Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, March 15, 2011

Menjawab keceluparan Chua Porno Lek

Buat kesekian kalinya ditegaskan;

1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia TIADA TERTULIS perkataan Buddha, Hindu, Kristian, Sami, Paderi, Gereja, Tokong, Kuil etc.

2. Malahan perkataan Cina, India, Sikh, Serani, Mandarin, Tamil, Urdhu, Tagalog, Hokkein etc. juga TIDAK TERCATAT dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Hanya 2 agama sahaja yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu "Islam" dan "Lain-Lain Agama".

4. Hanya 4 kaum sahaja yang tersenarai dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu "Melayu", "Bumiputra Sabah dan Sarawak", "Orang Asli" dan "Kaum-Kaum Lain".

5. Bahkan Perlembagaan Persekutuan turut menyebut secara khusus "Islam Agama Persekutuan", "Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam", "Peruntukan Persekutuan untuk Agama Islam", "Kuasa Mahkamah Syariah", "Jabatan Hal Ehwal Agama Islam", "Mufti", "Kadi Besar", "Kadi" etc.

6. Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mempunyai makna yang besar di Malaysia. Islam bermaksud Islam keseluruhannya dan bukan terhad hanya kepada 'ceremonies and rituals' sahaja.

7. Maksud kebebasan agama dalam Perkara 11 hanya pada bahagian intipati atau integral sesuatu agama seperti pakai turban adalah wajib bagi agama Sikh, manakala pakai kupiah pula tidak wajib bagi agama Islam.

8. Perkataan 'aman' yang menyentuh berkenaan agama selain Islam dalam Perkara 3 bermaksud mematuhi undang-undang tentang ketenteraman awam, keselamatan negara, kegunaan tanah, perancangan bandar/luar bandar, susun atur dan perparitan. Berdasarkan maksud ini, maka bible dalam bahasa Melayu TIDAK BOLEH diedarkan sesuka hati tok nenek korang yang bukan Islam.

9. Perkataan 'damai' pula bermaksud serasi atau selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan tidak membelakangkan atau merendahkan martabat agama Islam.

10. Kumpulan agama bukan Islam tidak boleh mengajar (give instructions) agamanya tetapi boleh mendidik (educate) kanak-kanak dalam agamanya sahaja. TETAPI kumpulan agama Islam boleh mengajar agama Islam dan kerajaan boleh menanggung perbelanjaan yang perlu (rujuk perbezaan perkataan 'educate' dan 'instruction' dalam Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan).

11. Maknanya hanya agama Islam sahaja yang diiktiraf serta boleh diajar kepada semua kaum menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, tetapi TIDAK BOLEH kepada agama selain Islam untuk menyebarkan agamanya sesuka hati menggunakan bahasa kebangsaan.

12. Kepada Chua Porno Lek serta kaum bukan pribumi di Malaysia, janganlah terlampau chauvinis sangat. Ingatlah, ada lebih 17 juta hati umat Islam di negara ini yang wajib dijaga. Jangan sok kok nyosa...

3 comments:

  1. AnakGanu

    Bukan Cina Malaysia tapi Cina MCA

    ReplyDelete
  2. apo boleh buek....

    nengok jo lah...

    orang pegang keris...nak pegang kote pun tak berani dah...

    ReplyDelete

Blog Archive