Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, June 2, 2011

Jazlan vs Melayu

Tanah Penjara Pudu akan tergadai kepada Mutiara Goodyear Development Berhad berpangkalan di Pulau Pinang. Benar sangkalan Musa Sheikh Fadzir, bahawa tanah UDA itu akan tergadai kepada satu lagi komplot/kroni Cina.

Siapa tuan punya Mutiara Goodyear Development Berhad? Apakah sejarah asal usulnya? Kesian Pak Sedaro melihat 3 orang rakyat Raja dibayar elaun Pengarah Syarikat dan ufti sedikit sebanyak, mungkin sekitar RM10 juta setahun untuk 3 orang.

Jazlan Mohamad Rahmat, saudara lupa asal usul saudara? Saudara makan nasi kawah di MRSM! Saudara lahir daripada rahim MARA, yang berjuang hempas pulas demi Agama, Bangsa dan Tanahair! Arwah ayah saudara Mohamad Rahmat tentu menangis di dalam kubur melihat gelagat dan fikiran saudara, yang tidak langsung memberi karektor seorang bekas pelajar MRSM!

Saudara begitu BIADAB bila mana mencabar Tun Dr. Mahathir! Saudara kini menerima ehsan kerusi Pengerusi UDA daripada YAB Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO!

UDA ialah Urban Development Agency sebuah institusi menjaga dan mendaulat kepentinan 153. Selepas 13 Mei 1969, UDA terdiri kerana kesan dan akibatnya. Pak Sedaro cadangkan UDA juallah tanah ini kepada Perbadanan Johor atau Lembaga Zakat Selangor atau Yayasan Syed Mokhtar Al-Bukhary. Atau UDA juallah kepada Konsortium Pelabur Kelas A Melayu berwibawa, mungkin kepada Naza TTDi.

UDA tidak menjaga wibawa 153. Jazlan perlu letak jawatan dengan hormat sebelum saudara ditelanjangkan oleh "public". "Public" saudara terdiri daripada warga UMNO seluruh Malaysia, dan rakan keliling ANDA. Sedarlah saudara, bahawa tindakan penjualan RM214 juta kepada Mutiara Goodyear Development Berhad ialah langkah BIJAK untuk menceritakan BAHAWA ANDA seorang yang boleh ditawar beli oleh Kaum-kaum lain.

5 comments:

  1. Ramai orang Melayu mengamalkan rasuah, memberi dan menerima rasuah, dan memberi anak isteri makan duit rasuah, dan berharap satu masa sempat untuk bertaubat dan menyesal akan perbuatan masa muda.Kerani di pejabat kerajaan negeri disogok dengan cd player RM150 pun cukup,supaya urusan disegerakan;nak dapat konsesi balak, suruh anak bawa RM50,000 di dalam brief case untuk habuan pihak yang meluluskan pun ada.Semua ini contoh benar.Yang sogokan bernilai juataan ringgit, tak payah cerita lah.Konon kemudian mahu bertaubat di depan Kaabah. Apa guna itu semua, jika hidup sentiasa gelisah, solat pun tidak pernah kusyuk.Rumah besar bak istana pun takut untuk tinggal seorangan, kepanasan.Ingat mati, ingat alam barzah, semua ini, harta dunia ditinggalkan.Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Dulu UDA beriya-iya nak membangun naikkan ekonomi bumi tetapi dah lama basau. Perjuangan Melayu cam tulah tak boleh bertahan lama disebabkan syok sendiri, lupa daratan dan mudah dibeli.

    Kalau orang atas atau orang boleh buat mengapa saya tidak? Orang bawah makan sikit tetapi yang atas hentam melaun. Ini adalah penyakit dalam penrasuahan cara hidup disemua peringkat. Iblis-syaitan sentiasa mengalpakan kita yang Allah melihat.

    Walaupun darahnya (genetik) 50:50 Cina:Melayu(Jawa?) tetapi yang cina lebih dominan ekspressinya. Siapa letakan dia disitu? Ia masih mentah dan berjiwa Melayu liberal.

    Biar beraja di Johor jangan dihati.

    ReplyDelete
  3. he he he.bravo bravo....jangan lupa.ada satu lg tanah warisan kita yg dah kena jual kot.....tanah mara ,rumah parlimen kita yg pertama oleh usahawan cemerlang melayu yg dikagumi seantaro msia.tanah dapat free kot.aku pun pandai jadi usahawan cemerlang.jom kita siasat

    ReplyDelete
  4. Wah, spin sampai macam tu. Melayu mamak nak jawatan Melayu tulen tu. Nak projek kat UDA tu. Yang terkorban Melayu tulen juga walaupun semua ahli UMNO. Pandailah permainan Mamak Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  5. PERTAMA AKU MAHU PM SINGKIRKAN NUR JAZLAN, KALAU TIDAK AKU BUANG UNDI,INI JANJI AKU

    KEDUA, STRUKTUR SEMULA PERANAN UDA . BERIKAN JAWATAN PENGERUSI KEPADA GOLONGAN PROFESSIONAL YANG BERJIWA NASIONALIS. SEMUA PEMIMPIN UMNO YANG DIBERI JAWATAN PENGERUSI GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, KECUALI MEMENUHKAN KANTONG MASING MASING

    KETIGA SPRM SIASAT SEDALAM DALAMNYA UDA, CARI MALAON MALAON YANG MAHU MELINGKUPKAN UDA

    KEEMPAT, RASUAH , AKU TAK NAK KOMEN, SEBAB AKU TAK YAKIN KITA TIDAK TAK BOLEH LARI DARI MELAKUKAN RASUAH, YANG HARUS KITA GANYANG ADALAH MEREKA MEREKA YANG RASUAH SAMPAI BOLEH MELETAKKAN BANGSANYA MENJADI SEHINA HINA BANGSA

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive