Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, February 3, 2011

Are you ready to fight for your kind?

1. Perlukah kami ucap "Selamat Tahun Baru Cina"? Kami persoalkan kerana semasa perayaan umat Islam di negara ini, hampir tiada di blog, twitter, mahupun di FB kaum Cina yang mengucapkan secara umum "Selamat Hari Raya" kepada masyarakat Melayu di negara ini. Should we return the favor?

2. Sempena Tahun Arnab ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk berkisah perihal kaum Cina yang telah diberi ehsan menjadi warganegara atas prinsip Jus Soli oleh bangsa Melayu sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

3. Walaupun si Raja Porno Chua Soi Lek kebelakangan ini macam orang gila meroyan meminta itu dan ini daripada kerajaan untuk kaum Cina, dan Najib pula sanggup mengguris hati Melayu berkali-kali dengan menunaikan pelbagai permintaan melampau kaum Cina; namun undi Cina tetap tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

4. Berdasarkan pengalaman, pemerhatian, pergaulan dan sedikit ilmu bersama rakan-rakan kaum Cina, kami ingin membentangkan analisis ringkas mengenai budaya politik semasa masyarakat Cina di negara ini.

5. Kaum Cina di Malaysia bolehlah dibahagikan kepada 3 kelompok utama, iaitu kumpulan perniagaan, kumpulan pendidikan dan kumpulan agama.

6. Sejak dahulu, kumpulan perniagaan Cina akan sentiasa berpihak kepada kerajaan disebabkan mereka telah mengecapi banyak manfaat dan kesenangan di bawah teraju BN. Kumpulan perniagaan ini yang ramainya adalah ahli MCA, kemudiannya semakin berkembang dan menjadi entiti yang sangat berpengaruh sehinggakan MCA dianggap oleh masyarakat bawahan Cina sebagai sebuah parti elit yang sukar didekati. Dan apabila penyakit elit MCA itu turut berjangkit kepada Gerakan, ia bertambah menyukarkan BN untuk menarik semula sokongan daripada kaum Cina. Walaubagaimanapun, kami menjangkakan trend sokongan kumpulan perniagaan Cina tidak akan berubah dan tetap akan menyokong BN di PRU-13 kelak.

7. Seterusnya kumpulan pendidikan yang banyak menerima 'derma ikhlas' Najib di setiap PRK akhir-akhir ini. Walau sebanyak mana pun wang dilambakkan Najib kepada kumpulan ini, mereka tidak pernah hairan dan peduli. Sekolah vernakular milik mereka sentiasa mendapat tajaan berjuta ringgit daripada kumpulan perniagaan Cina, dan dana tambahan yang diberikan Najib dianggap sebagai bonus atau rezeki terpijak yang membuktikan paloinya Najib sehingga terpaksa menjilat kaum Cina. Berbeza dengan sekolah kebangsaan yang bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan dengan bajet yang semakin sedikit kerana dipotong disebabkan 'kilauan PERMATA yang dah lama hilang'; sekolah kebangsaan dilihat semakin terdesak untuk bersaing dengan sekolah vernakular yang semakin gah dengan dua sumber pendapatan iaitu melalui tajaan pihak swasta dan juga dana kerajaan. Kerana itulah agaknya ada sekolah vernakular di Seremban ini mampu mendermakan mesin hemodialisis untuk kegunaan masyarakat secara percuma, membuktikan betawa mewahnya sekolah vernakular yang kini telah menjadi kebanggaan Najib.

8. Kumpulan ketiga ialah kumpulan agama Cina yang sebelum ini tampak memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BN. Namun apabila Pas menjadi bertambah liberal dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku dan nafsu penuh' sejak bersahabat dengan DAP; ditambah pula dengan ideologi pluralisme tajaan PKR, maka kumpulan agama Cina ini telah berpaling tadah menyokong pembangkang. Kumpulan ini tidak lagi melihat Pas sebagai ekstrimis Islam yang boleh mengancam kedudukan agama mereka, tetapi kini menganggap Pas tidak lebih daripada boneka yang boleh mereka peralatkan. Dijangkakan sokongan kumpulan agama Cina ini akan kekal menjadi milik pembangkang selagi sikap liberal Pas dan pluralisme PKR dikekalkan.


9. Sebahagian besar kaum Cina hidup dalam mitos bahawa mereka tidak akan mampu mengekalkan kekayaan dan kejayaan melebihi 3 generasi. Kebanyakan kaum Cina percaya mereka akan mula 'jatuh' sebaik saja generasi ke-4 dilahirkan. Atas kepercayaan inilah maka kaum Cina mula mencari peluang serta merancang agenda bagi memastikan 'kemewahan' itu kekal menjadi milik mereka, kerana jika dihitung, sejak kaum Cina berhijrah ke Tanah Melayu sehinggalah ke hari ini, mereka kini sudah mula memasuki fasa generasi ke-4.

10. Sebelum PRU-12, kaum Cina beranggapan mereka sudah tiada harapan untuk menguasai negara ini. UMNO yang mendominasi Barisan Nasional kelihatan sukar digugat oleh kaum lain dan mereka akhirnya pasrah serta mengakui hakikat bahawa negara ini akan selamanya dikuasai oleh bangsa Melayu. Namun selepas PRU-12, revolusi yang berlaku dalam kancah politik tanahair telah dilihat sebagai peluang oleh kaum Cina, bukan saja untuk keluar daripada kemelut mitos generasi ke-4, bahkan senario politik semasa dianggap sebagai batu loncatan oleh kaum Cina untuk menguasai negara ini sepertimana sahabat mereka di Singapura. Perpecahan bangsa Melayu kepada 4 iaitu Melayu yang menyokong UMNO, Melayu yang menyokong PKR, Melayu yang menyokong Pas, serta Melayu atas pagar, telah dijadikan sandaran oleh kaum Cina bagi menguasai pentadbiran negara.

11. DAP kini dianggap sebagai harapan baru kaum Cina untuk memenuhi aspirasi tersirat mereka. Kebijaksanaan DAP dalam mengawal rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, telah dijadikan pemangkin bagi kaum Cina untuk merealisasikan agenda kekuasaan yang telah terpendam sejak sekian lama. Impian yang dahulunya dianggap mustahil oleh kaum Cina, kini dilihat semakin mudah dengan sokongan Melayu dalam Pas dan PKR. Mereka tidak peduli pihak mana yang akan menjadi teraju pemerintahan negara, asalkan kuasa sebenar berada di tangan mereka. Tambahan pula segala rahsia Anwar sudah berada dalam genggaman DAP, dan Nik Aziz pula sentiasa tunduk kepada mereka, maka kaum Cina tidak lagi gusar untuk meneruskan agenda sulit tanpa dirancang.

12. Justeru, sudah tiba masanya BN menguji kredibiliti calon MCA dan Gerakan dengan meletakkan mereka bertanding di kawasan majoriti kaum Cina di PRU-13 kelak, sementelah sekian lama calon dari kedua-dua parti itu telah diselamatkan di kawasan majoriti Melayu. Ada 45 kawasan parlimen majoriti Cina di negara ini yang boleh dijadikan medan oleh pemimpin MCA dan Gerakan bagi membuktikan bahawa mereka bukanlah liabiliti kepada BN. Kawasan majoriti Melayu yang selama ini diberikan UMNO kepada MCA dan Gerakan dalam pilihanraya, perlu diambil semula oleh kepimpinan UMNO bagi memastikan majoriti di dewan rakyat kekal dikuasai oleh bangsa Melayu selepas PRU-13. Lagipun trend sokongan Melayu hari ini kelihatan telah kembali kepada UMNO.

13. Pilihanraya akan datang bukan medan untuk bangsa Melayu mencuba-cuba. Andai PRU-13 perlu dijadikan 'battle of the races'.....just let it be.

9 comments:

  1. Analisa oleh seorong yang selalu hidupnya takut kepada bayang-bayang dan rekaan sendiri. Spin, la seberapa banyak kerana rakyat telah cerdik, le.
    Kau bila nak dewasa, ye? Pi la duduk kat hutan seorang. Kampung pun tak layak sebab karang orang-orang kampung pun dah bijak.
    Yang mungkin sokong hang mungkin orang-orang tua yang dah nyanyuk.

    ReplyDelete
  2. serupa si mamak kutty...

    makin tua, makin bodoh.

