Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, February 24, 2011

Serius beb...

1. Kita seolah tidak peduli akan tsunami kewangan global yang berkait rapat dengan situasi yang berlaku di Timur Tengah ketika ini. Amaran penganalisis ekonomi dan kewangan yang telah meramalkan sejak 2008 bahawa krisis kewangan dunia akan bertambah buruk, seakan tidak penting kepada kita. Apa yang lebih mereka (pembangkang) sibukkan ialah 'berdoa' agar Malaysia terikut jejak langkah negara-negara timur tengah yang sedang bergolak.

2. Mungkin kita tidak sedar bahawa krisis kewangan yang melanda dunia adalah berkait dengan perbelanjaan peperangan ke atas negara Iraq, Afghanistan, Palestin, Sudan sebelum ini. Terbaru demostrasi yang melanda negara-negara timur tengah juga bakal mencetus polemik kewangan bagi negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan kebanyakan negara Asia Barat yang sedang bergolak. Krisis kewangan ini telah dirancang dengan begitu teliti oleh para elit kewangan global yang merupakan sebahagian agenda 'Pesta Perang' yang bakal berlaku.

3. This is a global war – a global financial war. One cannot detach the wars in Iraq and Afghanistan from this financial crisis. War is the racket.

4. . Kita sedang menyaksikan permulaan kepada pengakhiran Empayar Anglo-American Zionist.

5. Apabila sesebuah empayar akan sampai ke penghujung riwayat, maka keadaan akan menjadi lebih bahaya kerana mereka sedaya upaya akan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk melambatkan saat kejatuhan mereka. Penggunaan kuasa ketenteraan atau dictatorships kini tumbuh bak cendawan di seluruh dunia terutama di negara-negara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.

6. Beberapa negara akhir-akhir ini seolah-olah sedang bersedia untuk menghadapi peperangan. Rusia dan China kini seakan diancam dan kedua negara ini telah bertindak meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka. Rusia juga telah mengeluarkan amaran kepada Amerika agar tidak cuba bertindak sebarangan kerana mereka tidak akan teragak-agak untuk melancarkan senjata nuklear.


7. Kapal perang China sedang dalam keadaan bersedia berhadapan dengan aircraft carrier USS Kitty Hawk yang berlabuh di sepanjang selat yang memisahkan Taiwan dengan Tanah Besar China. NATO yang berada dalam keadaan kelam kabut dan kurang stabil di Balkans, khususnya Kosovo, turut memberi ancaman kepada Rusia. Israel pula sedang hebat melakukan provokasi di Timur Tengah sehingga mencetuskan 'pemberontakan domino' di Tunisia, Algeria, Mesir, Yaman, Bahrain dan yang terbaru Libya; demi memastikan petroleum di bawah kekuasaan mereka.

8. Krisis kewangan dunia yang berlaku kini bolehlah dikatakan War of Currencies. Penguasaan dollar semakin lemah. Petro-dollar kini bukan lagi simbol kekayaan sesebuah negara.

9. Rizab Antarabangsa Bank Negara setakat 14 Februari 2011 yang terdiri daripada mata wang dollar (US$99 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$600 juta), Pengeluaran Khas (SDR) US$2.1 bilion, emas (US$1.6 bilion) dan aset-aset rizab lain (US$6.3 bilion); pasti tidak akan memberi sebarang makna pada ekonomi semasa. Rizab dalam matawang Pound Sterling dan Euro yang sebelum ini dianggap sebagai alternatif juga berada dalam keadaan yang tidak stabil. Namun berbeza dengan Russian Ruble dan Chinese Yuan yang kelihatan semakin kukuh di pasaran dunia serta dianggap sebagai ancaman oleh Amerika Syarikat kepada status global dollar yang sebelum ini merupakan rujukan The Global Reserve Currency.

10. Perang nilai matawang antara USD, Ruble dan Yuan ini kelihatan sejajar dengan 'hot wars' yang dijangka akan berlaku oleh ramai penganalisis ekonomi dan politik dunia. Dipercayai bahawa Zionist Anglo-American War Party sudah tiada pilihan melainkan terpaksa menganjurkan peperangan to protect power, intimidate and if need be conquer and occupy any country resisting the dollar hegemony.

11. Inilah pengakhiran kepada 'game' mereka selama ini. Mereka beranggapan sekiranya empayar Zionist Anglo-American tidak berjaya mengekalkan pengaruh dollar bermakna itulah saat kehancuran bagi mereka. Zionist Anglo-American pasti tidak akan berputus asa terhadap kejatuhan ekonomi dan pengaruh dollar.

12. We must prepare for the coming global wars. Please tell your fellow citizens to expose this perfidy and start organizing resistance.

4 comments:

  1. Jelas terbukti rakyat Malaysia tak suka ambil tahu benda serius macam ni. Yang mereka suka cerita gossip adun perupuk, adun selinsing, rosmah, najib, mat jubur bla..bla..bla. Mentaliti rakyat Malaysia jadi begitu kerana negara ni begitu aman selama ni. Itupun ramai tak mahu bersyukur dgn kenikmatan yg Allah kurniakan kepada kita selama ini. Korang must try harder to remind people yg masih tidur lena. Mereka ni bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak sedar.

    ReplyDelete
  2. BNM must dump the dollar ASAP.

    ReplyDelete
  3. PANEH...PANEH...SAMPAI BILA LA KAU NAK FAHAM YANG CERITA BAB EKONOMI NI BORING. NAK NAK STORY ALA 24 OR THE BARN. CERITA POLITIK LA BEST. SENANG NAK KUMPUL DOSA.

    ReplyDelete
  4. High-profile cases expose the unprofessional professionals

    ReplyDelete

Blog Archive