Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, January 22, 2010

PRU-13 Milik Siapa? Trophy Siapa?

Lewat 24 bulan lalu, selepas Pilihanraya ke-12 yang menterjemah aspirasi RAKYAT, kelihatan Pentadbiran Eksekutif Negara di bawah Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia semakin dihimpit kekusutan demi kekusutan.

Semua Parti Siasah terpinga-pinga mencari IDENTITI dan ROH yang HILANG entah ko mano? Dah makan Tuan atau dilaknat ILMU agung abadi?

Barisan Nasional berpaksi kepada UMNO sebagai Abang Long dan Pak Tuan, sudah MESTI mencari formula dan pengiraan aljabar yang baru dalam merentasi cabaran sengit dan menguji kesabaran iman dan takwa.

Pakatan Parti Bukan Barisan Nasional sedang mengalami Dilema KETAMAKAN sesama sendiri, sudah susut paksi GARANGnya.

Hari ini, takdir Allah mengangkat jasad dan roh Al-Sultan Iskandar, Raja dan Sultan Jajahan Takluk Johor. Makin hari, akan makin ramai insan pasca Merdeka akan memenuhi makam masing-masing untuk bersama menemani Khaliq yang memanggilnya.

Apakah PRU-13 boleh dijawab oleh BN dengan entang dan bergaya? Atau hanya boleh ditelah dengan gundah gulana dan duka nestapa? Apakah PRU-13 boleh disahut dan disambut dengan tempikan Reformasi Rakyat atau hanya didendang dengan Nasi Basi dan Telur Tembelang?

Pak Sedaro dalam kesempatan terhad, ingin mencetus pola pemikiran kepada Rakyat Raja khasnya:-

1. Rakyat Raja abad ini, sudah tidak boleh menafikan KESAN perkongsian KUASA dalam Senario Politik Malaysia Moden.

2. Rakyat Raja mesti MAMPU bersahabat BAIK dengan Kaum-kaum lain, khasnya rakan bangsa Cina dan India, walaupun populasi mereka kecil di beberapa kawasan tertentu.

3. Rakyat Raja mesti LAPANG dalam meneroka sektoral ekonomi baru yang diimpi oleh Bapa Kemerdekaan iaitu Ekonomi BerPendapatan Tinggi = Ekonomi Berkos Tinggi. Untuk memiliki Sumber Pendapatan dan Isi rumah yang Tinggi dalam mengejar status Negara Maju, maka, Rakyat Raja mesti SIAP SIAGA SEBILANG MASA untuk menerima KESAN BERIMBANG ekonomi berkos tinggi.

4. Polisi Ekonomi Negara Maju seperti Korea Selatan, Jepun, Bandaraya Shanghai, Beijing, New York, London, Bonn, Lyon dan Singapura, merupakan paksi perimbangan sebagai "benchmark" kepada Kuala Lumpur.

5. KLIA, Sirkit F1 Sepang, Port Kelang, Putrajaya, KLCC merupakan perlambangan peringkat awal sebuah institusi TAMADUN BANGSA MAJU. Ini masih tidak memadai. Malaysia lewat 2020, MESTI mempunyai:

5.1. Taman Tema Berteras Nilai Murni Terbesar di Dunia
5.2. Pusat Perdagangan atau Bandar Perdagangan Teknologi Tinggi yang boleh menandingi Silicon Valley di US dan India.
5.3. Pusat Tamadun ILMU Melayu Nusantara dan ILMU Ekonomi ISLAM Maju yang TERBAIK di dunia. Sudah tentu, kita tidak upaya menandingi Al-Azhar, tapi cukup BAIK jika, Malaysia empunya Pusat Kajian Ilmu Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Battuta, Al-Khawarijmi, Al-Khindi, Al-Biruni. Sebuah Pusat ILMU Al-Ghazali seperti World Islamic Civilization and Knowledge Center, sebuah Ar-Raudah Ilmu-ilmu Kajian terulung yang memberi kesan fiskal kepada Rakyat Raja.

Akhirnya akyat Raja, PRU-13 milik siapa? Trophy Pilihanraya ialah HAK asasi dan mutlak setiap insan yang namanya Warganegara Malaysia sesuai dengan Perkara 14, Perlembagaan Persekutuan. Kebolehan menganalisa dan mendalami skrip-skrip pengurusan kampung, zon, wilayah, negeri dan negara AMAT mustahak.

Kepada Rakyat Raja di Bandar-bandar besar, kalian memiliki kedudukan ilmu yang lebih baik daripada pendedahan ilmu di pendalaman dan kejauhan wilayah dataran pentadbiran. Barang diingat, PRU-12 merupakan PANTULAN cermin-cermin HATI dan PERASAAN tidak senang Rakyat kepada Barisan Nasional.

PRU-12 ialah warkah usang yang dicipta oleh Rakyat yang SENAK, SEMPUT dan SENTUL. PRU-12 menjadi Sejarah Pentadbiran Eksekutif Malaysia Moden bahawa KUASA Minoriti dan Majoriti Pegangan Ekonomi amat kritikal dan objektif.

PRU-13 mesti meletak prinsip bahawa Kedudukan ekonomi Negara mesti mencipta dan memberi OBOR PENYULUH ZAMAN. Walau apapun halangan di hadapan, waima gugur guruh di langit, INGATLAH bahawa ILMU, AMANAH, KERJA KUAT DAN BERANI ialah 4 Tulang Belulang kejayaan Pemerintahan.

Ingatlah "Pelanduk sering Melupakan JERAT, namun, JERAT tidak sama sekali MELUPAKAN pelanduk"....

2 comments:

  1. Good day, sun shines!
    There have were times of hardship when I didn't know about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright pessimistic person.
    I have never thought that there weren't any need in big starting capital.
    Nowadays, I'm happy and lucky , I begin to get real money.
    It's all about how to select a correct partner who utilizes your funds in a right way - that is incorporate it in real business, parts and divides the profit with me.

    You can ask, if there are such firms? I have to tell the truth, YES, there are. Please get to know about one of them:
    http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

    ReplyDelete

Blog Archive