Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, March 9, 2011

Nik Aziz akhirnya mengaku...

17 faktor kemenangan Barisan Nasional di bawah payung dewata raya, United Malays National Organisation:

1. Calon yang dihidang kepada rakyat khasnya pengundi merupakan calon-calon muda yang winnable.

2. Calon BN ialah anak tempatan dan dikenali dan dihormati.

3. Calon ini adalah kalangan calon terbaik daripada senarai yang ada, bersih daripada rekod jenayah komersil, jenayah berat, jenayah ringan. Bersih daripada skandal perempuan sundal dan persundalan wanita. Mempunyai keluarga yang berjenis daripada jenis-jenis yang disayangi dan dikasihi oleh awam.

4. Calon Kerdau dan Merlimau merupakan sampel hidup yang mesti dicari oleh Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO untuk PRU-13.

5. Calon berjiwa dan berbakti kepada ummah. Calon yang kalah pun sebenarnya segan silu dengan wibawa calon UMNO yang bertanding. Calon PAS sendiri suruh pengundi UNDILAH BN, sebab mereka lebih afdhal memimpin daripada calon PAS.

6. PAS sudah berada di akhir garisan. PAS sudah tidak relevan kepada rakyat Raja.

7. PAS sedang menggali kubur tanpa nisan di Kelantan. Nik Aziz sudah mengakui 100 kesalahan yang dia lakukan, yang tidak mengizinkan dia berada sebagai Mursyidul Am PAS. Nik Aziz sudah akui bahawa dia sudah letih dan lebih suka rehat di kamar hospital serta menghabiskan masa di pinggir gunung untuk hirup udara 100% oksigen.

8. DAP merupakan elemen kejatuhan PAS.

9. PKR yang membawa wadah dan wasilah Freemasonary di Malaysia akan berpakat dengan KITA untuk mewujudkan negara Little America dan mendirikan "statue if plural liberty" di Putrajaya.

10. PKR sebagai bishop Freemason di Bumi Melayu berkahwin dengan DAP sebagai paderi besar Komunis di Wilayah Melayu sehingga melahirkan anak luar nikah iaitu "Parti Pecah Perintah". Parti Pecah Perintah ini sudah memulakan confederasi sejak 1967 yang dikenali sebagai Deklarasi Setapak.

11. UMNO sudah tidak boleh undur walau sezarah tapak. UMNO khasnya semua Ketua Bahagian mesti siap siaga dengan nama-nama calon wibawa, bersih dari najis kecil, sederhana, besar dan berat, suci daripada sifat kejantanan dan kewanitaan yang baik serta berhemah. Calon mesti sudah memulakan gerakan dekati dan sayangi rakyat. Kasihi Pengundi anda, sudah bermula SEMALAM.

12. UMNO Negeri Sembilan di bawah Pengerusi Perhubungan, Dato' Mohamad Hasan mesti sudah memajukan senarai nama calon. Nama seperti Ishak Ismail, Rais Yatim, Khairy Jamaluddin, Samad Ibrahim, Hasan Malek, Ismail Lasim sudah tidak relevan. Razi Kail juga tak cocok. Mohamad Hasan kena memulakan GERAK KILAT 9 supaya UMNO berkuasa. Jika MCA meletak calon bersifat KOMUNIS, UMNO singkirkan. Jika MIC mendagang calon bersifat FREEMASON, UMNO kucilkan.

13. Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO mesti celik huruf dalam soal siapa, di mana, bagaimana, untuk apa, akses hingga ke mana? Berapa ramai pasukan kerja calon ini? Berapakah duit kerja lasak dan kerja kuat pilihanraya yang memadai?

14. Anwar Ibrahim perlu dipenjarakan dalam kandang besi atau dinafikan langsung haknya, kerana, muka tembok yang diberi oleh KDN telah dimanipulasi begitu melampau hingga terjejas Negara hari ini. Revolusi Iran, Mesir, Bahrain, Tunisia, Libya, Syria telah menjadi buah mulut dan modal politik paria PKR. Menteri Besar Selangor sudah memberi lampu hijau untuk belia Selangor tunjuk garang kepada Kerajaan. Sedarkah MB Selangor yang dikenali sebagai Khalid Gagap, bahawa semaso kau Pengerusi Majlis Universiti Utara Malaysia, kaulah manusia paling bacul dan bangang yang pernah diberi peluang jawatan Pengerusi.

15. Merlimau dan Kerdau ialah manifestasi pukulan maut yang disebar oleh media alternatif.

16. Merlimau dan Kerdau ialah fenomena alam yang memberi gambaran jika Allah takdirkan jadi, maka jadilah ia.

17. Merlimau dan Kerdau ialah ikon kemenangan yang mesti dijadikan "case study" kepada PRU-13. Pemuda UMNO yang masih bengap di bawah selia Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau yang menjadikan latihan tempatan Askar Wataniah sebagai escapism untuk lari daripada pukulan MAUT, Pak Sedaro ucapkan selamat tinggal. Pemuda UMNO perlu di tadika semula dengan ilmu pengurusan politik dan kepemimpinan. Transformasi BUKU MERAH lawan BUKU JINGGA mesti disusuli dengan tindakan penuh hikmah dan integriti.

Teruskan perjuangan wahai sekalian anak rakyat Raja. Salam 1 Melayu.

1 comment:

Blog Archive