Pak Sedaro difahamkan bahawa Modul Latihan Transformasi Pemimpin Perdana Majlis Belia Malaysia sedang rancak diselaraskan. Menurut berita yang dikhabarkan, tidak kurang 80 orang peserta telah ikuti Siri 1/2011 di Carol Bay Resort, Pulau Pangkor pada 10-12 Jun 2011. Mereka ini merupakan barisan pelapis kepemimpinan dari blok Zon Utara. Mungkin mereka ini, perwakilan daripada MBN Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Mungkin juga disertai oleh badan-badan gabungan lain.
Menurut maklumat perisikan, Pak Sedaro dimaklumkan bahawa 90% yang hadir ialah ahli biasa, yang langsung tiada kefahaman organisasi masing-masing secara khusus. Apalagi, bila mula disungkit dengan subjek paling berat dan jarang benar diteroka oleh pengamal undang-undang iaitu Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), Akta Pendaftaran Pertubuhan (Akta 335) dan Perlembagaan Persekutuan 1957. Ramai yang hanya melopong dan menganga, kerana hujah dan perbahasan ilmu yang dimaksudkan kepada pemimpin yang sepatutnya, sedang diamati ibarat "proses mencandat sotong".
Difahamkan 4 kertas berfikir utama dibentangkan, iaitu SWAR DIRI "mekanisme transformasi pemimpin belia mengikut perspektif MBM", 1 Belia 1 Malaysia daripada tafsiran ilmu MBM, Akta 668 & Perlembagaan Persekutuan 1957, Perkongsian Agenda Transformasi GPMS sebagai "Best Practises".
Beberapa mauduk fikrah yang wajar disambut oleh peserta hatta pemimpin semasa Badan Gabungan MBM dan Majlis Belia Negeri-Negeri, ialah:
i. Penjawat nombor wahid hingga ke -15? Di mana mereka? Pemeriksa kira-kira MBN pun tidak komited kepada perspektif dan haluan fikir Transformasi MBM!
ii. Dalam konteks berkepemimpinan di Malaysia, apakah tindak balas menghantar ahli-ahli biasa ke program yang diangkat atas nama PEMIMPIN PERDANA atau niat mudahnya "PEMIMPIN TERTINGGI" yang dicetak MBM sebagai Badan Pertubuhan Kebangsaan Utama dianggap tidak mustahak, tidak wibawa dan tidak prestij!
iii. Apakah pemimpin nombor 1-15 dalam Oraganisasi Induk, mahir dan arif soal-soal Gagasan 1 Malaysia? Agenda Transformasi Kepemimpinan MBM? Makna dan maksud tersirat Akta 668 & Perlembagaan Persekutuan 1957? Berswadaya dan Siap siaga untuk begitu BERANI memukul gendang perang penuh bil-hikmah seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung?
Daripada maklumat dipercayai, hujung minggu ini 17-19 Jun 2011 Siri 2/2011 Transformasi Pemimpin Perdana MBM akan berlaku di Port Dickson. Seterusnya Cherating, Melaka dan Sabah. Gamaknya, 80x5=400 orang akan terlibat dalam senario Modul Latihan Transformasi Pemimpin Perdana MBM.
Pak Sedaro fikir, alangkah molek jika penjawat utama dari pasukan kerja MBN atau Badan Gabungan terlibat, kerana inilah matlamat khusus MBM untuk Modul Latihan Transformasi Pemimpin Perdana MBM. Apakah sasaran akhir, MBM kepada penjawat utama:
i. Mungkin mereka sudah boleh mengatur objektif dan business plan organisasi selaras dengan NKRA dan NKEA Malaysia.
ii. Mungkin mereka sudah boleh memberes kemelut dan polemik berkepemimpinan, dan membina Key Result Area serta Operational Business Objectives untuk MBN dan Badan Gabungan, mengikut Tsunami Gagasan 1 Malaysia.
iii. Mungkin mereka sudah boleh membuka fikrah dan mematang ilmu dalam Akta 668 dan Perlembagaan Persekutuan 1957, yang mana, inilah senjata paling ampuh yang kini dimiliki, diwarisi dan dipusakai oleh kepemimpinan selepas 2007. Inilah bukti bahawa pemimpin belia sedang disinergi untuk bertindak dalam fenomena baru, ke arah Negara Maju.
iv. Mungkin inilah mauduk aspirasi membina halaqah dan harakah Gagasan 1 Malaysia dan kewujudan Parlimen Belia.
Semoga semua Presiden MBN dan Badan Gabungan MBM ambil perhatian isu ini. Anda sedang dinilai dan dipertimbangkan kedudukan saudara-saudari.

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete