Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, February 11, 2011

Masihkah kau ingat...

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." - A-li 'Imraan, ayat 159.

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri." - A-li 'Imraan, ayat 160.



Kronologi Kerajaan Perpaduan 2009

5 Jun Presiden PAS, Abdul Hadi dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menyelesaikan masalah negara.

5 Jun Calon Timbalan Presiden, Husam Musa berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu dan melihat ia tidak sesuai dilaksanakan.

6 Jun Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menegaskan bahawa kesediaan untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO merupakan keputusan yang dibuat oleh parti dan bukannya beliau sebagai individu. Mengenai idea kerajaan perpaduan beliau menjelaskan, ia membabitkan soal perbincangan tentang isu yang boleh memberikan kebaikan kepada negara.

Abdul Hadi memaklumkan bahawa konsep kerajaan perpaduan diiktiraf dan diterima oleh DAP dan PKR. ‘Namun dalam reaksi segera mereka, DAP dan PKR menafikan perkara tersebut. Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali menyangkal dakwaan Pas bahawa PKR menyokong pembentukan kerajaan perpaduan. ”Pada masa yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menyangkal dakwaan Abdul Hadi bahawa parti berkenaan positif mengenai kerajaan perpaduan.

7 Jun Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan membincangkan cadangan kerajaan perpaduan dengan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Presiden akan datang.

7 Jun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan keterbukaan UMNO terhadap konsep kerajaan perpaduan hasil idea Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin adalah bukti bahawa kerajaan tidak pernah menutup ruang untuk sebarang jalinan kerjasama dengan mana-mana pihak.

8 Jun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang nyata tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senang hati terhadap isu kerajaan perpaduan. Malah dilaporkan juga bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka telah menafikan kenyataan Presiden Pas yang mengatakan ada memberi penjelasan kepada pimpinan pakatan pembangkang mengenainya. Kemarahan Guan Eng terluah sendiri dengan anggapan ke atas Hadi sebagai orang kuat beragama bukan saja perlu menjawab pada DAP dan pakatan pembangkang tetapi juga pada Tuhan. Guan Eng berkata PAS tidak memberitahu apa-apa kepada mereka mengenai hal itu.

9 Jun Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO. Menurutnya, isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan sebelum ini bukan dasar Pas sebaliknya dikemukakan oleh ahli dan ia diperhalusi di peringkat jawatankuasa parti itu.

9 Jun Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Mustapha Ali telah meminta semua pimpinan PAS dan pakatan pembangkang berhenti bercakap mengenai hal kerajaan perpaduan. Katanya perbincangan untuk tujuan itu tidak relevan buat masa ini.

10 Jun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO. Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang. Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

11 Jun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’. Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.

11 Jun Idea kerajaan campuran masih kabur, malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berdolak-dalik sewaktu mengulas mengenainya. Walaupun diasak, Abdul Hadi berkata, beliau akan membuat penjelasan sekiranya ditanya oleh ahli parti dan kepimpinan pakatan pembangkang.

12 Jun Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO. Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cadangan untuk berunding dengan UMNO adalah satu pelanggaran secara nyata terhadap kejujuran kerjasama dalam pakatan pembangkang.

14 Jun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya merupakan nasihat awal. Namun beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai ‘ilham’ UMNO.

16 Jun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam komen terbarunya menegaskan beliau melihat PAS ikhlas dengan cadangan itu perpaduan dan UMNO tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh membawa kepada kebaikan negara.

16 Jun Timbalan Presiden PAS, Nashruddin Mat Isa pula ketika mengulas penegasan Najib tersebut menyifatkan ia kenyataan satu langkah ke hadapan.

16 Jun Anwar Ibrahim menegaskan bahawa PKR bersedia berbincang dengan Perdana Menteri dalam isu lain tetapi bukannya soal kerajaan perpaduan.

17 Jun Datuk Nik Aziz yang bantah habis bincang perpaduan dengan UMNO minta Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa keluar PAS dan masuk UMNO.

17 Jun Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar kata Presidennya ada kebijaksanaan selesaikan isu kerajaan perpaduan tetapi enggan ulas kenyataan Nik Aziz suruh Nasharudin keluar parti.

17 Jun Menteri Besar Kedah, Azizan Razak kata tidak wajar Nik Aziz buat kenyataan melulu minta Nasharudin letak jawatan.

18 Jun Seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS Khamis telah menandatangani satu kenyataan menolak sebarang perbincangan dengan UMNO . Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri menegaskan pakatan pembangkang yang ada sekarang adalah kerajaan perpaduan dan tidak perlu cari yang lain.

18 Jun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bayangkan tidak akan campur rundingan perpaduan kerana anggap ia adalah inisiatif PAS dan bukannya pakatan pembangkang.

20 Jun Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali kata PAS tidak berminat untuk berbincang dengan UMNO berkaitan perpaduan buat masa ini.

20 Jun Kenyataan berbeza, Lim Kit Siang kata beliau tidak menentang UMNO-PAS berbincang tetapi persoalkan apa tujuan dua parti Melayu duduk semeja?

21 Jun Nik Aziz kata beliau sedia ampun UMNO jika UMNO meminta maaf kerana ‘tikam belakang’ PAS dulu (PAS terpecat dengan sendirinya daripada anggota BN kerana enggan menyokong BN di persidangan Dewan Rakyat).

21 Jun Nik Aziz ulang pendirian menentang kerajaan perpaduan kerana ia tidak dibawa menerusi saluran yang betul.

22 Jun Anwar Ibrahim maklumkan bahawa pakatan pembangkang yang selesai bermesyuarat memutuskan tolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN. Anwar kata idea perpaduan tersebut adalah fitnah dan tohmahan jahat UMNO yang terdesak.

22 Jun Presiden PAS, Hadi Awang kata jika ada perbincangan dengan kerajaan iaitu BN/UMNO ia hanya akan membabitkan isu nasional dan PAS patut diberi hak berbincang. Hadi salahkan UMNO dengan mengatakan bahawa cara UMNO bicarakan soal perpaduan seolah-olah untuk gunakan PAS dan bawa PAS tinggalkan pakatan campuran.

22 Jun Kenyataan bersama, semua parti dalam pakatan campuran ulangi komitmen untuk terus bersama perkasakan pakatan campuran bagi bentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

22 Jun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terima keputusan pemimpin pembangkang tolak runding perpaduan dan katanya BN hanya sahut cadangan PAS sahaja.

22 Jun Nik Aziz tarik balik semua kenyataan terhadap Nasharudin selepas bersemuka dan ulangi keputusan pakatan campuran tolak kerajaan perpaduan.


p/s: Orang lain yang bagi cadangan...UMNO pulak yang kena tuduh. Ish...ish...ish! Go figure!.

1 comment:

  1. 5 jun...husam kate kerajaan perpaduan tak menguntungkan parti..atau tak menguntungkan islam? dia nie penganut ape?

    ReplyDelete

Blog Archive