Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, August 5, 2011

Alamak...camno boleh kantoi?!

1. Bagus juga apabila kes Mismah MyPR-MyKad ini dibangkitkan. Sekurang-kurangnya ramai yang ambil tahu perihal Perlembagaan Persekutuan walaupun sepanjang hidup mereka tidak pernah sekalipun membuka, apatah lagi membaca Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2. Kini sudah ada yang faham apa yang dimaksudkan mengenai Perkara 14, Perkara 15, Perkara 16 dan Perkara 19 dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah sudah ramai yang tahu mengenai kod 71 berkaitan taraf pendatang, yang sebelum ini tiada siapa pun yang mengambil berat mengenainya.

3. Sewajarnya setiap rakyat Malaysia yang cintakan negara serta mendaulatkan undang-undang, wajib menyimpan satu buku Perlembagaan Persekutuan di rumah masing-masing. Cuma RM10 saja harganya jika hendak dibandingkan dengan nilainya yang tinggi berkenaan hak rakyat Malaysia yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak 1957 hingga kini.

4. Kami tidak mahu ulas tentang kes Mismah yang hebat diperdebatkan sama ada di media massa mahupun maya. Walaupun timbul persoalan bagaimana akhir-akhir ini maklumat sulit kerajaan dengan mudahnya bocor kepada pembangkang? Adakah kerana begitu ramai trojan horse dalam kerajaan yang menyebabkan kerajaan hari ini begitu fragile yang memungkinkan negara terdedah kepada ancaman keselamatan? Itu dah jadi cerita lain yang mungkin akan kami kupas pada masa hadapan.

5. Apa yang ingin kami sentuh adalah berkenaan senario yang berlaku dalam negara hari ini yang telah sekian lama dipengaruhi oleh manusia pendatang seperti Mismah.

6. Gaya hidup, budaya, status ekonomi serta status quo bumiputra Malaysia semakin lama kian terhakis dan ditolak perlahan-lahan oleh kumpulan pendatang di negara ini, dan menjadi bertambah pelik apabila golongan pribumi seolah merestui dominasi pendatang secara sedar mahupun tidak.

7. Kami ingin beri contoh beberapa senario yang sering kelihatan berlaku disekeliling kita hari ini tetapi jarang diambil peduli:-

Senario 1

Orang Siam atau dikenali sebagai Patani dahulunya berhijrah ke Malaysia untuk bekerja di warung atau kedai makan milik Melayu. Hari ini ramai golongan Patani memiliki taraf penduduk tetap dan ramai juga yang memohon untuk menjadi warganegara. Sebahagian besar daripada mereka berkahwin dengan pribumi, dan kini ramai dikalangan mereka menguasai kedai atau warung makan yang bersepah di tepi jalan dikenali sebagai "Kedai Tomyam". Mereka yang asalnya merupakan golongan pekerja @ kuli, kini berubah status kepada pemilik aka tokey kedai makan.

Senario 2

Warga Indonesia asalnya berhijrah ke Malaysia untuk bekerja di sektor perindustrian, perladangan, mahupun construction. Mereka hadir beramai-ramai untuk menjadi buruh kasar terutamanya di tapak projek. Setelah mendapat kemahiran, mereka bekerja pula dengan syarikat kantraktor Melayu terutamanya pemilik lesen kelas F. Apabila perjanjian dibuat antara kontraktor Melayu dengan pelanggan, setelah pulang, kebiasaannya buruh Indonesia yang bekerja dengan kontraktor Melayu ini akan datang semula untuk berjumpa dengan pelanggan tersebut sekaligus menawarkan perjanjian dengan harga yang lebih murah; menyebabkan secara tidak langsung mereka telah menutup peluang pekerjaan majikan mereka sendiri. Hari ini ramai juga warga Indonesia yang telah mendapat taraf penduduk tetap dan memulakan perniagaan sendiri sebagai kontraktor kecil-kecilan seperti renovation kediaman, wiring, piping etc. Malah ramai dikalangan warga Indonesia yang terlibat dalam pelbagai perniagaan kecil-kecilan seperti menjual buahan, sayuran, air, burger etc. yang terdapat merata di negara ini.

Senario 3

Sangat sukar menemui restoran mamak di sekitar tahun 70an dan 80an. Jika wujud pun ketika itu, kebanyakannya hanya gerai biasa yang terdapat di bawah-bawah pokok berhampiran pejabat, mahupun stesen bas atau keretapi. Kini kedai mamak seolah macam sebuah industri. Setiap 1 kilometer radius akan kelihatan kedai mamak di mana sahaja terutamanya di kawasan bandar. Pekerja kedai mamak diimport khas dari India dan dilatih untuk bekerja. Dan kebanyakannya pula terdiri daripada pendatang India yang bukan pun beragama Islam, tetapi cukup dengan lakonan memakai kopiah dan menggantungkan ayat suci Quran di restoran, maka ramailah Melayu terpedaya yang datang berkunjung. Terdapat juga pendatang asing India ini yang berkahwin dengan penduduk tempatan yang kebanyakannya terdiri daripada minah karen, dan akhirnya mendapat taraf penduduk tetap. Apabila sudah terlatih bekerja di restoran, pendatang India ini akan membuat pinjaman (biasanya daripada Ah-Long India) untuk membuka perniagaan mereka sendiri. Akhir dapat kita saksikan bagaimana pesatnya restoran mamak ini berkembang.