    ReplyDelete
  3. no 1 tu aku setuju tak perlu ucap selamat tahun baru cina kerana secara dasarnya islam adalah agama persekutuan dan tidak disebut dlm perlembagaan mengenai agama lain, apatah lagi perkataan cina. jadi baguslah jika perayaan agama atau kaum selain islam tidak dirai di negara ini jika perlembagaan dijadikan panduan.

    keduanya mca skrg dah senada dgn dap dan gerakan skrg mcm tggu nak mati saja x boleh digantung harap. tp mmg parti2 cina ni akan senada jika ia melibatkan kepentingan kaum mereka. beza dgn melayu yg selalu tdk senada wlpn isu itu ke tahap melibatkan kepentingan Islam sendiri. pecah belah parti melayu dalam perjuangkan perkara yang melibatkan kepentingan bangsa melayu, amat mengecewakan.

    aku rasa paneh dah buat satu analisis yang bagus dan artikel ini wajib dibaca oleh semua org melayu yang sayangkan agama dan bangsanya.

    pedulikan komen sekerat dua seperti di atas kerana mereka hanya suara individu dan minoriti yg tak mencerminkan orang melayu keseluruhannya. asas hujah pun mereka tiada utk menyangkal apa yg paneh tulis kecuali tau hentam dan kutuk. mmg aku setuju org melayu dah bijak dan mereka juga faham apa yg cina cuba lakukan di negara ini sejak akhir2 ni.

    org melayu wajib buka mata dan minda, aku yakin ramai melayu di luar sana tidak sebodoh pengkomen 2 ekor di atas ni.

    jika berterusan cina menekan melayu, maka org melayu tiada jalan lain kecuali bersatu.

    ReplyDelete
  4. tang najib guris hati melayu tu den setuju. apo ko bangang na najib duo tigo monjak ni nak ngikut sgt pe'el cino. elok elok melayu dah mulo yakin kek umno sobab tau pas dan pkr tak bulih harap, najib lak iyo nak suap kek mulut pemakan babi. wei najib ekau bebaik sikit. sok kok melayu dah meluat kau boleh berambus ikut jejak tundol. bukan tak bulih nak bagi cino, tp org melayu kono dapek 3 kali gando sobab jumlah melayu lobih 3 gando berbanding cino. pemimpin umno sumo posan kat najib tu. jangan sampai org melayu naik angin sok umno kok tejorang pru13.

    ReplyDelete
  5. Bagus letak calon cina di kawasan cina kita tenguk bagaimana mereka sokong Dap atau sebaliknya.Testing 1.2.3 baru tau musang atau jembalang.Oh melayu jangan lah layu sebelum berkembang.Tuhan beri Lima pacaindera pakai otak la jangan pakai lutut.setakat sokong menjadi pak turut baik pergi masjid jangan masuk poltik.menang kampung tergadai.bodoh punya melayu

    ReplyDelete
  6. i'm always ready paneh.

    sebab jika melayu berpecah, dap kenyang, singapure senang.

    siapa berkiblatkan singapore? = pork nik.

    ini agenda pap yg berdendam sejak dulu dgn melayu. proksi dap di sini hampir melaksanakan cita2 pap.

    maka wajarkah melayu bagi dap dan pap berjaya?

    ReplyDelete
  7. antara najib dan muhyiddin, tpm itu lebih bijak dari bosnya. najib ni jenis tak pikir panjang. dia faham atau tidak aspirasi bapanya tun razak? kena kuda jelah kau najib. akhirnya senasib dgn paklah, menjadi kemarahan orang melayu.

    ReplyDelete
  8. Aku sokong paneh rasanya sependirian dgn ketua bahagian titiwangsa johari abdul ghani. Kalu kawasan cino bg MCA kawasan india bg MIC. Aku paneh betul bila umno dikatakan sujud terma paria dlm isu interlok dan hero porno memperlekehkan islam tiada nilai. Apola nak jd ngan kita UMNO terpaksa sujud setiap kali digertak dan terus berputus arang dgn sesama melayu demi rakan sedacing kita.

    ReplyDelete
  9. shuhaimi shafei akan didakwa. Wa tabik NAMAWEE terlepas. Wa heran NAMAWEE special kes ka atau sekali lg UMNO kita tersembam sujud. Dengar khabarnya Perkasa telah istihar perang dgn NAMAWEE dan tertewas. Hai dunia2.

    ReplyDelete

Blog Archive