Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, March 13, 2011

AGENDA 100 TAHUN MELAYU

Syabas Majlis Perundingan Melayu dengan kehadiran 400 insan berketurunan Melayu mengikut paksi Artikel 160(2), di tambah dengan semangat jiwa seorang mubaligh Ridhuan Tee seorang Cina yang sama seperti "Sulaiman Aroom" dengan terbinanya Masjid Kampung Hulu 1720, telah memberi rencah dan penyedap kepada ACUAN 100 TAHUN UMAT MELAYU.

Legasi ilmu YM Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang dipusakai secara bersanad hingga di gelar Pemegang Kursi Seumur Hidup Al-Ghazalli, telah dibawa dan dibentang oleh protege' teknoktarnya iaitu Dr. Ghazali Mohd Nor. Ghaz, anak Melayu yang disemai dan dibaja secara holistik di IDB Jeddah, kini kembali mewakaq ilmu di tanahair Bumi Melayu.

Pak Sedaro terdetik untuk berkongsi kerana diberi amanah khusus oleh Pusat Kelahiran Sains dan Teknologi Melayu melalui pengajian di MRSM. Pak Sedaro berfikir bahawa sambutan dan OBOR Hak Istimewa Melayu 153 dan Hak Istimewa Pribumi 161A, sedang dibela oleh TERAJU dan Majlis Perundingan Melayu.

Prof. Kamaruddin Kachar, Dato' Dahan, Dato' Salleh Majid, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Idris Jusoh, Awang Adek Hussin, Ismee Ismail, Husin Salleh, Syed Aidi, Tan Sri FD Mansor, Dato' Dr. Ghazali Md Nor, ramai lagi yang hadir berkongsi ilmu dan keresahan dek kerana tongkat yang sudah tiada kepalanya.

Hari ini, umat Melayu WAJIB berfikir "out-side the BOX", "beyond Government", "beyond politic", "beyond comfort zone", "beyond NEP" untuk memberi kesan 7 generasi Anak Melayu. Model Tamadun Bangsa yang dihidang dalam kotak minda peserta oleh Ghaz Md Nor merupakan ilham yang telah dihujah oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada 1972 di Persidangan OIC di Jeddah. Visi 1440H merupakan hadiah ilmu kepada IDB.

12 Mac 2011 bakal mencetus sejarah ilham pembangunan Bangsa Melayu Islam. Ingatlah, YAB Najib dan YAB Muhyiddin, kembalikan tampuk ilmu ke kedudukan asal dan tepat.

ISTAC perlu dikembalikan haknya sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan ILMU Tamadun ISLAM, dan dipulangkan tongkat dan obor ilmu kepada Naquib Al-Attas.

TERAJU iaitu Unit Peneraju Agenda Bumiputera di bawah pantau YAB PM, ditempat di JPM merupakan mekanisme dan gelanggang penyelesai masalah umat Melayu khasnya dalam sektoral pembangunan kekayaan ekonomi.

YAYASAN IQRA yang diwujud oleh Majlis Perundingan Melayu diselia oleh Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera wajib menjadi wasilah dan wahana strategik dengan gerakan bil-hikmah dan evolusi pendidikan dan kekayaan ekonomi.

DANA WAKAF KEBANGSAAN NEGARA yang dicanang untuk dijayakan, amat CANTIK dengan penglibatan setiap batang tubuh Melayu, khususnya insan-insan Melayu yang menikmati keistimewaan 153, baik daripada tempurung MCKK, MRSM, SHAH, STAR, SDAR, SMSains, TKC, GEORGIAN etc. dapat menyumbang RM100.00 seorang. Maka, hari ini RM1 billion diperolehi untuk tujuan ummat Melayu.

Hari ini, dikhabar KULIM sedang dijaja oleh anak Cina. Jika terjual Kulim Bhd, maka, tergadai Sindora Berhad, KFC. Maka, pegangan Melayu sebanyak RM19.2 billion akan tergadai kepada kelompok ultra-kiasu yang dipercayai dalangnya Chua Soi Lek!? Apa ini?

Ingatlah bahawa 153 itu terpelihara dan memelihara. Wahai umat Melayu, Raja Arif Raja Ali ambil perhatian, Tuan sedang memacu KUDA LAJU.

2 comments:

  1. bro,gua suka lu punya cadangan untuk mengutip rm100 seorang bg setiap anak melayu yang telah berjaya dan belajar di Sekolah Asrama Penuh. Ini gua ingat lu kena war-warkan agar ianya menjadi realiti dan kita akan mampu menjana kekuatan melayu sejagat khususnya di tanah melayu ini. Bagi seluruh orang Melayu mereka perlulah pertahankan KFC yang telah diperjuangkan oleh Ali Hashim dan sekarang adalah masa kita untuk mempertahankannya kerana majoriti pelanggan KFC ialah orang melayu Islam. Moga perjuangan ini diberkati allah

    ReplyDelete
  2. pasal kutip duit ni bro lu curi idea kawan gua si paneh ka? wa macam pernah dengar la cdgn dan celita dia ini mcm bbp tahun lama dulu. malah team kami dah lama buat itu mcm bro. paneh lu plak kena tulis your story version. wa rasa lu punya idea lagi menarik dari cicit kamat.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete

Blog Archive