tak mintak jadi M.B.
    barulah boleh tunjukkan kemampuan PAS.
    Mengabihkan boreh lah PAS ni.....

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive