Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, June 6, 2011

KPKK membela hantu...

Sejak akhir-akhir ni, tanpa disedari negara kita menerima langsangan media secara keterlaluan oleh segerombolan hantu dan jin pelbagai spesies dari luar negara. "Serangan" ini berlaku secara nyata dan terancang melalui pelbagai medium sama ada media massa, elektronik ataupun media baru. Entah kenapa Lembaga Penapis Filem dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan boleh meluluskan filem dan drama sebegini.

Penerbit filem mahupun drama tempatan tidak terlepas dalam mempopularkan genre seram ini. Sama ada di pawagan seperti Jangan pandang Belakang Congkak, Toyol, Rasuk, Gentayangan, Syirik, Histeria, Khurafat, Mantra, Misteri Dendam Balan, Momok Jangan Panggil Aku, Seram Sejuk, Karak; malahan juga di kaca televisyen turut disediakan slot khas drama genre seram seperti Damping Malam, Durja Ningsun, Saka Jentayu, Puaka Niyang Rapik, Anak Betong, Bilik 13, Susuk, Kliwon dan Mantera Anjasmoro. Tidak cukup dengan itu, slot jom rileks TV3 jam 3 petang disogok lagi dengan cerita haprak dari seberang bagi tontonan anak-anak khususnya diwaktu musim cuti sekolah ini.

Seakan menjadi suatu trend para penggiat seni terutama pembikin filem dan drama, semakin berminat menggambarkan aksi-aksi seram dan mistik dalam hasil karya mereka. Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru telah mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempromosikan karya mereka. Setiap filem atau drama yang disajikan didakwa membawa mesej kepada penonton. Alasan yang seringkali diutarakan oleh penerbit dan pengarah filem dan drama ialah, melalui naskah seni yang dipaparkan, konon dapat membuka mata masyarakat terhadap keburukkan berdamping dengan jin dan syaitan. Tetapi yang banyak terpapar dilayar filem dan drama seram mistik ini hanyalah elemen khurafat serta tahyul yang dibantu kesan solekan, penata rias, sinematografi dan sistem CGI yang canggih; sekaligus menenggelamkan elemen positif yang ingin di sua kepada penonton. Di sebalik alasan itu juga, tujuan utama filem dan drama dihidangkan ialah bagi menarik penonton ke pawagam atau terperap di hadapan TV, dengan cerita-cerita rekaan hantu dan dongengan menakutkan.

Unsur tahyul sebegini telah memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Pemikiran tahyul secara halus telah kembali mengambil tempat dalam minda masyarakat, pada masa kita sedang menuju negara maju. Natijahnya umat Islam akan terpesong daripada akidah dan negara kita mungkin gagal mencapai standard kemajuan yang disasarkan. Justeru, adakah kita ingin kembali pada zaman di mana pemikiran animisme begitu kuat dalam masyarakat kita suatu ketika dahulu, ataupun kita ingin melihat masyarakat kita mempunyai pemikiran minda kelas pertama yang sering dislogankan oleh kerajaan?

Dengan lain perkataan, ke mana sebenarnya yang hendak dibawa aras pemikiran masyarakat khususnya kepada remaja dan kanak-kanak. sedangkan pada masa sama anak-anak kita dilambakkan dengan filem genre seram, mistik dan tahyul. Ia tidak langsung membantu menggerakkan masyarakat bekerja kuat, cekal dan tabah dalam meningkatkan produktiviti menuju negara maju 2020. Implikasinya dalam jangka panjang, masyarakat kita akan menjadi insan yang bersifat negatif, diselebungi ketakutan yang tidak menentu, pasif dan sentiasa dalam kebingungan.

Peter Gay menulis sebuah buku bertajuk "The Cultivation of Hatred", menyatakan bahawa dalam sesebuah komuniti lapisan sosial pada setiap abad, manusia akan mencipta satu budaya baru. Mengambil kata-kata Peter Gay, jika ia benar-benar berlaku, dapat kita lihat bahawa kita generasi hari ini sedang melakukan kesilapan apabila cuba menyemai satu budaya tidak sihat dikalangan generasi akan datang.

Cerita rekaan mengenai makhluk halus, khususnya hantu dengan pelbagai nama kini semakin berleluasa menghantui masyarakat Melayu. Jika kemunculan filem genre ini atas faktor mengaut untung semata-mata, maka disarankan kepada pihak yang berkenan agar kebenaran, lesen dan autoriti pembikin-pembikin filem dan drama ini dibeku serta diharamkan.


Makhluk halus seperti Jin dan Syaitan sememangnya wujud, hidup bersama manusia di atas muka bumi Allah. Di dalam al-Quran terdapat 40 ayat yang bercerita mengenai penciptaan, peranan dan kisah tentang kewujudan syaitan, jin atau makhluk halus ini. Dalil asas yang biasa kita ketahui membuktikan kewujudan mereka adalah dari sepotong ayat Al-Quran;

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (Al-Dzariat:56)

Di riwayatkan juga satu sirah yang agak masyhur dicatatkan oleh Ibnu 'Abbas ketika mana Rasulullah s.a.w. sedang bersolat bersama para sahabatdi suatu tempat bernama Tihamah. Ketika itu telah melintas sekumpulan Jin yang kebetulan melalui kawasan tersebut. Maka didengari setiap bacaan ayat suci Al-Quran dengan begitu cermat, lalu mereka berkata;

"Demi Allah, inilah (dengan diutuskan Rasulullah) yang menghalangi kita dari mendengar berita-berita dari langit."

Kisah ini dirakamkan serta menjadi Asbab Nuzul kepada penurunan ayat pertama dari Surah Al-Jin (72:1).

Bagi masyarakat Melayu, kewujudan syaitan, jin atau makhluk halus ini lebih sinonim diistilahkan dengan nama HANTU. Hantu yang sering digambarkan mempunyai kuasa tertentu bagi mengganggu kehidupan manusia. Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolok bandingnya seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin untuk pergi menemui kahin (dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada kebolehan luar biasa jin ini. Inilah penyebab masyarakat lebih takutkan hantu berbanding takutkan Allah Taala.

Dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu, daripada Nabi Sallahu alaihi wasallam bersabda;

"Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakan, sesungguhnya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad Sallahu 'alaihi wasallam." (HR Abu Daud).

Berbalik pada topik perbincangan, kesan filem serta drama seram, mistik dan tahyul amat dasyat kepada pemikiran serta tindakan remaja atau kanak-kanak sebagai pewaris generasi masa hadapan. Kajian yang dibuat oleh ramai sarjana barat seperti Mallick (1996), Taylor, PePlau & Sears (1997), Pannel & Browne (1999) dan Anderson (2003), menyatakan bahawa menonton dan membaca kelansangan (seperti cerita mistik dan tahyul) dalam media telah menyebabkan pelajar menjadi agresif serta ganas dalam aspek fizikal, verbal, non verbal, anti sosial dan permusuhan.

Shamsudin (2001) menyatakan, masalah tingkahlaku agresif pelajar di Malaysia adalah kesan menonton kelangsangan dalam media. Kajian beliau mendapati, remaja paling banyak menggunakan media iaitu 21.3 jam hingga 22 jam seminggu. Di sinilah peranan penerbit filem dan pihak kerajaan yg selama ini telah membiarkan perkara 'tahyul dan khurafat' semakin berleluasa di media-media utama negara. Maka hilanglah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pihak bertanggungjawab.

Maka usahlah sibuk nak mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan jati diri anak-anak muda, sedangkan apabila anak muda ini balik ke rumah, mereka dimomokkan pula hampir setiap masa dengan cerita tahyul dan kurafat. Jiwa anak muda ini akan berterusan kosong tanpa ilmu sebenar di dada disebabkan mindanya telah dilangsang dengan pelbagai unsur khurafat, maka hiduplah kita sepertimana zaman ketahyulan datuk nenek moyang kita dahulu kala.

Dapatlah dinyatakan di sini bahawa tindakan media mempopularkan cerita seram mistik dan tahyul dewasa ini telah melanggar batasan yang ditetapkan oleh syarak, serta menyalahi "Garis Panduan - Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah" yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM, serta berlawanan dengan semangat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (pindaan 1987).

Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat khususnya remaja dan kanak-kanak. Mahukah kita memperjudikan kematangan minda generasi akan datang demi keuntungan yang sedikit pada hari ini? Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah s.w.t. kini telah bercabang pemusatan akidah mereka tanpa sedar. Pihak berkuasa seharusnya memandang serius fenomena ini dan mengambil tindakan secara drastik.

Akhir kato, sesamolah kito boikot cerito soram, mistik dan tahyul!

4 comments:

  1. Tak payah cerita macam-macam le. Otak Melayu telah dipengaruhi oleh mamak-mamak dan kebudayaan pariah di UMNO.

    ReplyDelete
  2. Pengkafir Agama SemalaysiaJune 6, 2011 at 1:06 PM

    susah le nik aziz laknatullah dan parti kafir PAS nak hidup jika tak de tahyul. nanti boleh le dia org buat cerita KONspirasi. cthnya. nik aziz laknatullah menangis lepas sembahyang kerana ternampak pontianak mcm maya karin depan matanya. lalu dia menangis 'kawe tak dpt kocak, sebab kawe dah tua nak mampos, kote tak naik"

    ReplyDelete
  3. Pengkafir Agama

    Kau ni ugama apa hah? aku rasa najis khinzir dari mulia daripda kau lah.

    ReplyDelete
  4. Salam. Terlalu banyak menonton filem tahyul pun banyak kesan negatifnya, buat apa pun biar bersederhana.Namun perkara ini saya rasa hanya satu trend sahaja, sampai masa ia akan lesu.Macam tahun 70an sehingga 90an, banyak cerita komidi dan cinta yang dibikin kerana mengikut kehendak orang ramai.Penerbit filem Hikayat Merung Mahawangsa saya cadangkan membuat filem berdasarkan fakta sejarah, agar generasi sekarang lebih peka sejarah Malaysia seperti berdasarkan buku 'The Jungle Is Neutral', dimana ia mempunyai unsur 'adventure' perang dan sejarah.Namun yang penting filem diterbitkan perlu memiliki tahap kualiti yang tinggi dan menguntungkan pembuat.Keperbagaian itu penting, seperti filem 'Estet' sebuah filem musikal yang amat menghiburkan.Wassalam.
    Salam Perantauan,
    Westaussiemalay.com

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive