1. Secara keseluruhannya, jawapan Che Det kepada Nik Aziz dalam blognya sangat mantap dan kami yakin Nik Aziz tidak akan mampu membalasnya. Jika Nik Aziz ingin mencuba sekalipun, pasti jawapan beliau akan di puSinghkan sehingga orang lupa kepada persoalan pokok. Itulah kemahiran juak-juak pembangkang apabila mereka tidak mampu menjawab sesuatu isu, maka akan dialihkan tumpuan rakyat kepada isu lain serta mula menyerang peribadi lawan.
2. Namun ada sebaris ayat yang menggusarkan kami dalam jawapan Che Det itu. Setelah kami baca berulang kali, cuba menganalisa sama ada Che Det cuba menyindir atau menguji sepertimana kebiasaannya, tetapi akhirnya kami mengalah dan berkeputusan untuk menyiarkan keraguan kami.
3. Che Det dalam "Jawapan Kepada Nik Aziz" ada menyentuh berkenaan Masjid Dhirar dalam perkara 45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar?
4. Rasanya ramai sedia maklum akan sifat munafik Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah s.a.w. Abdullah bin Ubay bin Salul mengaku Islam, tetapi sentiasa berusaha memecahbelahkan kesatuan umat Islam daripada dalam. Dalam perang Uhud, golongan munafik yang diketuai Abdullah bin Ubay seramai 300 orang telah berpaling tadah dan menolak menyertai peperangan tersebut dengan alasan ia bukanlah masalah mereka. Abdullah bin Ubay juga sentiasa menghasut orang ramai agar tidak berkerjasama dengan Rasulullah s.a.w.
5. Menurut Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), setelah perbincangan, Jawatankuasa Fatwa berpendapat;
Pengertian Masjid Dhirar
Dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir, Masjid Dhirar ialah masjid yang didirikan dengan tujuan memusuhi orang-orang Islam, dan memudharatkan perkembangan Agama Islam, memudharatkan umatnya, membahayakan Dakwah Islamiah sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 107.
Mereka yang menjadikan masjid untuk membahayakan, untuk menunjukkan kekufuran, untuk memecah-belahkan antara orang-orang Mukmin, untuk menjadi tempat mengintip bagi mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya sebelum itu, mereka bersumpah kami bertujuan baik sedangkan Allah mengingatkan mereka berdusta. Firman Allah لا تقم فية ابدا ... الخ.
Ulasan Jawatankuasa
Berdasarkan kepada huraian di atas, maka mana-mana tempat ibadah yang didirikan dengan maksud-maksud atau salah satu maksud itu, adalah termasuk dalam hukum Masjid Dhirar dan bertentangan dengan matlamat ajaran Islam, supaya umat Islam berkenal mesra di antara satu sama lain, berbaik-baik, bersatu padu dan saling bantu membantu. Oleh sebab itu membina masjid baru di tempat yang telah sedia ada masjid dan pembinaan itu adalah suatu amalan yang bercanggah dengan matlamat ajaran Islam, dan masjid itu adalah termasuk di bawah hukum Masjid Dhirar. Pembinaan masjid tidak dikira sebagai suatu amalan kebajikan yang diterima di sisi Allah kecuali ianya dilakukan untuk keperluan para ahli jemaah dan bukan bagi tujuan memecahbelahkan para jemaah.
Di dalam hal ini para Fuqaha' telah menyarankan pendapat-pendapat mereka di dalam kitab-kitab Fekah tentang hukum berbilang Jumaat di dalam satu mukim atau satu daerah, dan mana-mana tempat yang memerlukan berbilang-bilang Jumaat adalah terlebih dahulu diperlukan mendapat keizinan pemerintah (Ulul Amri) kerana pada dasarnya setiap daerah atau mukim seboleh-bolehnya mestilah mempunyai satu tempat sahaja untuk didrikan Jumaat.
Pendapat Jawatankuasa
Atas konsep Dhirar maka mana-mana masjid atau tempat ibadah yang difikirkan boleh membawa berpecah-belah umat Islam serta fitnah, adalah wajar dirobohkan sebagaimana Rasulullah s.a.w merobohkan Masjid Dhirar yang telah didirikan bagi menyaingi Masjid Qaba' di masa hayat baginda.
6. Semoga dengan penjelasan ini, Che Det dan pengurusan Chedetblog akan lebih berhati-hati dan merujuk kepada pihak yang berkenaan sebelum sesuatu perkara itu disebut atau ditulis.
7. Janganlah kita menjadi seperti Nik Aziz dan juaknya yang meroyan mentafsir Al-Quran dan Al-Hadith sesuka hati serta sering menyalahgunakan masjid untuk mencetuskan perpecahan di kalangan ummah.
8. Pinjam ayat dinturtle, Islam tidak akan mati tanpa Pas. Wallahualam.

Munkin ada maksud lain nya..
ReplyDeleteBro..pendapat aku..itu sindiran Che Det tu..masjid skangkan dipolitikkan samapi Islam pecah belah. Anyway, good job bro kerana mengkaji dan menyampaikan. God bless!
ReplyDeleteAbdullah bin Ubay itulah Dr Mahathir di zaman moden ini. Bercakap pasal kesatuan Melayu tetapi dia sendiri sangat banyak yang boleh dopersoalkan kewibawaannya.
ReplyDeleteBerbohong seperti Dr Mahathir itulah cara Abdullah bin Ubay di zaman rasullallah dahulu.
Sekarang kita panggil Mahathir itu Abdullah ubay Malaysia moden.
Maaf paneh miang. asyik mengampuaje kau ni.
Julita
Abdullah bih Ubay lebih sesuai untuk Nik Ajis sebab menolak kesatuan Islam dan menggalakkan perpecahan umat Islam sejak 1978 dulu lg. Tak payah la anon julita ni nak putar belit. Ramai dah tau dan sedar perangai munafik Nik Aziz yg sentiasa putar belit.
ReplyDeleteMaksud Tun adalah dalam ayat seterusnya...
ReplyDeleteMaksudnya,
PAS seolah menganggap Tun / UMNO / Kerajaan seperti Abdullah Bin Ubai - Bina Masjid dan sekolah ugama tapi tidak ada jasa atau purpose kepada Islam - kalau dirobohkan pun tak apa...
Tapi bila ditarik balik, kutuk pula. Kalau UMNO dah tak ada jasa pada Islam kenapa bising?
Maksudnya, PAS ni hipokrit...
Get it??
45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?
ReplyDelete46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?
Hanya Tun sahaja tahu apa yang beliau maksudkan sebenarnya...
Tun sepatutnya menulis
ReplyDelete"Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar?
Kena buang perkataan TIDAK. Barulah tiada yang keliru dan lebih sesuai dengan keterangan ayat selanjutnya dalam point itu.
org PAS mana leh jawab...dlm kepala hanya pk nak meroyan tp tetap nak mentekedarah duit kerajaan...biaso laaa PAS...tp Parti Kencing Rakyat lagi teruk...siap ditalanya pungkok rakyat...gila haru...makhluk kurniaan tuhan tu manusia ke hapa?bukan ke manusia dijadikan berpasangan laki & pompuan bukannya laki sama laki...aparaaaaa
ReplyDeletebro paneh, dalam umno pun ada abdullah bin ubai. antaranya khairy jamaluddin. kalu dalam dunia blogger nama dia aspan alias.
ReplyDeletejika pm menulis kritik pemimpin umno dan bn, hompuk n d geng akan senyap menikus. tgklah apabila pm mengkritik pula pemimpin pembangkang terutamanya aljuburi, pasti hompuk n d geng akan buat kecoh di blog ni. itupun salah satu spesis abdullah bin ubay juga tu.
ReplyDelete-tom tem bak-
kakakaka. good one tem. can't wait to see how's hompuk d gayman dance after this.
ReplyDeleteAku ingat makhluk yg.bernama tom tem bak terkenan jubor.
ReplyDeleteSetiap komen mesti ada jubor.
Kat anggota saiful terdapat banyak terdapat DNA (sperma jantan). mungkin termasuk DNA tom tertembak kot? gang bang
handa mamat ateh ni. org lain takut disamokan dongan si ketuo munafik abdullah ubay. tapi dio torang2 ngaku diri guno nick ketuo munafik. musuh rasulullah dan musuh umat islam yg nyato. inilah contoh pengikut nuar karipap. yg lain dah nampak lum camno ngoman pengikut nuar ni? samo yo munafik cam bos eh. agaknyo dollah ubay tu pun dio jadikan idola.
ReplyDeleteAllah saja yang maha mengetahui...
ReplyDeleteTu pasai lebih 50tahun, PAS dan DAP dengan sendiri tak ada secebis kuasa yang diberi rakyat. Anwar pun sama, Allah tidak memberi laluan mudah untuk DSAI untuk menjadi Perdana Menteri.
Saya percaya dalam apa saja, Allah yang menentukan..
Hamba Allah
kalau dah kaki ampu, IQ pun dah memang rendah, apa lagi nak diharapkan. apa yang pemimpin cakap semuanya benar belaka, kalau senget pun cuba-cuba pusing supaya nampak benar. tak kiralah penyokong sebelah manapun, melayu tetap melayu, layu sampai kiamat.
ReplyDeleteanon 9.28am. org yg mengatakan org lain rendah IQ atau dgn bahasa mudahnya bodoh, insyaAllah takdir itu akan diterbalikkan semula kepadanya atau keturunannya. lgpun islam menggalakkan hormat sesama makhluk kerana setiap sesuatu yg diciptakan Allah pasti ada kelebihan. awak pun spesis rendah IQ?
ReplyDelete