Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, May 21, 2008

Agenda Asing - Part II

CIA adalah senjata yang sangat penting untuk membekalkan maklumat terperinci yang boleh mengancam survival Amerika. Jika Malaysia mempunyai SB (Unit Cawang Khas) Bukit Aman, CIA mempunyai tenaga kerja yang lebih terlatih dari segi usaha mendapatkan maklumat serta mencipta propaganda. Propaganda yang disebarkan mereka bukan sahaja halus, tapi tidak disedari oleh golongan sasar. Bahkan ‘peperangan’ yang dicipta mereka lebih kejam berbanding peperangan biasa. CIA, Mossad dan KGB mempunyai kerjasama erat dan mempunyai pelbagai rangkaian di seluruh dunia untuk mengawasi negara2 yang dilihat sebagai ancaman atau potensi ancaman kepada mereka. Mereka akan menjalankan propaganda halus untuk membolehkan kumpulan sasaran menghambakan diri kepada mereka.

Aku ingin berkongsi maklumat yang diperolehi berkenaan teknik yang digunakan oleh perisikan2 ini untuk ‘menjajah’ kumpulan sasar mereka. Teknik yang digunakan akan dikaji secara mendalam supaya sesuai dengan budaya kumpulan sasaran. Contohnya semasa Amerika mahu menguasai Filipina, mereka telah mengkaji segala adat istiadat negara itu. Kajian mereka mendapati bahawa masyarakat Filipina sangat takut kepada hantu serap darah, maka propaganda itu telah digunakan. Pada suatu masa ketika tentera Filipina sedang mengawasi serangan Amerika, seorang tentera telah dibunuh tanpa disedari oleh rakan2nya yang lain. Tentera itu kemudian dibuang darahnya dan dimasukkan kayu dilehernya sebagai tanda telah dibunuh oleh hantu berkenaan. Mengikut adat negara Filipina, kewujudan hantu hisap darah menunjukkan hantu berkenaan tidak merestui tentera itu. Lalu semangat tentera Filipina sedikit demi sedikit menjadi lemah dan seorang demi seorang telah meninggalkan pasukan tentera.

Contoh lain ialah seperti yang berlaku di Rusia. CIA melalui risikannya mengetahui rakyat negara berkenaan mempercayai astrologi (ramalan). Maka CIA mencipta ramalan itu dengan mengupah hampir kebanyakan ahli nujum negara Rusia untuk meramalkan sesuatu akan terjadi melalui beberapa siri peristiwa. Apabila satu2 ramalan itu menjadi kenyataan, maka rakyat Rusia telah mempercayainya sehingga CIA boleh membawa masyarakat kepada suatu pandangan yang dikehendakinya dan sekaligus menguasai negara berkenaan.

Malaysia turut menjadi sasaran agensi2 risikan ini untuk membolehkan masyarakat kita mengikut telunjuk mereka. Persoalannya bagaimana CIA, Mossad dan KGB melihat ciri2 rakyat negara ini? Rata2nya rakyat Malaysia terutamanya Melayu boleh berkompromi terhadap banyak perkara tetapi tidak sekali2 boleh berkompromi dalam aspek agama. Mereka sanggup berhujah bermati-matian untuk menentukan sesuatu perkara itu bidaah atau tidak. Mereka akan ‘melompat’ jika ada yang mengatakan solat subuh adalah 4 rakaat. Itulah dia orang Melayu yang menganggap soal agama bukanlah mainan. Arah aliran agama yang menjadi akidah Melayu di negara ini tidak boleh ditukar. Sensitiviti agama di negara ini amat jelas. Pemikiran yang berlainan sedikit dengan pemikiran sedia ada berkenaan agama tidak akan diterima oleh kebanyakan rakyat negara ini. Kefahaman agama secara ilmiah tidak dititik beratkan di negara ini. Agama ikut-ikutan menjadi tradisi yang sukar dipecahkan. Maka jarum agensi risikan asing untuk melemahkan bangsa Melayu yang seramai 16juta orang di Malaysia mesti melalui agama mereka.

Maka individu yang mempunyai imej warak, ketinggian moral dan agama yang tinggi akan ditonjolkan. Individu yang diwar-warkan sebagai antara 100 pemimpin terhebat dunia, Asia next future leader yang mampu berkhutbah, mengimamkan solat serta mampu menzahirkan pemikiran Hassan Al-Banna, Sayed Qutub, Syeikh Al-Ghazali dan Dr Yusof Al-Qardawi. Malah pertubuhan2 berbentuk Islam juga akan turut di ‘popular’kan peranan mereka oleh agensi risikan asing ini dalam masyarakat Melayu. Mereka tahu bahawa bangsa Melayu akan memandang tinggi kepada pemimpin dan pertubuhan yang mempunyai ciri2 Islam dan sukar untuk menidakkan sokongan terhadap mereka. Maka propaganda halus untuk menjadikan rakyat Malaysia menghambakan diri kepada barat akan menjadi lebih mudah kerana masyarakat dominannya iaitu Melayu berpecah disebabkan agama. Walaupun sebelumnya semua Melayu bersatu di bawah payung UMNO menentang penjajah dah menuntut kemerdekaan.

Persoalannya ialah siapakah pemimpin yang diperalatkan oleh CIA, Mossad dan KGB ini? Adakah pertubuhan2 seperti PAS, PKPIM, ABIM, SIS dan sebagainya turut menjadi boneka mereka? Banyak persoalan yang bermain dibenak aku ni yang menuntut jawapan yang sahih. Diharapkan ada insan yang dapat membantu aku merungkai persoalan2 ini. Nantikan yang lebih menarik dalam artikel Agenda Asing seterusnya.

Suspicion is one of the best defences.

p/s: Teringat dulu kawan2 di Sabah takut nak sobut balan-balan. Itu termasuk agenda asing jugak ke?

9 comments:

  1. Jika dilihat dari sudut sejarah, tidaklah memeranjatkan jika ada agen-agen asing terutama yang berkulit putih menusup masuk kedalam sesuatu masyarakat. Baca sejarah Aceh di zaman Belanda, baca sejarah kesultanan Arab, lihat sejarah moden Iraq, lihat sejarah moden Afghanistan dan lain-lain sejarah terutama yang melibatkan negara-negara Islam.

    Yang malang adalah apabila ada dikalangan rakyat kita yang sanggup menjadi baruah, menjadi alat samada secara sedar atau tidak, menjadi balaci,dan menjadi pengkhianat negara yang matlamatnya semua orang tahu atau boleh agak.

    Chellaby di Iraq dan Hamid Karzai di Afghanistan adalah contoh terbaik. Di beritakan diMalaysia ada orang seperti ini yang mempunyai ciri-ciri sok alim, pandai menghasut dan banyak muslihatnya, berjuang demi keuntungan diri dan kaum keluarga. Siapa dia ? cari sendirilah.

    ReplyDelete
  2. sebagai salah seorang bekas pelajar UIAM, memang influence Anwar Ibrahim agak kuat pada sekitar 90-an..ketika peliwat ini didakwa dan di buang daripada kerajaan, ABIM dan PKPIM adalah agen nombor satu yang digunakan untuk mempengaruhi mahasiswa untuk bergerak secara 'underground' mempertahankan penjenayah ini...

    saya bukan mereka cerita tetapi saya sendiri mengalami keadaan itu...ketika itu saya baru di tahun 2, dan dipanggil oleh kakak2 dan abang2 senior untuk hadir perjumpaan2 rahsia...ketika itu SB berada di mana2 di dalam UIAM bagi memerhati gerak-geri kami. Kereta peronda polis setiap hari menjalar di dalam kampus...

    antara yang saya ingat, selepas peliwat ni dibuang, semua jawatan juga dilucutkan,termasuk lah jawatan sebagai presiden UIAM.Maka ketika itu dia diganti buat sementara oleh NAJIB TUN RAZAK...Sewaktu pesta konvokesyen diadakan, kumpulan PKPIM dan ABIM ini telah melancarkan kempen memakai reben putih sebagai tanda protes terhadap tindakan yg diambil ke atas ANWAR dan perlantikan semnetara NAJIB...Kenapa NAJIB tidak diterima...mudah sahaja...dia tidak ada ISLAMIC BACKGROUND...

    Jika dikaji, satu2nya islamic background yg ade pada anwar ialah penglibatan beliau dalam ABIM dan PKPIM...by associating himself to this group, dia telah membawa imej islam moden sebagai mana yang disifatkan oleh BARAT...

