Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, October 7, 2011

Korek Duit RAKYAT

Rakyat mahu Menteri Kewangan melaras Belanjawan Rakyat a.k.a Belanjawan Kebajikan Rakyat kepada perkara yang menjamin poket 80% rakyat yang berada di paras ekonomi sederhana ke bawah. Najib kena laras;

1. Harga barang dapur seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar, asam jawa, gula, tepung, beras, susu pekat manis, bawang holland, segala manikam rempah ratus, kena diturunkan kepada 40% daripada harga pasaran semasa. Rakyat tidak peduli dengan harga tekstil, harga elektrik dan elektronik kerana bukan perlu hari-hari makan.

2. Harga bekalan makanan seperti ikan, ayam, daging, sayur, buah-buahan diturunkan harga kepada 40% daripada harga pasaran semasa.

Kerajaan terpaksa suntik RM10 billion kepada semua proses penurunan 40% harga dan fokus untuk tambahan pelaburan domestik mahu pun luar negara kepada 25%. Sasaran DDi dan FDi ialah RM50 billion (benar) sehingga Mac 2013. Maknanya KDNK berada pada kedudukan 7.6% tahun 2012.

Rakyat mahu pada 8 dan 9 Oktober apabila mereka ke pasar berbekalkan RM100, maka mereka boleh beli bekalan rangsum untuk 5 hari tanpa gusar dan ragu.

Rakyat mahu pada 8 dan 9 Oktober apabila mereka ke gedung serbaneka dan pasaraya besar dengan berbelanja RM250, mereka boleh beli stok untuk keperluan 6 orang dalam satu isirumah.

Produk keperluan bayi dan kanak-kanak (makanan & minuman) amat perlu diberi pertimbangan sebanyak 40% penurunan daripada harga pasaran semasa.

MOGA skrip Bajet 2012 akan berubah petang ini.

4 comments:

  1. Dah pulih sikit nampak eh...

    ReplyDelete
  2. mohon diiklan link ini untuk mendapat maklumat kerjaya graduan. thanks. http://kajianpengesanangraduan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. APO BONDO EH!

    PEMBENTANGAN BAJET DAH SOLOSAI WARIS!


    TAK DO PLAK NAJIB KATO PASAL BAWANG, AYAM, CILI, IKAN KOMBUNG, DAGING LOMBU, DLL..

    USAH MIMPI LAH BARANG2 NI AKAN TURUN REGE WARIS!!

    TAPI RM 232.8 BILLION TU, NAJIB NAK AMBIK KEK MANO DUIT TU?

    LAST2 INSURAN NAIK, KADAR FAEDAH NAIK, ITU NAIK INI NAIK...TAK GUNO YO!!!

    ReplyDelete
  4. Noratiqah Binti md Zawawi
    Nur Atiqah Binti Md Zawawi
    Nurul Atiqah

    ReplyDelete

Blog Archive