Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, April 18, 2008

Hadi sayangkan UMNO

MARANG 16 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas cara UMNO menyelesaikan 'masalah keluarga' dengan bertelagah secara terbuka. Abdul Hadi berkata, pertelagahan dalaman UMNO sepatutnya dibincangkan secara tertutup dan tidak dilakukan melalui media.
''Saya merasa dukacita melihat keadaan UMNO yang menyelesaikan masalah dalaman parti secara terbuka, cara yang digunakan ini keluar daripada budaya dan adat orang Melayu.
''Kalau ada masalah keluarga kita tidak membincangkannya di kedai kopi sehinggakan orang ramai mengetahui mengenainya. Ia satu perkara yang memalukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini hari ini. Beliau menasihatkan UMNO supaya mencari penyelesaian di peringkat nasional bagi memastikan mereka terus memegang tampuk pemerintahan negara.

Paneh: Mungkin jauh di sudut hati Hadi mengakui bahawa UMNO sememangnya parti yang memperjuangkan ketuanan Melayu. Beliau pasti sedar PAS skrg masih belum cukup kuat untuk memperjuangkan Melayu. Jadi beliau tentu tidak mahu parti Melayu lain yang masih berkuasa iaitu UMNO berpecah belah. Sebab itu beliau begitu perihatin ttg apa yg berlaku dalam UMNO. Nak harap PKR, majlis tertingginya pun banyak non-Malay daripada Melayu. Ontahlah. Harap2 orang Melayu akan kekal berkuasa di Malaysia selamanya.

10 comments:

  1. Gambar tu tunjuk hj hadi tidur ke atau tengah khusyuk dengar ceramah?

    ReplyDelete
  2. agaknya tengah dok berfikir...timbang2...nak kekal dalam pakatan rakyat ke....nak join UMNO perjuangkan ketuanan Melayu....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... syukur... moga-moga Hj Hadi ikhlas dalam menogur.. jangan lak ado hidden agenda, umak aih speaking lak den.. maksud eh jangan lak ado agenda politik di sebalik tu.. samo-samolah kito jago ketuanan melayu ni.. kok tak sok abih diambik orang .. kok putih mato... orang sumo tgh asyik merati an kito.. kok lopo yo, ngap dio masuk.. kok kito tinggal ngep...

    P/s
    nyanyi lagu anak kecil main api.. paham kan maksud eh...

    duduk kl tp masih jiwo negori

    ReplyDelete
  4. Lupo lak satu laie.... gambar tu bukan tongah tido tu do... tongah pikir sobab eh malam tadi dio ado mimpi naik gajah.... tu tongah berangan tu....

    P/s
    mimpi tu mainan tidur.....

    ReplyDelete
  5. Bak kato Isa Samad kok mimpi naik gajah berdiri ok la laie, kok gajah tu duduk, dah kiro bahayo tu. Duo2 presiden parti melayu kuek tido, apo la nak jadi.

    ReplyDelete
  6. Dio lotih tu! Semalam baru yo dapek kerjokan bini mudo dio! Yolah bini baru mula semayang balik. Elok dio jadi model iklan KOPI JANTAN la. Sroban tu dah kono,cumo dio kono sonyum dan tujuk tanda BAGUS

    ReplyDelete
  7. "botul tu", kato den sambil ngangguk2.

    ReplyDelete
  8. atau mgkn hadi takut jika perbincangan secara terbuka tentang masalah kepimpinan umno akan membawa kepada perletakan jawatan paklah. maka susah la demo nak menang pilihanraya lepas nih sbb pemimpin lemah BN dah letak jawatan dan rakyat kembali menyokong BN.

    ReplyDelete
  9. apo-apo pun kito doa la... mintak kek tuhan jangan UMNO ketandusan pemimpin yang elok... selagi ado UMNO kek muko bumi ni "takkan melayu hilang di dunia"

    p/s
    dato mukhriz boleh agak eh kan... (bakal ketuo pemudo UMNO Mlaysia)

    duduk kl tp masih jiwo negori...

    ReplyDelete
  10. mano tak tumpah eh kuah kalo tak ko nasik. mukhriz d best candidate so far.

    ReplyDelete

Blog Archive