Namun satu senario yang agak menyedihkan jika anda perasan, di suatu sudut di kebanyakan restoran mamak terdapat Melayu yang menjual dan membuat masakan Melayu. Sama ada mereka menyewa tapak atau memang bekerja dengan restoran mamak, ia bukanlah suatu pemandangan yang membanggakan. Gambaran sedemikian memberi makna bagaimana mamak kini mendominasi bangsa Melayu dan Melayu seolah kelihatan terpinggir hingga terpaksa bekerja di restoran milik pendatang. Tambah menyedihkan apabila Melayu juga yang paling ramai menempek di kedai mamak, sekaligus menyokong perkembangan restoran mamak.


8. Di atas adalah beberapa contoh senario yang sudah, sedang dan akan berterusan berlaku sekiranya pribumi masih tidak mengendahkan ancaman senyap yang sedang dihadapi daripada kaum pendatang. Walaupun golongan pendatang ini tidak ramai, tetapi mereka boleh jadi dominan di negara ini.

9. Hari ini ramai pendatang asing dari China dan India dibawa masuk ke negara ini untuk bekerja atau belajar. Sejak sekian lama Menteri Sumber Manusia terdiri dikalangan bukan pribumi yang 'membenarkan' kemasukan warga asing begitu berleluasa hingga menjadi ancaman pula kepada status quo pribumi Malaysia.

10. KDN tidak sewajarnya diterajui oleh PONDAN. Memberi muka kepada pendatang asing dengan sewenang-wenangnya seperti penangguhan Program Pemutihan PATI, membuktikan bahawa KDN tidak tegas dalam menangani sebarang masalah pendatang asing, apatah lagi masalah lain di bawah bidang kuasa KDN sehingga menyebabkan kerajaan sering dipandang leweh. Anda boleh saksikan bagaimana kelakuan jelek kaum pendatang ketika ingin memperbaharui permit di pejabat-pejabat Imigresen di seluruh negara.

11. Pemberian taraf penduduk tetap atau kewarganegaraan tidak boleh lagi diberikan dengan mudah. Jika perlu, Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan berdasarkan kuatkuasa undang-undang perlu dikaji dan digubal semula dengan syarat yang lebih ketat. Malah PATI ini tidak wajar dibiarkan terlalu berleluasa sehingga boleh menimbulkan kegerunan di kalangan rakyat Malaysia sendiri.

12. Jangan sampai akhirnya pribumi terpaksa merintih di bumi sendiri.

8 comments:

  1. MEMANG PONDAN PUN

    ReplyDelete
  2. boghek topik yang cubo kau bawak ni paneh. ini sudah jadi kempen kaum pribumi agar singkir an pelan2 puak pendatang ni. tak mampu hompuk nak berhujah dongan topik boghek camni. dio hanyo mampu petahan nuar dan kj jo. ko ado baco tak komen kek blog aspan yg kato konon kj sajo yg layak menerajui negaro ni ganti najib. kakaka. nak muntah den. bangang jugak si aspan dan pengikut dio tu yo. org kecewo dan tak redho qadak qadar Allah camtu la deh.

    ReplyDelete
  3. Cerita pendatang asing yang mendapat warganegara dah lama terjadi dinegara kita. Kadang-kadang terasa seperti status warganegara Malaysia suatu status yang tidak ada kelas. Rakyat asing yang terdiri dari buruh kasar,orang berpendidikan rendah dengan senangnya diberi status warganegara.Seharusnya kita mencontohi negara luar yang amat susah memberi kewarganegaraan ke orang asing. Kewarganegaraan hanya diberi kepada orang yang mempunyai kemahiran profesional yang dapat menyumbang sesuatu kepada negara atau seseorang yang mempunyai wang yang banyak dan dapat munyumbang atau melabur dinegara itu. Ini di Malaysia, kerajaan memberi kewarganegarran kepada buruh dan orang yang akan merempat disini.Bagi ikatan perkahwinan seharusnya hanya wanita asing yang berkahwin dengan lelaki malaysia saja yang boleh diberi kewarganegaraan kerana status mengikut suami.Ketegasan itu penting, jangan sampai orang memandang keputusan kerajaan sebagai sesuatu keputusan yang akan berubah mengikut situasi.Tidak perlu takut, pasti ada penangguhan.-ASP-Z-

    ReplyDelete
  4. tertarik pado senario ke-2.. perkara ini memang berlaku depan mato kito.. cumo kito tak bleh nak buek apo.. bleh dikatokan kebanyakan perniagan yang yg biaso dikuasai oleh orng melayu sekrang ni di dah beralih kpd orang indon.. dulu kito hanya nampak kat cow kit jer..

    tak prcayo tengok kt masjid india.. bleh kato separuh perniagaan kain baju termasuk yg menjual tudung dan telekung kat situ adalah milik orang indon terutama orang minang dan mamat pakistan..

    apatah lg kat wisma yakin.. yg ado kodai deen wahab jual baju melayu tu.. itu pun ramai orang minang.. dan deen wahab tu pun asal minang gak..

    itu tak masuk lagi yang jual buah nangko dan durian tepi jalan kt area kl ni.. itu semuo orang minang.. tak cayo cubo tanyo.. urang awak ko tidak.. kalau pandai kecek minang bleh dapek murah lg tu..

    dan yang meniago kodai runcit dah tentu orang acheh.. kat tompek esei tu ado tigo pintu kodai runcit orang acheh.. tak tau la macamano diorang bleh meniogo.. katanyer diorang ada kad tsunami.. kira macam pelarian tsunami la tu kut.. yg heran tsunami pun dah lama berlalu tp diorang masih tak nak blik2.. tu yg buek esei polik tu.

    ReplyDelete
  5. Cerita pendatang asing yang mendapat warganegara dah lama terjadi dinegara kita. Kadang-kadang terasa seperti status warganegara Malaysia suatu status yang tidak ada kelas. Rakyat asing yang terdiri dari buruh kasar,orang berpendidikan rendah dengan senangnya diberi status warganegara.Seharusnya kita mencontohi negara luar yang amat susah memberi kewarganegaraan ke orang asing. Kewarganegaraan hanya diberi kepada orang yang mempunyai kemahiran profesional yang dapat menyumbang sesuatu kepada negara atau seseorang yang mempunyai wang yang banyak dan dapat munyumbang atau melabur dinegara itu. Ini di Malaysia, kerajaan memberi kewarganegarran kepada buruh dan orang yang akan merempat disini.Bagi ikatan perkahwinan seharusnya hanya wanita asing yang berkahwin dengan lelaki malaysia saja yang boleh diberi kewarganegaraan kerana status mengikut suami.Bagi anak warga asing yang lahir dari perkahwinan lelaki asing dan wanita tempatan status yang seharusnya diberi adalah warganegara keturunan dan ini akan berlanjutan sehingga bila-bila.Ketegasan itu penting, jangan sampai orang memandang keputusan kerajaan sebagai sesuatu keputusan yang akan berubah mengikut situasi.Tidak perlu takut, pasti ada penangguhan. Mohon kerajaan menapis setiap permohonan dengan cekap dan adil.Jadikan lah status warganegara Malaysia sebagai satu status warganegara yang berkelas dan merupakan statu yang sangat diminati oleh orang luar.-ASP-Z-

    ReplyDelete
  6. indon kuasai jalanan. siam kuasai kodai makan. pakistan kuasai perabot dan hiasan dalaman. filipin kawin org sabah. skrg tgh tggu apa bangla dan mynmar pulak nak buat.

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan warga Paneh,

    BIASAlah Paneh, orang Melayu pribumi kan BAIK HATI belaka? Terutama dengan BANGSA LAIN Pendatang atau keturunanan Pendatang.

    Mereka tak sakit hati lihat bangsa lain pendatang atau keturuanan pendatang MERAIH hasil bumi mereka,PANTANG mereka ada JIKA sesama mereka yang kaya atau senang sikit - SIAP KAU.

    Inilah Hakikat, terpaksa kita telan. Berapa kerat antara kita yang menolak hakikat ini? Sebab itu orang Melayu semakin berpecah. Begitu ramai yang dengki dengan DS Najib. Walaupun mereka tahu hakikatnya bukan mudah menjadi Pemimpin kepada negara majmuk macam Malaysia apatah lagi orang Melayu sekarang Alhamdulillah semua bijak bijak dan handal handal belaka terutama dalam bab Agama Islam.

    Tak ramai yang peduli masalah pendatang yang menguasai ekonomi negara. Mereka sibuk mencari salah DS Najib, lepa sikit - SIAP KAU.

    Sepatutnya Membangun sebuah negara dan masyarakat adalah tanggungjawab SEMUA. Benar ada yang berfungsi sebagai Pembangkang. Tetapi kena juga sokong kerajaan dalam hal pembangunan rakyat dan Negara dan TIDAK SEMUA SALAH dan reka berbagai FITNAH.

    Tahniah Paneh utarakan isu ini..hakikatnya kita terlalu banyak cabaran dan rintangan. Sesama kita berlaga, yang untung yang 'lain' keliling kita. WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  8. mohon kopi n paste entry ini. cukup baik untuk disebar2kan

    ReplyDelete

Blog Archive