    Masalahnya, jika dia benar ingin mempertahankan ISLAM, mengapa tidak pernah pun kita dengar suara lantang peliwat ni sebelum ni membincangkan isu2 berkaitan islam...apabila BARAT menghina ISLAM secara terang-terangan mengapa tidak pun kedengaran suara nya melibas balik barat seperti Belanda, Perancis dan sbgnya?

    p/s:Jangan kita lupa peringatan ALLAH tentang kaum yang digelarkan sebagai MUNAFIK...zahir menyatakan keimanan, namun disebaliknya, memusnahkan ISLAM dari dalam....

    Kalau tak silap, falsafah ANWAR masa join UMNO dulu kononnya nak memperbetulkan dari dalam...Nasib baik ada TUN, tu yang skang da tukar sifat, dari munafik, terus YAHUDI...menentang secara terang-terangan...

    ReplyDelete
  3. Very interesting thing that happened to you sojuk, interested to get to know you better..I did say to Anwar Ibrahim when he was sacked as the DPM in 1998 at his house "May Allah show what really transpired" and he was a little bit shocked and did not gave any comment

    P/s -never did put up my graduation photo because I was ashamed of the particular person who gave me my scroll- Anwar Ibrahim indeed

    ReplyDelete
  4. Kita kena lihat sejarah Anwar Ibrahim juga... Siapa beliau ni sebenarnya.. 16 tahun dibela oleh Tun dan kemuncaknya apabila beliau menjadi TPM termuda.. Memang dah nampak ketokohannya.. Tun bercuti dan segala urusan negara dibawah tanggungjawab Anwar dan ketika itulah silap percaturannya...

    Bermula daripada detik itu... Anwar terjerat dgn segala tindakannya.. Dia buat laporan polis berkenaan dengan 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi PM.. diikuti dengan kertas siasatan yang dibuka hasil daripada laporan yang Anwar buka sendiri... Tun pernah bagitau.. "Kalu U tak salah.. buat apa u nak takut. pasal apa nak takut sampai buat laporan Polis".. dan ketika itu pegawai Polis yang bertanggungjawab adalah KPN sekarang Tan Sri Musa Hasan..

    Dala satu program di Sabah.. Tan Sri Musa sendiri bagitau.. Lepas aja siasatan ke ats Anwar selesai, dia ke Mekah.. berdoa di depan Kaabah.." Ya Allah.. Jika aku telah membuat tindakan yang benar, maka Kau peliharalah diriku dan keluarga ku dari segala dugaan dan cabaran dunia dan Akhirat, tetapi jika aku telah tersilap langkah, menganiya orang yang tidak bersalah, maka Kau hukumlah aku seberat2nya". Sekarang aku tgk Musa ni makin senang dar polis biasa hinggalah jadi KPN. hidup dia makin berjaya plak. Pelik kan.. Tapi tu soal hukum Allah.. aku tak berani nak beri penjelasan lagi pasal tu..Biarlah itu antara Tan Sri dengan Allah..

    Satu lagi yang teringat sangat sampai sekarang apabila Anwar Ibrahim berjanji untuk tidak bertanding sebagai Tim Presiden yang masa tu dipegang oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba.. tetapi dalam diam-diam dia berpakat dan telah memulakan gerakan untuk melobi dirinya bagi memenangi hati perwakilan untuk memilih Anwar Ibrahim sebagai Tim Presiden. Pusat gerakannya di rumah Rahim Tamby Chik.. Maklumat ni aku dapat daripada Datok sahak, Mantan Adun Lenggeng dalam satu program di Johor Bahru tahun 2003 dulu.. Nampak sangat Anwar Ni jenis tak penyabar.. dan opportunist..

    Anwar adalah seorang yang sangat berstrategi.. jadi tidak hairanlah... dalam kempen PRU ke 12 baru-baru ni... macam2 yang dia buat.. kalu korang perasan, flies atau risalah yang digunakan... berwarna, cantik yang mana kos nya melebihi rm0.80 sekeping. Mana datangnya duit banyak tu.. Bangunan PWTC di bina selepas UMNO mentadbir negara selama 50 tahun. Bangunan PAS didirikan setelah PAS menawan Terengganu dulu.. KeAdilan semakin kuat kerana Anwar keluar penjara.. Apakah dana kewangan yang dia dapat.. Apakah kerana berkat doa penyokong-penyokongnya.. atau sumbangan kewangan penyokong-penyokongnya.. yag mana seingat aku akaun Hong Leong Bank KeAdilan berlipat kali ganda daripada jumlah wang yang dimiliki Ananda Krishnan... Pelik gak.. Kaya tul penyokong Anwar sehingga boleh menyumbang mencecah jumlah yang melebihi RM500 juta..

