Dek penangan Soalan Bocor SPM 2010, alhamdulillah ramai anak-anak Malaysia menguasai ilmu SPM 2010. Jumlah pertambahan kelulusan dan tidak berkurang juga bilangan pelajar yang BUNGKUS TERUS.
Mungkin Soalan Bocor SPM2011 tidak berulang. Tapi percayalah, bahawa poket rakyat akan terus bocor daripada pegangan masing-masing.
Dalam kesibukan anak-anak untuk menerus cita-cita ke IPTA, IPTS, IPTS Luar Negara, IPTA Luar Negara, Kolej-Kolej Awam dan Swasta, maka, para ibu bapa penjaga, sudah mula:
1. Mencongak hari, bila nak keluarkan Dana Simpanan Insurans Pendidikan anaknya.
2. Menghitung masa, boleh dikeluarkan rezab KWSP untuk bayar penganjuran pelajaran anaknya.
3. Mengenal siapa PTPTN, MARA, Yayasan-yayasan Negeri, Pusat Zakat dan BaitulMal, Para Penaja Pendidikan Korporat seperti PETRONAS, TNB, TM, 1MDB, Sime Darby, Felda, Khazanah Nasional, MONBUSHO JEPUN dan banyak lagi.
Dalam kemaruk anak-anak selepas keputusan SPM keluar, ada lagi mak bapak yang masih lupa diri:
1. Belilah kereta dan motorsikal untuk bunuh anak mereka yang gila stereng dan merempit ibarat jalan mak-bapak dia yang bikin. Kalau mak-bapak ada anak soleh dan solehah, alhamdulillah, ke syurgalah mereka.
2. Mulalah merancang acara-acara khas meraikan anak mereka. Adalah lebih mulia, jika yang banyak gila duit, hantar anak itu ke Tanah Haram. Berikan budak itu hadiah paling mahal dalam dunia mudanya iaitu menghayati nilai hidup di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
3. Mana yang tak beduit, hantarlah setandan pisang emas atau berangan ke Masjid berdekatan masa Jumaat akan datang ini. Sebagai jariah daripada zuriat yang dijanjikan rezeki melimpah ruah kepadanya.
4. Ada yang kaya raya lagi, minta catering hantar makanan kepada rumah anak-anak yatim dan orang tua di kawasan sekitar. Taja beberapa orang anak yatim dan orang miskin untuk belajar seperti mana yang diperoleh faedah oleh anaknya.
Pak Sedaro fikir umat Melayu kena ubah konsep mencongak keputusan SPM. Daripada amatan Pak Sedaro, soalan SPM sejak tahun 2004 amat mudah kerana diulang-ulang, yang membezakan hanyalah fakta. Konsep soalan sama setiap tahun. Apakah anak-anak kita benar-benar pandai, diuji mengikut kasta ilmu? Atau sekadar menongkat masa, buat pengumuman bahawa rakyat Malaysia makin pandai?
Soalan zaman Pak Sedaro jika dikupas daripada tahun peperiksaan 1970-1995, akan ada 10 pola berbeza. Mencabar dan terasa kesusahannya. Apakah kita terus melahirkan robot manusia? Atau kita melahirkan insan berfikir, insan "thinking leader", insan "transformasi ilmu mantiq dan ilmu metafizik"?
Kementerian Pelajaran Malaysia, jadikanlah SPM sebagai mauduk penyusunan strategi sejak pelajar berumur 13 tahun. Indoktrinasi ilmu kolonial British sudah dirasai basi oleh anak-anak Malaysia. Transformasi pendidikan Malaysia mesti diberi jatidiri dan pengukuhan.
Belajarlah daripada Profesor Berilmu, bukan daripada Profesor Buta Kayu.

seharusnya sistem penilaian dan pendidikan dirombak dengan lebih bersistem supaya tidak menyusahkan pelajar. menyusahkan bukan bermaksud pelajaran itu bertambah senang tetapi supaya fokus pelajar dan halatuju mereka lebih pasti dan terjamin. seharusnya dasar pelajaran yang dibuat lebih menambahbaikkan mutu bukannya dijadikan sebagai alat kepentingan sesetengah pihak. apa yang terjadi kini sekolah telah dijadikan makmal dan pelajar sebagai 'lab rat'. natijahnya ramai yang 'survive'dan banyak juga yang 'hilang'.
ReplyDelete