Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, March 7, 2011

memPASkan UMNO

1. Pertamanya kami nak ucap tahniah kepada jentera BN kerana menang dengan majoriti lebih besar di PRK DUN Kerdau [5,060 (majoriti 2,724) undi] dan DUN Merlimau [5,962 (majoriti 3,643) undi] berbanding keputusan PRU-12. Majoriti rakyat di kedua kawasan telah meletakkan harapan dengan memberi amanah untuk YB BN meneruskan khidmat.

2. Keduanya kami juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada team blogger mesra kerajaan yang tidak henti-henti berkempen dan membuat liputan PRK Kerdau dan Merlimau. Tiada siapa yang boleh menafikan pengaruh kumpulan blogger pro kerajaan yang sangat besar tanpa perlu dibiayai atau ditaja. Merekalah sebenarnya NADI BN hari ini. Harapnya ada MKT UMNO dan BN yang maklum dan menghargai segala pengorbanan pasukan blogger ini.

3. Seterusnya kami nak ucap takziah kepada parti (bukan agama) Pas yang dah selalu sangat kalah. Strategi menjual syurga, neraka, hudud dan negara Islam untuk meraih undi tidak lagi laku di zaman ini.

4. Tentera Islam zaman Rasulullah saw dan para sahabat dulu pun lebih banyak menang perang berbanding kalah, jadi mustahillah Pas tak sedar-sedar lagi.

5. Dah 56 tahun berlalu sejak kali pertama Pas bertanding dalam pilihanraya 1955. Cukup-cukuplah tu. Marilah bersatu padu dalam UMNO. Jika UMNO buat silap, maka tegurlah saja dalam parti itu. Umpama Imam terkhilaf dalam solat berjemaah, hanya makmum yang layak menegur kerana makmum saja yang dibenarkan menjadi pengganti Imam. Tak boleh doh orang dalam tandas di luar musalla pulak yang jerit "Subhanallah" bagi membetulkan Imam yang terkhilaf dalam solat jemaah.

6. Ikut logiknya, jika parti Pas dibubarkan dan semua bekas ahlinya menyertai UMNO, maka tidak mustahil kepimpinan UMNO suatu hari nanti mampu diPASkan. Jika semua ahli Pas yang menyertai UMNO mahu mengangkat Nik Aziz sebagai Presiden UMNO pun boleh. Ketika itu nak ubah Perlembagaan UMNO ikut kehendak Pas pun tiada siapa yang mampu menghalang.

7. Dan seandainya 'mimpi' perpaduan itu benar-benar berlaku, pastinya umat Melayu di negara ini semakin digeruni sang harbi.

8. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Surah A-li 'Imraan, Ayat 31.

3 comments:

  1. Amin! InsyaAllah swt jika terbuka QALBUN Pemimpin PAS yang kat atas tu..yang bawah Pak turut je..

    ReplyDelete
  2. ikhlas ke pemimpin pas semua tu demi penyatuan umat islam di negara ni?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  3. klu betul jadi mcm tu Pas dan UMNO bersatu, InsyaAllah aku buat kenduri kesyukuran.
    Ada satu kisah, dulu waktu perang arab Israel yg pertama.
    ada org bertanya pada ulamak arab, kenapa arab sebanyak 7 negara tidak dapat mengalahkan Israel yg cuma satu negara haram.
    jawapnya mudah aje, arab bertujuh tapi Israel bersatu.
    makna yg tersirat ialah walau pun arab dlm bilangan yg ramai tetapi mereka tidak bersatu padu, israel bersatu padu sebab itule mereka menang.
    sama mcm kita kat sini melayu masih lagi majority tapi jika tak bersatu padu, maka tak mustahil kita akn tumabang pada si harbi2 yg bersatu.

    ReplyDelete

Blog Archive