    pelik kan..... Tq

    ReplyDelete
  5. kalau tak silap kami perjuangan anwar untuk menguasai negara ni bermula di pulau sibu johor. kalau silap harap betulkan. team wawasan kononnya nak jatuhkan mahathir masa tu. cita2 beliau nak perintah negara ni masih berkobar2 hingga skrg. kenapa agaknya dia beria2? apa motifnya?

    dulu anwar cuba langkau pemimpin2 senior dalam umno. skrg nak langkau pemimpin2 senior dlm pakatan rakyat plak sedangkang pkr sebuah parti baru. nampak sgt jolap nak perintah negara.

    ReplyDelete
  6. Kalau tak silap aku politik wang yang paling berleluasa dalam UMNO ni bermula pada tahun 1991, tahun yang sama dengan gerakan Anwar hendak menguasai umno, tahun yang sama wujudnya team wawasan. Masa tu aku muda remaja jadi balaci orang-orang umno. MEWAH. (Masa tu Anwar duduk dalam kementerian WANG).Malu nak cerita. Penyakit politik wang ini menular sehinggalah ketiadaan Anwar dalam UMNO. Alah bisa tegal biasa. Sesiapa pun yang nak bertanding jawatan tinggi dalam UMNO sekarang (ketua bahagian ke atas) mesti kena ada banyak duit. Tak percaya tanyalah mana - mana ahli UMNO baik diperingkat grass root mahupun di atas. Mereka akan kata kalau nak bertanding sediakan duit dua tiga guni. Golongan yang waras, yang berpelajaran terpinggir kerana tak banyak duit untuk ditabur. Inilah penyakit/legacy peninggalan Anwar. Kerana duitlah UMNO hampir Musnah. Sebab tu aku tak heran kalau Anwar banyak duit, aku yakin dia ada "FUNDER" untuk buat semua kerja dia. Biar dia nafi setinggi langit pun aku tak akan percaya.

    Bab alim @ warak ni pun aku jadi ragu-ragu. Aku ingat lagi masa Anwar baru kena pecat dulu, kami ada satu majlis penerangan di A Famosa (kalau ingatan saya tidak lupa). Salah seorang yang bagi taklimat adalah penasihat agama kepada Anwar. Pendekkan cerita , dia beritahu, bab agama ni ,Anwar cantik pada kulit je. Semua idea Islamisasi pada ketika itu sebenarnya idea TDM , tetapi beliau serahkan tugas tu untuk Anwar implementkan. Aku percaya TDM ikhlas dalam bab ini sebab pada masa itu TDM sendiri yakin (mungkin tertipu) yang Anwar ini PM "in the making" sebab imej Islamnya itu. Jadi yang dapat nama si Anwar bukan TDM. Jangan kata kita, TDM yang cerdik ni pun terpengaruh. Dengan imej itulah Anwar mula mempengaruhi golongan muda yang pro Abim, Arqam, Islam dan ala-ala Islam. Sebab itu aku tak hairan jika golongan muda sehingga hari ini masih mempercayai dakyah Anwar ni. Wallah wa'lam.

    ReplyDelete
  7. kalau tak silap saya selepas dia dilucut jawatan pada tahun 1998, dia kan dok claim bahawasanya UIA tu dia punya idea...bodoh punya orang...sama la dengan si DOLAH BADAWI tu...tak malu claim yang putrajaya tu dia punya hasil....kepala hotak dia...

    ReplyDelete
  8. Kurangkan penggunaan 'kalau tak silap', cakap yo 'memang eh camtu!!'

    -siti sarah raisuddin-

    ReplyDelete
  9. nampak gaya nya paneh, pembaca-pembaca dari pihak pembangkang tak berani nak defend pemimpin mereka...

    Adakah ini tandanya mereka juga sebenarnya bersetuju bahawa pemimpin mereka yang diagung-agungkan itu sememangnya petualang bangsa? Atau mereka terkesima dengan kebenaran yang dipaparkan di blog ini? Sehingga dah tak tahu nak kata apa? Atau mereka lebih rela mengambil pendirian walau apa pun terjadi, demi PKR, yang salah mereka benarkan dan yang benar mereka diamkan?

    kalau dah dasar talam dua muka...apo nak di kato....

    ReplyDelete

Blog Archive