Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, June 25, 2011

Dr Wahbah az-Zuhaili pula diperdaya Anwar


Bekas peguambela Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat. Beliau yang merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar.

"Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu. Saya selaku peguam di arah mainkan peranan beri gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah macam tahun 1998. Memanglah sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi."

"Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu."

Katanya, pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar. Dipetik dari laman http://www.anwaraidc.com.

Ditanya kepada Datuk Zulkifli Nordin kenapa Anwar memerlukan fatwa Dr. Yusuf, Ketua Pembangkang itu berkata, ia kaedah paling mudah untuk menguasai mentaliti orang Melayu kerana orang Melayu mempercayai kata-kata ulama.

"Saya pernah sembang dengan Anwar. Dia kata orang Melayu ini, kalau hang (kamu) keluar televisyen, dia orang percayalah. Jadi Anwar faham. Kalau ulama macam Dr. Yusuf boleh keluar fatwa membela dia, ia merupakan satu pembelaan yang hebat. Dia gunalah." jelas Zulkifli Nordin. Dipetik dari laman aidc.

Note: Jika kita mengambil kira pandangan ini merupakan satu pengakuan daripada orang yang telah bertaubat, maka tidak hairanlah dalam isu video seksnya yang terkini Anwar menggunakan taktik yang sama. Pertemuan Dr. Wahbah az-Zuhaili dan Anwar telah dieksploitasi secara keterlaluan oleh media pembangkang seolah-olah Anwar itu telah disucikan.

Bezanya, jika dulu Anwar menggunakan Datuk Zulkifi Nordin dan barisan peguambelanya sebagai orang tengah bagi memperdayakan Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi; tetapi kali ini tugas memperdayakan Dr. Wahbah dilakukannya sendiri.

8 comments:

  1. Ya la tu. Semua orang diperdaya dan ditipu siang malam oleh Anwar.

    Semua orang memang bodoh kecuali Zul Nordin yang paling cerdik dan penulis blog.

    Siapa lagi antara yang bernama telah ditipu dan belum di bongkarkan oleh si alim Zul tu?

    Obama, Queen Elizabeth dan Raja Feizal ke?

    ReplyDelete
  2. bukan semua orang bodoh. hanya pencacai nuar saja yg bodoh percayakan dia. itupun tak la ramai. tak sampai sejuta pun yg percaya nuar. lagi 27 juta rakyat malaysia semua x pernah percaya nuar.

    lari kedutaan turki sbb ada orang nak bunuh dia, 16 sept tubuh kerajaan, masa video seks tak sama dengan twitter dia dan byk lagi la kalo nak senarai pembohongan nuar.

    nuar hanya boleh tipu pencacai dia pada setiap masa tetapi tak boleh tipu semua orang pada setiap masa.

    ReplyDelete
  3. anon 3.36 tu gila mcm nuar sebenarnya sbb itu dia tak boleh pikir dah siapa nuar, siapa zaul, siapa nik najis, siapa LKY, LKS dll BANGSA JENIS GILA MEROYAN MASUK JAHANAM NANTINYA.

    ReplyDelete
  4. Org PAS masa solat hajat,minta Allah tunjukkan kebenaran. Nah sekarang Allah dah tunjukkan. janganlah pekakkan telinga dan butakan hati.
    -Nona Maniis-

    ReplyDelete
  5. Sebelum ini Ustaz Fathi Yakan telah ditipu, diikuti oleh Prof. Dr Yusof Qaradawi dan sekarang Dr. Wahbah Az-Zuhaili.Tak tahulah siapa lagi ulama dunia yg boleh diheret oleh Brother Anuar utk mensucikan dosa-dosanya dihadapan manusia. Ahli2 Gerakan Harakah Islamiyah sekalian, janganlah jadi pengikut Syaitan yg bertopengkan manusia spt Brother Anuar. enough is enough-

    ReplyDelete
  6. Budak carok mana yg dok kat lantai tu.

    ReplyDelete
  7. 99.99 peratus taknampak spt DSAI dlm akhbar sinar tp nak buek camna tali barut umpornoapco dah jangkau keusa ambik pendapat budak carok us buat ulasan.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive