Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, April 12, 2008

Definisi Ketuanan Melayu Mengikut Perlembagaan Malaysia

1. Raja Melayu sebagai Ketua Negara dan Majlis Raja-Raja tidak boleh digugurkan atau diubah oleh sesiapa pun kecuali Raja-Raja sendiri melalui kata sepakat.

2. Agama Islam sebagai agama persekutuan & walaupun lain-lain agama boleh diamalkan ianya hendaklah dengan aman damai (bertafsiran tidak cuba menghakis atau mengenepikan atau mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan).

3. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sekaligus memberi dan mengekalkan identiti negara yang mempunyai sejarah ketamadunan yang telah lama beridentitikan Melayu (dan Melayu ada definisinya dalam perlembagaan Malaysia).

4. Hak istimewa Melayu di Semenanjung dan hak istimewa masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak sebagai langkah menyelamatkan tanah-tanah pribumi daripada terus dibeli oleh bukan pribumi yang akan mengakibatkan pribumi tiada tempat untuk didiami padahal sebelum kedatangan British, semua tanah adalah milik Raja-Raja Melayu dan rakyat Melayu/Pribumi menumpang tanah Raja.

6 comments:

  1. Bagus la info ni.

    ReplyDelete
  2. boleh tahu dari mana datangnya sumber info nih ye?
    infonye sahih?

    ReplyDelete
  3. yup sumber ni sahih darik angel. sila rujuk perlembagaan Malaysia. ada diterangkan detail.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah.

    sdg mencari info ttg perlembagaan. sampai ke sini jadinya.

    blog walking~

    ReplyDelete
  5. thx....
    info ini banyak membantu saya dalam subjek BM tingkatan 6 rendah

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni dah ada konsep 1 Malaysia, nampaknya seperti dah berlawanan dengan hak dan ketuanan bangsa melayu di Malaysia. Apa pendapat anda?

    ReplyDelete

Blog Archive